Sunday, October 2, 2016

punch card lambat

Liat atau susah bangun subuh?

Ada sesetengah orang senang sangat untuk dia bangun seawal pagi sebelum subuh untuk bersiap sedia menunaikan fardu subuh. Ada orang yang liat sangat untuk bangun dan menunaikan fardu itu sehingga keluarlah satu kata Subuh Gajah.

Setiap orang punyai cabaran tersendiri yang harus dia hadapi.

Untuk punyai hati yang kuat untuk bangun subuh, kita seharusnya punyai hati yang kuat bergantung kepada Allah. Jangan hanya bergantung pada alarm clock sahaja!

Hati yang bergantung dan dekat dengan Allah itu pula, maka tidak bolehlah kita mencampurkan dengan niat yang lain. Ah! Kadang kadang manusia ini bermacam ragamnya. 

Bilamana waktu bekerja atau hari dia bekerja, boleh pula dia bangun awal pagi hatta pukul 5 pagi pun kerana terpaksa menghadapi perjalanan ke tempat kerja yang jauh! Tapi, subhanallah, bila hari bercuti atau tidak bekerja, liat sungguh nak bangun subuh. Kerana apa? Kerana merasakan hari ini aku tidak perlu bekerja. Bangun lambat sudahlah. Bukannya perlu punch card awal pun. Bukannya perlu tunjuk muka depan bos hari ini pun! 

Astaghfirullah. Manusia.... Berubahlah...

Wahai diri, ingatlah, tujuan kita beribadah, tujuan kita bekerja, dan semua perkara yang kita lakukan, hanyalah kerana Allah. Janganlah kita berkejar kepada pandangan mata manusia sahaja! Sedangkan pandangan Allah kita ketepikan! Allahu!

Allah itu Maha Penyayang, sebab itu Allah masih beri kita hidup, bagi kita bangun bekerja lagi pada hari hari lain walaupun pada hari bercuti kita bangun lambat solat subuh gajah lintang pukang cari kain telekung ataupun kadang kadang kita biarkan je masa waktu pagi berlalu dengan tidur sampailah kita rasa SEGAR baru nak bangun mandi dan ganti solat subuh kita pagi tadi.

Wahai diri, sedarlah. Betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah yang Dia bagi. Malulah dengan Allah. Berkorbanlah rasa nak tidur itu sedikit untuk tunaikan kewajipan kepada Allah ta'ala. sujudlah kepada  Dia, tunjukkanlah rasa syukur kepada Dia. Ingatlah... Siapakah yang bagi kita kerja, peluang belajar, hidup bahagi melainkan Allah ta'ala? Maka, janganlah kedekut untuk bangun awal.. Kerana hidup di dunia ini hanya sekali. Janganlah kita persia-siakannya.

Dunia ini tak ubah seperti tempat bermain... Hanya fana'/ sementara. Sedarlah dari ilusi kita. Sedarlah wahai diri!

Peringatan untuk diri sendiri. 

Wallahu'alam.

2 Oktober 2016

No comments: