Monday, December 23, 2013

uji

Bismillah.

Harini berkobar rasa nak blogging.
Walaupun sikit.

Allah uji tanda Allah sayang.

Moga jadi lebih kuat walaupun orang yang kita percaya dahulu, sekarang
membenci kita dan mengecewakan kita dengan sikap mereka.

Moga Allah hadiahkan hidayah kepada aku, engkau dan mereka semua.

Amin.



Final exam lagi seminggu, doakan saya. JZKK. :)


Sunday, December 8, 2013

bangun kejap!

Ukhti itu berpesan:
Beranikanlah diri untuk menegur sahabat yang kita sayangi kerana Allah.
Biarlah kita bergaduh sekejap di dunia,
kerana kita kan nak selamat dan bahagia di akhirat sana?
Mungkin penerimaan sahabat kita susah,
Tapi cubalah yang terbaik kerana kita inginkan dia bersama ke Jannah.


#sentap memang sentap, tapi kena buat juga. T_T insyaAllah.
da'wah itu kan subjektif.
so, gunakanlah cara yang se-kreatif manapun,
asalkan Allah redha.
#takkan kita nak masuk syurga Dia sorang-2? kita punya amalan pun
masih tidak pasti lagi mampu untuk memasukkan kita 
ke surga-Nya.
Hanya rahmat DIA dan keikhlasan kita yang mampu 
memasukkan kita ke jannah-Nya.

selamat berusaha, kawan-kawan! T_T
:)

La Tahzan.Innallaha Ma'ana.

Friday, November 29, 2013

Denda

Bismillah. Disebabkan saya tak join us2 petang ni, saya denda diri saya, kena share something kat sini. Dan memang rasa dah lama tak share. Semua benda yg saya share adalah utk diri saya sendiri dan awak-awak semua yg dikasihi krn Allah..insyaAllah.

Di sini saya bawakan satu dialog melalui sms antara ibu dan anak.

Anak: assalamualaikum mak. Nak berhenti U*!!
Mak: waalaikumussalam. Mak pun nak berhenti kejeeeee.
Anak: mak, anak tension la sejak kebelakangan ni.. Sedih.. Rindu nak jumpa makkkk. Uwaaaaa.
Mak: mak pun nak jumpa anak.. Emm, kenapa tension ni?
Anak: wuwuwuwu. Banyak sangat amanah yang rasa macam tak berjalan. Sedih.. Sedih sangat. Dengan masalah komunikasinya..emmm
Mak: emmm. Jgn mcm tu.. Itu semua permainan syaitan. Syaitan saja nak main-mainkan hati anak tu..cara dia Beristighfarlah n solat taubat banyak-banyak walaupun rasa tak buat apa-apa dosa. Bukan ke Allah sebaik-baik pendengar..?
Anak: huhuhu. Okay mak..insyaAllah. Thank you mak. Sayang mak sangat-sangat kerana Allah.
Mak: sayang anak juga..:)

Mungkin ini antara dialog yang sering berlaku antara mak dan anak, kan? Tension sebab belajar, tanggungjawab dan lain-lain. Benarlah, sebaik-baik sahabat yang paling best untuk kita share adalah ibu kita sebab dia sentiasa ngam dan tahu dengan perangai kita. Kerna dia yang melahirkan kita dengan izinNya. Kerana dia yang telah memikul kita dengan sabar dan kasihsayangnya dalam perutnya selama sembilan bulan tanpa rehat. Terima kasih ya Allah atas anugerahMu ini.

Walau resah, walau badai yang melanda, tetaplah teguh kepada Allah kerna Dia Maha Mengetahui setiap keadaan hambaNya.

"Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha."

Wallahu'alam.

P/s. Doakan ana. Jzkk.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 19, 2013

bismillah.
Allah sebaik-baik tempat mengadu.

Monday, October 14, 2013

Arafah

Bismillah.

Hari ini Hari Arafah. Seronok kan? :D Hari ini hari mustajab do'a. Jom pakat berdoa dan zikrullah selagi masih ada masa, insyaAllah. Dan moga kita terus istiqamah untuk terus berdoa dan zikrullah di masa lain juga. ;)

Sedikit perkongsian tentang apa yang telah ana dapat dari Majlis Ilmu Ustaz Zulkifli Bakri di Al Hijrah TV. Hehe.
Kalau kita mahu elakkan diri kita daripada melakukan maksiat dan perkara mazmumah, ada beberapa steps yang boleh kita buat.

Pertama, ingat azab Allah ta'ala sentiasa. Ada satu kisah ni, zaman dahulu, ada seorang hamba Allah ni sedang duduk bersendirian dan masa tu dia dah fikir dah benda dosa yang dia nak buat. Tiba-tiba, dia tenung api kat sumbu pelita dia. Dia saja try letakkan tangan dia kat hujung api tu. Dia rasa panas dan sakit. Lepastu, dia fikir, kalau ini, baru je api panas dunia, kalau kat neraka, masyaAllah, apinya panas berkali ganda. Maka, dia terus menangis dan bertaubat kepada Allah.

Kedua, selalu bertaubat. taubat taubat taubat. Just Remember. Allah Maha Pengampun. Dia amat kasih kepada hambaNya. Ada satu ayat terjumpa kat Instagram;

Allah GIVE, GIVE, GIVE and FORGIVE.
People GET, GET, GET and FORGET.

Allahu Allah. Moga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan redha. Amin.

Ketiga, pilihlah rakan yang baik. Ustaz Zul bawa satu kisah yang mana seorang lelaki dah bunuh 99 orang tu. Ingat lagi tak? ;) Pastu, bila dia tanya seorang lelaki, apakah aku akan diampunkan walaupun aku dah berbuat dosa, and lelaki tu cakap, kau dah buat dosa, mestilah takkan diampunkan. lepastu lelaki yang dah bunuh 99orang tu bunuh lah lelaki tu. so, dia dah bunuh 100 orang. Lepastu, last-last dia jumpa sorang laki ni, and laki tu cakap kau akan diampunkan oleh ALlah walaupun kamu dah bunuh 100 orang, cuma kamu kena berhijrah dari kawasan kamu sebab kaum kamu tu tidak baik. So, dia rasa happy sangat dan dia pun bertaubat n berhijrah ke satu kawasan yang lain. masa on the way ke tempat yang baru tu, Allah tarik nyawa lelaki tu and at last lelaki tu dimasukkan syurga sebab dia dah berniat untuk berubah ke arah kebaikan. seeeeeee? Allah Maha Pengampun sangatttttt. ^___^

Ok, seterusnya, keempat, isilah masa dengan majlis ilmu supaya dapat melalaikan diri kita daripada nawaya khofiyyah ( niat yang tersembunyi). Seriously, ini memang mujarab ubatnya. Paksalah diri kita untuk join mana-mana majlis ilmu supaya dapat refill balik hati kita dengan mengingati Allah. Untuk remind diri kita yang mungkin dah lalai sangat dengan dunia ini. You may join usrah or halaqah or tazkirah. Semuanya bergantung pada diri kita. :) Enjoy your life with good things yang boleh dekatkan diri kita kepada Dia. Apa makna hidup kita ni kalau tak mengabdikan diri kita kepada ALlah, kan ukhti? :)

Kelima, banyakkan Do'a. Yes, Do'a. DOA ITU WIRELESS. Hati ni kita sendiri tahu yang ianya jenis berbolak-balik dan tidak tetap, kan? Jadi, mohonlah pada Allah untuk tetapkan hati kita sentiasa di jalan-Nya, insyaAllah. Amalkan doa ini selalu : "Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Quluubana 'Ala Diinika, Wa Thoo'atihika, Wa Husni 'ibadatika." maknanya, "Ya Allah yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami kepada agamaMu, ketaatan kepadaMu dan beribadah kepadaMu." Doalah pada Allah juga supaya diri kita terhindar daripada benda yang tidak baik. Amin.

Wallahu'alam.

:)

Wednesday, September 25, 2013

Kepada Tuhan, aku pohon kekuatan untuk terus hidup dalam redhaNya.

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 10, 2013

taqwa

kenapa manusia harus dibeza-bezakan dengan aspek luaran dan fizikal? sedangkan Allah sendiri sudah mengatakan hanya taqwa yang membezakan darjat seseorang itu.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 5, 2013

pedoman

bismillah.
lagi 4 hari sebelum semester baru bermula.
moga semester kali ini dan akan datang akan lebih baik dan bahagia dari semester-semester lepas.
dan juga, moga kehidupan kita menjadi lebih osem dan lebih dekat kepada Allah Ta'ala. insyaAllah.

O Allah, please guide us always. amin.


Monday, August 12, 2013

Rock gitu

Bismillah.

Petang tadi. Mimpi. Berdakwah kat gangster-2 ala ala rock di Indonesia. Wow masyaAllah. Mimpi tu. Dalam mimpi tu. Rasa amat yakin dan berani. Sebab sangat sangat percaya bahawa aku ada Allah. Lantak pi la dia nak campak kerusi ka, parang ka, tapi perasaan yang Allah akan tolong aku at that time tu, rasa macam ya Allah. Aku ada Allah. Speechless. Terima kasih ya Allah atas mimpi petang tadi. Buat diri ini rasa lebih kuat dan bersemangat untuk kembali berjuang di medan dakwah. Huhu. InsyaAllah. Doakan.

Btw, sebelum tidur tadi, sebenarnya baru selesai baca novel sejarah Islam : Zubair bin Awwam. Hehe. Sebab tu lah ada aura dia sampai masuk mimpi. MasyaAllah. Hmm, nampak sangat kan, melalui membacalah kita dapat besaqkan pemikiran kita dan mematangkan lagi jiwa kita. Best woo baca kisah perang zaman sahabat dan Rasulullah s.a.w. Macam bagi suntikan semangat! Kalau tak percaya, cubalah baca! ;)

Moga Allah redha. :)

P/s - SHRMZB. moga trus istiqamah, iA.

posted from Bloggeroid

Sunday, August 4, 2013

Angan angan

Mak cakap jangan hidup dalam angan angan.
Uhh, pedihnya ayat, ya Allah.
Betullah apa yang mak kata.

Hiduplah dalam alam realiti.
Bangkitlah dari selimut mimpi.
Banyak lagi peluang yang boleh kau kejari.

Usia muda lah yang bakal Allah persoalkan banyakkkk sekali bila di padang mahsyar nanti. ALLAH.
Apa kau buat pada usia muda?
Dengar lagu tak bermanfaat? Tonton movie? Lepak-ing? Facebooking? Twitter?
Semua itu akan Allah persoalkan. Bersediakah kita? Cukup ke amalan kita?
Ya Allah, dahsyatnya hari itu tika mulut dikunci, melainkan amal sahaja dan anggota badan lain yang berbicara.

T_T

ohh, aku lah yang menonton dan melihat benda ini..itu. Kata mata.
Ohh, akulah yang telah mengata itu..ini.. Kata lidah.
Ohh, akulah yang bergerak ke tempat sana untuk.. Kata kaki.

Allahu Akbar. Check balik amalan kita. Andai ada rasa kekurangan(sudah pasti ada kekurangan!) maka berubahlah untuk menjadi yang lebih baik. Janganlah hidup dalam angan-angan! Usia muda jangan disiakan.

Buat teman teman, teruslah mara ke hadapan. Janganlah pandang ke masa silammu melainkan untuk dijadikan pengajaran. Percayalah dan yakinlah, Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Kejarilah cinta Dia yang Agung kerna bila cinta Allah kita dah genggam, insyaAllah segala keperitan dan kesedihan akan dilupai. InsyaAllah.

Buat semua, maafkan diri ini andai pernah sakitkan hati. Huu.

Moga istiqamah selalu.
May Allah bless us.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 3, 2013

Ramadhan Terakhir?

Lagi empat hari je nak puasa :'(
Adakah hubungan kita dengan Allah makin bertambah erat dalam bulan ramadhan ini?
Ambillah sebanyak banyaknya peluang yang masih ada wahai cik ummi dan sahabat-2, kerna mungkin ini adalah ramadhan kita yang terakhir.
Kita tak tahu apa, tapi Allah Tahu segalanya.
Moga Allah Redha.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 25, 2013

Doa Sahabat

Bismillah.

------------------

Berderai juga air mata dia malam ini.
Tersentuh dengan sahabatnya.
Buat sahabatnya, dia titipkan doa yang sungguh-sungguh supaya Allah berikan kekuatan kepada Dia.
Supaya Allah pelukkan dia dengan belas dan kasih sayang-Nya yang Maha Luas.

Awak,
Walaupun kita terpisah jauh, percayalah, pasti ada hikmah-Nya kenapa Allah susun macam ni. :)
Bersangka baiklah. Percayalah.
Pasti terselit kebaikan di situ yang Allah nak hadiahkan kepada kita.
Mungkin kita dah rancang banyak sangat perkara untuk lakukan bersama, tapi Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :)
Don't worry ukhti jamilah, mungkin kita tak sempat jumpa di bumi ini lagi, tapi sabarlah wahai ukhti, moga Allah berikan kita peluang untuk bertemu di Jannah-Nya kembali.
Berborak, bergurau senda bersama. InsyaAllah. :)
Cuma buat masa sekarang ini, ya, saat kita masih di dunia ini,
Ayuh kita kumpulkan amalan soleh sebanyak mungkin dan Ikhlas kerana-Nya,
Ayuh kita jadi 'abid dan khalifah Dia yang terbaik,
Supaya kita dapat tersenyum puas di syurga nanti,
Dengan apa yang telah kita korbankan dan sumbangkan.
InsyaAllah, amin amin amin.
Ukhti,
Andai Allah uji kita dengan ujian yang berat,
Ku harap engkau dan aku terus kuat, terus teguh bersama,
InsyaAllah.
Moga iman kita mengukuhkan ukhuwah kita bersama.
InsyaAllah.
Amin.


Buat sahabatku sayang, bersabar ya. :')
Doa banyak-2 okay.
Laa tahzan, innallaha ma'ana.
Uhibbuki fillah abadan abadaa.

ukns
25072013
0105

Saturday, July 20, 2013

Pinjaman

Kita milik Dia.
Tidak ada yg kita punya.
Semuanya adalah pinjaman sahaja daripada-Nya.
Dunia hanya sementara.
Maka jagalah dirimu baik-2 daripada sebarang kejahatan dan maksiat, hargailah utusan Allah yakni ibu bapamu, ahli keluargamu, sahabat-2mu dan orang yg kamu kenali dengan sebaiknya.
Kerna ini semua pinjaman Allah.
Dan setiap pinjaman itu haruslah dijaga dan dipulangkan dengan sebaiknya kepada Dia.

Moga Allah kasihi.

11ramadhan1434H.

posted from Bloggeroid

Monday, July 15, 2013

Touching

"buat ayat touching plak."
Kadang-kadang ayat tu memang touching sebab ia datang dari hati. Benda ni sukar dikatakan atau digambarkan, sebab hanya hati yang mampu dan tahu rasa touching tu macamana. Bila hati sampai ke hati, sebab itulah ada rasa touching.
:)
Jaga diri, jaga iman, jaga hati.
Zikrullah selalu.
Moga Allah redha.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 10, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Dot

Hari ini rasa sedih. :(

Allah kan ada..

posted from Bloggeroid

Monday, June 17, 2013

Chatime

M: La, hidup ini indah.. Tapi M rasa letih...
La: M, hidup ni mmg indah. Dunia ni sekejaaap je. Akhirat nanti kita boleh rehat bila2 M, insyaAllah. Teruskan bersemangat. Allah ada..

Sepi.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 15, 2013

Jalan jalan

Alhamdulillah thummal hamdulillah. 13-06-2013: habis exam bahasa arab. Next week 19-06-2013 sambung lagi exam history of library dengan organizations of library.

Alhamdulillah. Allah bagi peluang pada kami (saya n cik nns) untuk berjalan-jalan kaki dan hati berukhuwah bersama di KLCC semalam [14/6/2013]. Huhu. Bukan hanya di KLCC je, tapi yang penting masa bersama-sama yang dihabiskan sepanjang dalam perjalanan itu. Moga Allah redha.

It started from Nilai>KL Sentral>KLCC>KL Sentral>Ipoh n PJ.

Something to share, tym nak masuk maghrib, cadang nak solat je kat tmpt yg takde orang, surau kat bawah sekali tu jauh sangat, masa tu kejar masa juga sebab nk balik ipoh kan, hehe. So, last2 solat kat tmpt tersorok. Kononlah yakin dgn arah qiblat based on compass kat handphone kan. Hoho. Tup tup. Dah habis solat, seorang makcik cleaner(indonesian) tegur n cakap..."eh, arah kiblatnya ke sana."(tersasar skit dri arah kiblat tdi..ngee). Eh. Lain kali kena make sure betul ke tak eh degree kiblat tu. Hehehe. Lepastu gawat sekejap. Blur taktau nak buat apa..makcik tu pun ajak.. "Mari sini, solat dalam bilik ni(bilik utiliti). Nanti security datang, takut dia ambil tindakan pula." uhuuuuu. Masa ni, rasa mcm...Ya Allah, baiknya makcik ni. Sebab sebelum solat tu, makcik tu ada tegur suruh solat kat surau sebab tempat tu kotoq habuk sikit. Hehe. Tapi degil skit kami ni, ngee. Just alas dengan baju lawa cik nns pnya yg dia bawa. Hoho. Alhamdulillah, selesai solat dgn amat bahagia atas bntuan m.cik tadi. Huhu. May Allah bless u always, makcik. :')
Emmm. Lepas dah selesai dating dgn Allah, maka bercuci matalah kami di KINOKUNIYA..YAAAAA! dah lama tak pergi kat situ. Seronok sangat even tak beli apa-2 buku cerita. Hehe. Rasa nak peluk je semua buku tu. Eh.

Then, balik semula ke KL Sentral untuk tunggu ets dengan adik dari ipoh datang ambil kami. Huhu. Cik nns pun pulang ke PJ.

Alhamdulillah. Seronok. Dah lama tak jalan-2 kan. :p huhu.

Apapun. Doaku, moga Allah redha dan redha dan redha dengan apa yang telah kami perolehi. Insyaallah.

To ukhti nns, Jazakillah Khairun Jazak for the Sweet n Osem memories :)

Alhamdulillah.

:)


posted from Bloggeroid

Sunday, June 2, 2013

salam imtihan :)

Bismillah.

10 June 2013/Mon/2.30pm
BUSINESS

11 June 2013/Tue/2.30pm
DA'WAH

13 June 2013/Thurs/9.00am
B. ARAB

21 June 2013/Friday/3.00pm
SEJARAH PERPUSTAKAAN

24 June 2013/Mon/2.30pm
ORGANIZATIONS IN LIBRARY


Itu dia. Jadual peperiksaan saya. Senyum.
Perjuangan dengan akal, pen dan kertas akan bermula beberapa hari saja lagi.
Mohon doanya.

Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah,
Jom kita buat yang terbaik!
Paling penting, IKHLAS KERANA ALLAH.
Jom kita kejar redha Dia :)
Kalau kita mahu redha Dia, pasti kita mahu usaha yang terbaik, kan? ;)
Just remember my dears ;)
Allah tak pandang keputusan kita, tapi Allah pandang usaha kita, okay? :)
Oh ya. Jangan lupa jaga hubungan kita baik-2 dengan Allah, mak ayah, sahabat, dan kesemuanya, okay :)
Fighting!
Rabbuna Yusahhil.
Ayuh!

suka sangat-2 gambar ni! inspiring sungguh! ;)

Kalau kita nak jadi HEBAT, Kita kena HEBATKAN juga USAHA! ~Hilal Asyraf~

#BQC4 SPM, FPQS, USIM


Tuesday, May 28, 2013

SHAB

credits

Semester dua kali ini penuh dengan cabarannya yang tersendiri. 
Kalam Jama'ie, Flashmob Aqsa Syarif, etc.
Banyak.
Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat.
Alhamdulillah.
Moga Allah redha atas segalanya.


MODE FINAL EXAM + Assignment : 10June2013-24June2013
Mohon doakan.

Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa. ~SHAB~

Thursday, April 11, 2013

Quote by Miss Liza

By Miss Liza (Lecturer Asasi UiTM Puncak Alam) :')

STUDENT: miss, saya rasa nak jadi Dr atau Lecturer mcm miss laa...
MISS: kenape?
STUDENT: sbb banyak pahala... TOLONG ORANG dan BERIKAN ILMU...

PEKERJA JKR YANG MENURAP JALAN
bekerja ditengah panas, menghilangkan halangan pada laluan awam, bayangkan berapa banyak kenderaan yang lalu sepanjang jalan itu berada disitu? Dr, Lecturer, Pegawai Kerajaan, hatta Ustaz yang nak pergi ceramah juga lalu jalan itu... BETAPA BANYAK PAHALA YANG DIA PEROLEHI SEKIRANYA DIA IKHLAS??
kalau pahala alasannya, KENAPA ANDA TAK NAK JADI TUKANG TURAP JALAN??
(sbb tak glamer bukan?)

MEKANIK YANG MEMBAIKI KERETA
bekerja pagi petang, memeriksa kereta, membaikinya dengan baik, bahkan memberi penerangan dan nasihat tentang penjagaan kereta yang baik.. bayangkan berapa banyak kenderaan yang telah dia baik pulih? lantaran itu Dr, Lecturer, Pegawai kerajaan, hatta Ustaz yang nak pergi ceramah juga menggunakan kereta yang telah dibaik pulih itu... bahkan mereka mendapat ILMU penjagaan kereta daripada mekanik itu... BETAPA BANYAK PAHALA YANG DIA PEROLEHI SEKIRANYA DIA IKHLAS??
kalau pahala alasannya, KENAPA ANDA TAK NAK JADI MEKANIK??
(sbb tak glamer bukan?)

anda jadikan PAHALA sebagai ALASAN, anda sempitkan ruang pemikiran sendiri sedangkan anda MENGAKU SEBAGAI PELAJAR YANG PANDAI... apa SEMUA ORANG PANDAI PERLU JADI Dr, LECTURER??
success is for u to define, but u let EVERYBODY AROUND u to INVADE ur mind................ belajar sebab nak kerja dan kerja itu perlulah GLAMER...... baru lah berjaya dan BERGAYA.........
ADAKAH INI ASBAB KUKUH UNTUK ALLAH MAKBULKAN DOA ANDA??
[muhasabah untuk diri saya juga kerana saya TIDAK MEMILIH JALAN ini dari awal, namun Allah mudahkan, maka inilah TAKDIR SAYA]

bukan hanya Dr dan Lecturer yang MULIA DISISI ALLAH... hidup untuk MATI... bersedialah... =)

Tuesday, April 9, 2013

His Awesome Planning

Bismillah.

Pada suatu petang nan indah.

Melati : mak, peningnya mak. betul ke nak tukar course ni? orang lain cakap macam tu  macam ini.. Mak.. cakaplah sikit mak.. wuuwuwu
Mak : hmm. kenapa perlu tanya orang lain..:) Allah kan ada..? Gi solat nuhh..
Melati : huhu, kalau tak boleh solat macam mana? :(
Mak : lahh, doalah.. Allah kan sentiasa mendengar..:) Doa tu kan wireless ;)

Huuu. Terima kasih mak. kadang-kadang manusia sibuk mencari pendapat dari orang itu orang ini, sedangkan Allah lah yang patut pertama sekali di-"tanya" dan diminta pendapatnya, kerana Dia-lah yang mencaturkan segala perkara yang sedang kita hadapi. T___T Allahu Allah. Maafkan hamba-Mu ini.

Ukhti, mintalah pada Dia sungguh-sungguh. Allah sentiasa setia mendengar rintihan kita. Kita je yang kadangkala sombong untuk berdoa pada-Nya. T_T Tapi, ingatlah, Allah tu Maha Pengampun sangat sangat sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Huuuuuu.

Moga Allah redha.

Wassalam.

ALLAH HAS THE MOST AMAZING PLAN FOR US. 

ukhti


ukhti sayang
kuatkan dirimu
percayalah dengan rahmat Dia
nak dapat syurga memang payah kan?
jadi kita kena usaha lebih
kuat ukhti 
Allah ada dengan kita
sentiasa


Wednesday, March 6, 2013

Sem Dua

Bismillah.

Semester dua dah hampir 3 minggu berlalu.
Alhamdulillah, setakat ini All Izz Well.
Subjek baru yang menarik dan menambahkan semangat untuk study dalam sem ni! antaranya;
Amalan Komunikasi dalam Dakwah, Sejarah Maktabah, Organization of Library and Information, Business, English for Academic dan Bahasa Arab (Sains Sosial). Semuanya bukan belajar dalam bahasa Melayu. Hehe. Itu yang best tu.

Dalam English; Business, Organization Library
Dalam Bahasa Arab; Dakwah, Sejarah Maktabah.

Credit hours kami 16jam. Berbanding dengan course lain, mereka ada lebih banyak daripada kami punya subjek.
Jadi, memang diakui, ada banyak jugalah masa terluang.
Maka, kalau masa terluang itu tak diisi dengan perkara kebaikan, rugilah kan?
Jadi, alternatif lain untuk isi masa kosong tu, cuba-cubalah juga untuk menggagahkan diri untuk hadir dan hayati majlis-majlis ilmu kat USIM. USIM memang rajin buat majlis ilmu. Saya suka. :)
Tiap hari Rabu, ada kuliah umum dalam Bahasa Arab, memang lecturer pun orang Arab. Baru pergi satu kuliah haritu, masyaAllah, penyampaian Dr Mustafa simple sangat dalam bahasa Arabnya tapi isinya mantoopp. Kalau ada sahabat-2 USIM yang baca entry ni, bolehlah join ya, pukul 2.30-4.30 petang kat DKU FPQS. :) Tak rugi pun. :)

Pernah sorang kakak senior pesan, masa kat universiti ni lah masa untuk kita cari ilmu banyak-banyak. Kat tempat lain susah nak dapat. So, grab the chance! Jangan hanya duduk di rumah ja. Terokai ilmu. Dan paling penting, pastikan niat kita pergi majlis ilmu tu IKHLAS kerana Allah.

Kerana.

Kerana.

Kerana.

Andai hati tak ikhlas untuk pergi program itu, memang rugi dan memang hati akan rasa menyampah je. Hu. Na'udzubillah min dzalik. Misalnya, andai naqibah kita suruh/ajak kita pergi apa-apa program, please, jangan pernah rasa terpaksa, kerana anda akan rugi. Seriously talking. Ikhlaskanlah niatmu, mintalah pada Allah selalu supaya segala niat kita hanya didasari untuk peroleh rahmat dan redha-Nya. InsyaAllah, bila hati kita ikhlas, Allah akan permudahkanlah jalan bagi kita. Betul. Percayalah dengan Dia. :) Yakin ya.

Hm, kat universiti ni memang banyak persatuan, kan? Tapi, tak tahulah samada nak join ke tak persatuan-persatuan ni. Uhuhu. Ada sesiapa yang boleh berikan cadangan? ;) Cadangan dan pendapat anda amatlah sangat-sangat dihargai. :)

Apapun, setiap benda yang kita buat, ingatlah, setiap dari kita punyai haknya yang tersendiri. Kalau nak pergi ke program ke sana situ dan banyak lagi lah kan, itu tidak mengapa, tapi pastikan hak badanmu terjaga. Jangan sampai keletihan pula. Badan juga ada limit dia.

Sabda baginda s.a.w yang bermaksud,
"Tuhanmu mempunyai hak atas dirimu, dirimu juga mempunyai hak atas tubuhmu, keluargamu pun mempunyai hak atas dirimu. Maka tunaikanlah dengan benar hak-hak tersebut." (Riwayat Bukhari)

Kepada anda yang dikasihi Allah, tolong doakan saya untuk terus tsabat dan istiqamah dalam jalan ini, insyaAllah.

Rabbuna Yusahhil.

Assalamualaikum.
with Ustaz Hasrizal. Seminar Muslim 2013 selama 2 hari. masyaAllah, ibrah yang manis.



Friday, February 22, 2013

EuropSafar 3

29 JANUARI 2013, SELASA :

  • Hari ini pergi ke Bursa, dulu juga merupakan salah satu kawasan Islam, sekarang pun, masih lagi. :) Kitaorang kena naik feri untuk sampai sana, lebih kurang 2 jam juga.
  • Secara ringkas, kat Bursa ni sebenarnya ada banyak tempat best untuk dilawati, tapi kami sempat pergi separuh hari je. Agak tergesa-gesa lah juga sebab terpaksa berkejar dari satu tempat ke tempat best yang lain kat sana. Amat digalakkan supaya korang duduk kat sana untuk sehari dua macam tu, ehe. Sebab tempat dia best! dan kat Bursa juga, filem Istanbul Aku Datang dibikin, hehe.
  • Jalan-jalan di Bazar, best. Tapi, tak ramai sangat orang Melayu disini. Huhu. Time jalan-jalan tu, bila tengok kawasan dia, lorong-lorong kecil dia, orang-orangnya, ya Allah, tetiba teringat kat Syria. T_T Sebab environment dia memang macam di Syria. Ya Allah, moga Engkau sentiasa beri kekuatan kepada mereka ya Allah. Jagalah mereka. Amin.
  • Kat sini juga, kami berkenalan dengan Husayn Erdogan. Semuanya Allah yang aturkan, huhu. Beliau memang orang Turki. Amat peramah. Dah travel banyak tempat walau dalam usia yang muda. Hm, salute. Beliau bawa kami jalan-jalan di sekitar Bazar. Baik, amat baik. May Allah bless him.
  • Haa, ada cerita menarik, hee. Ayah mintalah seorang pakcik teksi ni untuk bawa kami jalan-jalan around Bursa dalam masa lebih kurang 2 jam. Bayaran tak kisah, huhu. Dan, pakcik tu tak speaking English pun! Dia cakap bahasa  Turki je. MasyaAllah, tiap kali dia nak explain tu dalam bahasa Turki tu, punyalah bersungguh nye. Macam kitaorang faham, hee. Tapi, memang, rasa wow lah, masyaAllah. Sebab dia sanggup bawa kitaorang jalan-jalan and try to explain the history di setiap tempat tu. Jzkk.

Thursday, February 21, 2013

EuropSafar 2


27 JANUARI 2013, AHAD :

Abu Dhabi to Cairo : 3 hours 55 minutes.
Alhamdulillah, 3 pagi sampai di Kaherah, Mesir.
Meet kak yusraa!! Dengan kawan dia n abang dia. Nak pergi Istanbul juga. Huhu.
2.35 petang : depart dari Cairo ke Istanbul, Turki. 2 jam 15 minit.
Bila tengok awan, langit biru. Bila difikirkan balik, langit dan awan ni dah lama dah wujud kat ala mini, tapi dia still teguh dan ikut perintah Allah. Subhanallah. Moga Allah beri kekuatan yang sama juga pada kita untuk follow perintah-Nya dan menjadi hamba yang terbaik di sisi- Nya, insyaAllah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.” (Surah ar-Rahman)

28 JANUARI 2013, ISNIN :

Hari ini pergi ke beberapa tempat di sekitar Istanbul, guna kaki je. Alhamdulillah. Hehe.
Mula-mula, gerak ke Bazar Spice, New Mosque, Masjid Eyup Al-Ansari, Topkapi Palace, Blue Mosque.
Kat Bazar Spice, ada macam-macam rempah ratus, benda-benda untuk wedding nikah pun ada.
Masjid Eyup Al-Ansari : adanya makam sahabat nabi sallahu alaihi wasallam, iaitu Abu Ayub Al-Ansari. Tahu kan cerita tentang beliau?  First cerita, beliau ni orang Ansar, masa Rasulullah s.a.w datang berhijrah, semua orang berebut-rebut nak invite Rasulullah s.a.w untuk tidur rumah diaorang. Last-last, Rasulullah s.a.w kata, biarkan unta dia stop sendiri, dan akhirnya unta tu stop kat rumah Abu Ayub Al-Ansari. Second cerita, beliau teringin sangat nak tawan kota Constantinople masa pemerintahan Rom, tapi tak berjaya, sampailah akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya tawan pada tahun 1453. Dan, sebelum Ayub al-Ansari meninggal dunia, beliau minta kuburnya ditanam di luar pagar kota Constatinople, supaya beliau dapat dengar derapan kuda pemimpin Islam dan tenteranya yang berjaya menawan Constatinople. MasyaAllah. Hebat orangnya. Masa beliau pergi berperang tu, umur beliau sudah mencecah 80 tahun dan masa tu anak Muawiyah yang jadi ketua, iaitu Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian.
Masjid Biru @ Blue Mosque : sekarang dah jadi museum. Sedih. Ada 6 menara.
Topkapi Palace @ Topkapi Sarayi @ Istana Sultan Muhammad Al-Fateh :
Dibina oleh Sultan Muhammad al-Fateh dan terus digunakan selama 400 tahun.
Dalam istana tu, adalah bahagian-bahagian dia. Memang besar lah. “The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. At its peak, the palace was home to as many as 4,000 people,[2] and covered a large area with a long shoreline. The complex was expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire. The palace contained mosques, a hospital, bakeries, and a mint.” Dalam kawasan istana tu jugak, ada pameran senjata, pakaian-pakaian perang dan banyak lagi. Tak boleh ambil gambar.   Bila tengok baju besi tentera Islam dulu-dulu, dengan senjatanya, pedang, rifle, bow, semua tulah kan, masa tu rasa macam.. “ MasyaAllah, sungguh, pasti hebat dan mantap pemerintahan Islam zaman dahulu. Patutlah Islam tersebar luas, kerana adanya kekuatan iman di samping kekuatan fizikal, senjata, etc.. Kalau tak, tanpa semangat keimanan dan juang yang tinggi dalam kalangan sahabat dan pejuang Islam zaman dulu untuk sebarkan Islam, sekarang ni, agak-agak kita dapat tak hirup tak keamanan yang ada? Dn mungkin juga, adakah kita Islam sekarang ni? Allahu Allah :’( Moga Allah merahmati sahabat-sahabat dan pejuang Islam terdahulu dan sekarang, amiiiin. Moga kita bisa jadi seperti mereka, insyaAllah.
Pergi Panaroma Al-Fateh kat Topkapi. Dalam bangunan tu, dia gambarkanlah suasana peperangan time nak tawan Constantinople tu. Macam real lukisan dia. Siap ada bunyi bom, bunyi kuda etc.. Memang macam suasana perang. Berlaku pada 29 Mei 1453. Tentera Muslimin di bawah pimpinan Sultan Muhd al-Fateh sendiri berperang dengan tentera Rom. Masa tu,tentera Islam terdiri daripada pelbagai bangsa dan Negara. Akidah menyatukan mereka. MasyaALlah. Pesanan ringkas dari saya, cubalah baca buku Mustafa Kamal Attarturk hasil tulisan Pakcik Abdul Latip Talib. Dalam tu ada juga cerita fasal penawanan Constantinople ini. Best.
Last kali untuk hari tu, pergi GRAND BAZAAR. Uhuhu. Banyak benar barangnya. Pashmina ada, keychain, cawan, baju, carpet, jubah, baju. Haish, macam-macam lah ada. Harga pun boleh tahan kalau pandai kecek dengan penjual dia. Hehe.

Wednesday, February 20, 2013

EuropeSafar 1


SAFAR 4 MUSAFIR DEMI REDHA DIA~

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah redha dengan perkongsian ini, insyaAllah.
Secara ringkas, pengembaraan kami mencari diri, bermula sebegini :

Malaysia  Cairo  Istanbul  Barcelona Granada, Spain  Malaga  Toledo  Madrid  Cairo  Malaysia

MasyaAllah, musafir dari 26 Januari 2013 hingga 10 Februari 2013 ini banyak beri pengajaran pada kami! Alhamdulillah.
Sy hanya meng-copy paste balik apa yang saya dah tulis dalam buku sepanjang perjalanan ini into this blog. ;)


26 JANUARI 2013, SABTU :

Gerak daripada USIM lepas asar. Berdebar.
8.30 malam : airplane moving. Ikhlaskan niat. Moga Allah redha dengan musafir ini, insyaAllah.
Perjalanan lebih kurang 6 jam 30 minit. Dari KLIA ke Abu Dhabi.
Banyak kali juga bertembung dengan turbulences. Sekali tu ada rasa macam plane tersentak ke bawah. Allahu Allah.. hmm, something to ponder time tu, siapa yang cipta turbulences tu? Ha, Allah, kan? Jadi mintalah tolong dan kekuatan daripada Dia ;) Tawakkal ‘ala Allah.
Ehm, dan ada seorang pramugara ni, tak habis-habislah pesan n check seat belt passengers dia, huhu. Same goes macam dalam kehidupan kita. Kalau naik kapal terbang pun perlukan seat belts to secure ourselves, apatah lagi dalam hidup kita, we need a guidance to guide our life, iaitu hukum yang Allah dah tetapkan  khas untuk kita, yang mana dah tersedia dalam al-Quran dan sunnah. MasyaAllah. Check balik, adakah kita dah ikut peraturan Dia dengan sebaiknya selama kita hidup 20 tahun ( n etc..) ini?



Tuesday, February 19, 2013

Bangkit

Bismillah.

-------------------

Dia bangkit dari kisah silamnya
Yang penuh kejijikan dan penghinaan
Untuk menjadi manusia yang lebih sempurna
Di mata Dia 
Toleh ke belakang hanya untuk cari pengajaran
Bukan sekadar mainan

Ini dia cerita seorang penghina
Yang mahu merubah dirinya
Ke arah yang lebih mulia di sisi-Nya

Dulu dia sering mengadu domba
Tidak berpuas hati akan hal itu dan ini
Tapi kini dia sedari
Bahawa setiap perkara, setiap insan
Punya kelemahan yang tersendiri
Dan nikmat Tuhan itu sungguh luas
Maka mengapa perlu membesarkan perkara yang kecil?

Dulu dia melihat manusia dengan penuh perasaan benci
Dendam, kecewa, iri hati
Dengan segala perkara yang mereka miliki
Tapi kini segalanya dilihat dengan pandangan mata hati
Pandangan kasih sayang orang kata.

Dulu mulutnya laser dan tajam
Bak seseorang yang minta penampar hinggap di pipi secara percuma
Kasar luar
Kasar dalam
Semuanya ada dalam diri dia
All-in-one lagaknya
Tapi kini dia sedang berusaha
Untuk melembutkan lidah dan perilakunya
Dengan sentiasa membasahkan lidahnya
Dengan zikrullah dan istighfar sentiasa.

Dia cuba
Ya
Sedang mencuba sehabis dayanya
Untuk sabar dalam setiap perkara
Dia usaha dan akan terus berusaha
Maka 
Awak yang dikasihi Allah yang sedang membaca petikan ini
Mohon tolong doakan dia
Terima kasih
Yang amat.

-------------

Untuk post antara 20/2/2013-22/2/2013, sebenarnya it's already scheduled sebelum ini. Kiranya saya dah tulis awal-awal, takut tak sempat nak share kat sini. :) Moga Allah redha.


Saturday, February 16, 2013

matang

Puan Mama pesan supaya bersikap lebih matang lah sikit tahun ini. Hehe.
Janganlah asyik nak bersembang sakan dengan kawan sahaja.
Janganlah nak berhu-ha-hu-ha sahaja dengan kawan.
Ouch. Sakit.

Ya, kita datang sini, universiti ini, bukan untuk suka-suka sahaja.
Tapi kita punya tujuan dan matlamat.
Kita punya tanggungjawab dan amanah yang harus dilunaskan.
Kita datang sini untuk belajar.
Untuk menuntut ilmu.
Supaya dapat raih redha Dia.
InsyaAllah.
Selamat berjuang sahabat seperjuangan yang ku cintai semuanya kerana Allah.

jom jadi muslimah osemmmmmm!

APG


Percayalah, anda sudah bosan melakukan maksiat. Yakinlah, anda sudah muak untuk ingkar padaNya. Dan ketahuilah, sudah tiba masanya untuk anda meninggalkan segala dosa dan noda.

Ayuh berubah!

-APG-

Monday, February 4, 2013

Hanisah, hehe

Bismillah.

Kepada cik anissss dan cik nabilah, Jazakillahu Khairan Kathir atas ucapan awak! Maaf sangat tak dapat reply via message, kredit sudah kering, Huhu.

May Allah bless us always.

P/s: currently at Granada, Spain. Akan meneroka sejarah khilafah Islamiyah di sini selama tiga hari, insyaAllah.

Senyum.

Moga Allah redha.

Saturday, February 2, 2013

Kejap

Bismillah. Betul jugak apa yg kak S cakap. Mungkin Allah bagi peluang bermusafir ni untuk release tension. Hu hu. Dan yang paling penting, dapat dekatkan diri kepada Dia. N ambil pengajaran dari sekeliling.

T.T

Moga Allah redha.

Rome, Italy.

Tuesday, January 15, 2013

Sharing with Ukhti ;)

Di Perak : satu message telah berjaya dihantar.
Di PJ : satu pesanan email telah berjaya masuk dalam inbox.

----------------------------

Assalamualaikum.

InsyaAllah, malam ni kita nak share benda yg haritu tu. Yg dah lama sangat tuu, hehehe. Yg majlis cinta ilmu by ustaz zulkifli albakri kat tv alhijrah haritu, heee.

Bismillah. Oke, kita just share apa yg kta dapatlah drpd sharing ustaz tu. Em. Dekat dunia ni...ada macam-macam jenis manusia, kan? Jadi, pastilah pemikiran diaorang pun berlainan. N then, there it is.. muncul satu persoalan..

Bagaimanakah seseorang manusia tu melihat alam ni?
Basically ada beberapa level manusia..

First, dia tengok alam ni, dia rasa biasa-biasa saja. Ada pokok, ada sungai, ada langit, ada kereta. So what? Lantaklah....
Second, orang ni dia tengok, eh macam mana eh pokok ni jadi? Hmm..menarik jugak kalau nak selidik. Hebatnyalah benda alam ni..something like that lah orang tu fikir..
Third is someone yang bila tengok alam ni, dia tengok dengan penuh iktibar.. means, everything that he/she sees, she will relate to Allah. spe yang cipta gunung-ganang? manusia yang pelbagai rupa? pokok bunga yang menawan? and there it is... dia mula memuji kebesaran Allah. sebab dia tahu, siapalah yang mampu menciptakan alam dan seluas segala isi semua benda ini melainkan Allah 'Azza Wajalla? Allahu Akbar.

and jom refleksi diri, yang mana satukah kita? T_T

Dan ustaz ada cakap, ulul albab adalah seseorang yang punyai mata hati, yang bila lihat sesuatu, dia akan lihat dengan iktibar&berfikir. Bukan hanya sekadar melihat and then pergi ja..bukan macam tu...bukan.

Dan dalam setiap perkara yang kita buat, kita patut sandarkan pada ALLAH. Tiap kali kita nk buat kerja ke apa, makan ke, minum ke, baca buku ke, driving ke, mulakan dengan BISMILLAH, dan akhiri ia dengan ALHAMDULILLAH. Kita letakkan harapan kita 100% hanya pada Allah & mintalah keredhaan daripada Dia..


Just remember ya ukhti..that,, everything that happens to us, there must be a reason / hikmah that Allah wants to give us. Pasti ada hikmahnya. Dan kita kena wajib percaya dengan segala plan Dia, because He is the best planner! 

And ustaz ada cakap, kenapa sekarang ni masih ada lagi yang lari dari landasan kebenaran?.. because they didn't know Allah.. ya, sebab mereka tidak mengenali Allah dengan sebenarnya..moga Allah terus-menerus m'berikan hidayah kpd kita dan juga kepada mereka di luar sana, insyaAllah. Amin. Bagi kita, we should spread & share  perasaan "betapa best-Nya bercinta dan mengenali Allah" tu kat orang-2 lain di sekeliling kita, supaya mereka dapat rasa apa yg kita rasa tu.. Rasa macam , "Oh, bahagianya cinta kepada Dia!". Tak rugi pun ya ukhti.. to share with them.. mereka pun mgkin sebenarnya sedang mencari-cari jugak cinta Allah, so why not we share and help them to find the true love of Allah? ;)

eh, pokok ni bunga dia warna pink lah! subhanallah, comel! ;)

Contohnye, benda simple je, kita cuba untuk hubungkaitkan dgn ciptaan Allah. Buatkan dia berfikir. cth, bila tengok pokok masa tengah siram pokok ke  kan, ce tanya dia, hmm, macam mana eh pokok ni boleh tumbuh warna hijau ceria macam ni, n then boleh bgi oksigen kat kita n haiwan2 lain..masyaALLAH..Allah tu Maha Bijak dan Sempurna, sebab tulah Dia ciptakan pokok ni, kalau tak, dah sesak nafas lah kita kat bumi ni, yo lah, asyik2 sedut carbon dioxide je.. Begitulahh.... Heheh. 

Bila kita dah kenal Allah, insyaAllah hati kita akan jadi tenang dan lapang. Because we know that ALlah is the best planner and He knows everything about us. Jadi, perbanyakkanlah zikrullah kepada-Nya..:)



And  there is some little story about Hasan al-Basri.. :)
Beliau pernah berpesan, iaitu..

-jgn terpedaya dengan syaitan
-jgn berkhalwat dengan perempuan w/pun dia rabiatul adawiyh utk ajar al-Quran
-jgn suka/ seronok dgn orang kaya/sombong/ takabbur --- akan merosakkan hati

Wallahu'alam.

Kta rasa itu je yang kta dapat share malam ni..insyaAllah.

Btw, to be a stronger muslimah, kita kena kuat melawan hawa nafsu kita. Mujahadah linafsihi. Fighting ya Ukhti! Fight like a brave warrior!  :')


zikrullah selalu.
Uhibbuki Fillah.

Assalamualaikum.

----------------------------

;)
tag : ukhti nns93!

----------------------------


Saja nak share dengan anda semua! :) Moga Allah redha. Dan maafkan bahasa sy yg agak bercampur rojak malam ini. Huhu.

Friday, January 11, 2013

Kisah @ USIM lagi

1. Ko-Ko Munazarah Lughah 'Aarabiyah buat program!

Alhamdulillah, dapat banyak pengalaman masuk koko debat bahasa arab. Terbaik. Haritu kalau tak silap, 15 Disember 2012, group koko kami buat pertandingan munazarah untuk Tahun 1 dari UKM, KUIS, DQ, USIM (A) dan (B).

Amat seronok. Melihat pelbagai cara penyampaian, aksi, keligatan berfikir, idea yang mencurah-curah, lenggok bahasa yang amat sedap dan menarik. :)

Sesiapa yang nak masuk koko bila-bila nanti, bolehlah masuk debat Bahasa Arab. Jangan rasa rendah diri sangat. Masuk debat ni boleh asah bakat kepimpinan dan keberanian kita sebenarnya. Siapa yang tak nak jadi seorang muslim yang berani, kan?

Syukran jazilan 'ala kulli hal kepada Ustaz Syafwan Nour yang dah banyak mengajar dan berKONGSI dengan kami segala tips dan pengalaman! Barakallahu fiik.


mereka! :)

2. Sirah Rasul

Subjek ni ada dalam kos Pengajian Sunnah & Pengurusan Maklumat(SPM), Quran Multimedia(QM), Quran & Sunnah Pure(QS). Maksudnya, sesiapa yang belajar kat Fakulti Pengajian al-Quran & Sunnah (FPQS) memang wajib kena ambil subjek ni masa 1st year.

Apa yang nak di share kan kat sini.. adalah bahawasanya subjek inilah yang paaaaaaaling best awesome menarik tertarik da booom :) Ustaz yang ajar kelas kami, adalah seorang Doktor dari Nigeria -----> Dr. Kabiro Goje :)

He explains about Rasulullah s.a.w very well and excellent. And I like how he try to sampaikan kepada students beliau. Lecture yang 2 jam tu pun kadang-kadang tak terasa pun dah selesai 2 jam.

Dan masih ingat lagi, first time beliau masuk kelas kami, and then he clearly stated that he want to teach us not because he want us to get good grade in this subject, because he can give us as many scores as he wants (ehhe), but the main point is that, he wants us to know more about Rasulullah s.a.w., and so that we can practise the sunnah of Prophet s.a.w, and all of us can  spread the beauty of Islam to other people and lastly can enter the paradise of Allahu Ta'ala , insyaAllah. Allahu Akbar. :')

In this subject, we learn about hayaati/ life of Rasulullah s.a.w, the war that Prophet s.a.w attended and many more! BTW, the textbook is in arabic, but Dr. explained it in English. :)

All in all, pembelajaran Sirah Rasul oleh Dr Kabir telah memberi impak yang besar kepada diri saya. Alhamdulillah 'ala kulli hal. :) Jzkk Dr.!

in one of his classess, cakap pasal peta negara2 arab

Thursday, January 10, 2013

Istiqamah

10 Januari 2012
01:01

Kita gagal mendidik diri untuk istiqamah kerana terlalu banyak perkara yang telah menghitamkan hati.

Tersentap dengan ayat ini. Memang ada kebenarannya di situ. Apabila hati sudah gelap, maka sukarlah untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan suatu kebaikan.

Namun...namun.. Percayalah wahai diri, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengetahui. Mintalah keampunan Dia untuk memaafkan kesalahan kita.

Dan pintalah kekuatan daripada Dia untuk terus istiqamah dalam amalan kebaikan dan juga dijauhkan daripada segala kemungkaran.

Perbaikilah hubungan kita dengan Allahu Taala. Dia sentiasa setia mennunggu kita. Selangkah kita datang kepada Allah, seribu langkah Allah datang kepada kita. Allahu Allah.

Cerahkanlah kembali segala amalan kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana-Nya. Jangan hanya meniti di bibir sahaja perkataan IKHLAS itu, tapi pastikan ia terukir indah dan kukuh dalam hati kita.

Jagalah dirimu, binalah biah di sekelilingmu dengan biah yang solehah. Kuatkan dirimu untuk membentuk satu persekitaran yang diredhai Allah. Allah Maha Tahu kekuatan hamba-Nya. Biar sedikit, asalkan tetap istiqamah. Amalan yang sedikit tapi istiqamah lebih dicintai dari amalan yang banyak tapi tidak dilakukan secara istiqamah.

Moga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam segenap perkara kebaikan yang kita lakukan, insyaAllah.

---------------------------

Alhamdulillah. Sudah mula bercuti untuk semester 1 :)  InsyaALlah akan pergunakan masa lapang yang ada dengan sebijaknya! Jom telaah buku, hafaz al-Quran dan belajar memasak! Hehe.

google :)

Thursday, January 3, 2013

Teman


"Berkatalah salah seorang daripada mereka, 'Sesungguhnya dahulu (di dunia) aku pernah mempunyai seorang teman, yang berkata, 'Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)? Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?'"

Dia berkata, 'Mahukah kamu meninjau (temanku itu)?' Maka dia meninjaunya, lalu dia melihat (teman)nya itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Dia berkata, 'Demi Allah, engkau hampir sahaja mencelakakanku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).'"
[as-Saffaat, 37:51-57]

Gulp.

Membaca ayat-ayat daripada surah as-Saffaat ini pasti akan membuatkan saya telan air liur banyak kali. Bukan kerana risau memikirkan prospek rakan saya yang mana satu yang akan dihumban ke dalam neraka itu, tetapi lebih ngeri dan seriau memikirkan bahawa sayalah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut, berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Peluh besar.

Yang lebih menakutkan, sehingga kadang-kadang bisa membuatkan saya terkenching dalam seluar adalah perkataan 'qarin' yang digunakan di dalam ayat lima puluh satu. Terjemahan Bahasa Melayu menyebutnya sebagai 'teman.' Sedangkan qarin adalah lebih daripada sekadar teman.

Qarin bermaksud sahabat baik atau teman akrab (qarib), dan perkataan akrab ini selalunya dikaitkan dengan hati. Maknanya, seorang teman yang sangat dekat di hati.

Uhm uhm.

Membaca ayat-ayat di atas, tidak boleh tidak, saya berfikir panjang sambil bermuhasarawak tentang diri ini; jenis sahabat apakah saya..?

Jenis yang sentiasa menyokong malah menggalakkan pula mana-mana rakan yang ingin berubah. Atau... Seorang rakan yang menjadi dajal, sentiasa memerli dan memperlekeh perubahan yang ingin dilakukan oleh orang lain..?

"Eleh, tak usah lah nak pakai tudung labuh kak oii. Dah macam ostajah pilihan dah aku tengok! Kau tu bukannya belajar agama pon..!"

"Laaaa buat apa nak pergi solat jemaah kat masjid tu..? Solat jemaah kat rumah sudah. Pahala tetap dapat 27 kali ganda en..?? Buat penat dan berpeluh ketiak je nak menapak ke masjid tu. Dah la takde ekon! Ish tak faham aku.."

"Tarbiyah? Dakwah..? *garu garu* Tu semua kerja ostad dan pak lebai je lah! Ohoi, sedar diri tu sikit! Anda tu, maksiat dan dosa pon berlambak-lambak lagi, ada hati nak ingatkan orang lain...?? Ceh."

"Weh, yang hang dok sibok-sibok nak pi usrah la, halaqah la, daurah la.. Pasai apa? Hang tu muda lagi, kena banyak rehat. Dok ghumah diam-diam sudahlah. Sekali-sekala takpa la, tapi ni hang dok ligan, bantai setiap hari nak buat dakwah bagai. Hang kena rasuk ka..?"

"Anta tak payah la berangan nak pergi belajar bahasa Arab kat Mesir tu. Baca Quran pon tak betul lagi! Adoiii sedar diri tu sikit boleh tak..??"

Adakah kita tergolong dalam rakan-rakan sebegini? Yang mulut dan akal kita sentiasa ligat berputar, berfikir bagaimana mahu menjatuhkan rakan sendiri..? Yang sentiasa mencari jalan untuk menghasut dan memesongkan rakan-rakan kita yang mahu berbuat kebaikan..?

Ok mungkin anda yang baca belog ini baik-baik belaka. Pijak semut tak mati, kentut pon wangi. Eh. Tapi mungkinkah dalam tidak sedar, kita juga sebenarnya tergolong dalam spesis rakan-rakan yang suka membawahkan orang lain..?

"Anta nak bawak lima usrah...?? Ish anta ni biar betul. Larat ke anta ni..?? Ana tengok diri anta pon macam tak terurus je akhi. Ana rasa anta belum layak kot nak bawak lima usrah. Jadi fitnah nanti!"

"Alaaaa jangan ah rajin sangat nak pergi program tu, tolong orang ni. Kita pon manusia juga apa. Kena juga berehat. Kena juga ada hiburan. Apa kata minggu ni, kau ikut aku pergi Uptown..? Kita tadabbur manusia dan jahiliyyah! Hahaha.. Amacam..??

"Anda, saya rasa anda belum benar-benar faham dengan konsep dakwah sepertimana yang dikehendaki oleh Hassan al-Banna. Bahaya tahu anda ni, kalau semberono je buat dakwah, tak ikut cara dan uslub yang betul. Ish kalau beginilah gaya dan caranya, rasanya lebih baik anda berhenti buat dakwah kot!"    

Bagaimana..? Tampaknya seperti nasihat dan pandangan yang diberikan relevan dan munakedah bukan..? Eh. Munasabah. Tapi jika anda perasan, kata-kata sebegini sebenarnya mengandungi jarum-jarum halus yang mencucuk pedih dan menusuk jerih, yang akhirnya akan menyebabkan hati si mangsa menjadi lemah dan lesu.

Apatah lagi kita sebagai seorang sahabat baik dan teman karib kepada rakan kita itu, pastinya setiap kata-kata dan pandangan yang keluar daripada mulut kita mempunyai berat dan pengaruhnya yang tersendiri. Adakah percakapan dan perbuatan kita sehari-hari sentiasa menolak rakan-rakan di sekeliling kita untuk menjadi seorang hamba yang lebih taat kepadaNya..? Atau tanpa kita sedari, kata-kata dan tingkah laku kita setiap hari telah menyebabkan rakan kita semakin jauh daripadaNya..?

"Demi Allah, kau hampir sahaja mencelakakanku! Dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku, pastilah aku sudah termasuk orang-orang yang diseret!"

Allahu... Potong bawang laju-laju.

Tanpa kita sedari, kadangkala ada segelintir daripada rakan-rakan kita yang begitu menghormati dan menyayangi diri kita. Dia memandang tinggi pada setiap kata-kata dan perbuatan kita. Dia mahu menjadi seperti kita. Dia mahu mencontohi kita. Dia mahu menjadi seorang sahabat sejati kepada kita buat selamanya.

Dan kita..? Tidak pernah menghargai hakikat ini. Bukan setakat tidak menyedari betapa ada seorang insan suci lagi mulia yang sentiasa ternanti-nanti untuk kita membalas rindu dan kasihnya, malah tergamak kita melakukan sesuatu yang menyebabkan dirinya semakin jauh daripada rahmat dan hidayah Allah..?? Dengan akhlak kita yang tidak senonoh, kata-kata kita yang tajamnya mengalahkan light saber, tingkah-laku kita yang tidak menggambarkan risalah yang kita bawa dan beraneka ragam lagi perangai-perangai Paleolitik yang secara tidak langsung telah mempengaruhi rakan kita itu.

Dan kita masih mahu mendakwa diri kita sebagai seorang dai'e..??

Berlari-lari laju ke bilik air. Nanges tutup muka.

Maka sebagai seorang teman rapat dan sahabat karib kepada teman dan sahabat kita, kita pastinya sentiasa diperhatikan mereka. Tingkah laku kita pasti akan dicontohi mereka. Kata-kata kita juga akan ditiru mereka.

Jagalah kata-kata kita. Kawallah nafsu amarah kita. Jinakkan akhlak raksasa gorgon kita itu.

Diamlah daripada berkata-kata sesuatu yang tidak berguna. Tahanlah marah anda itu walaupon ketika mana ia hampir mahu meletup seperti gunung berapi Vesuvius. Tunjukkan akhlak yang terbaik, walaupon ia sukar dan hampir menyebabkan anda menjadi gila.

Mengapa..? Kerana ayat Quran yang satu ini:

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
[az-Zukhruf, 43:67]

Ya... Ayat yang ini. Habuk masuk mata.

Hanya taqwa yang dapat menyelamatkan persahabatan yang kita bina. Hanya taqwa yang benar-benar ikhlas keranaNya akan memastikan kita akan terus bertepuk-tampar di sorga sana. Dan hanya taqwa yang sejati yang akan memberikan kita kekuatan untuk menarik keluar tangan rakan-rakan kita dari jurang neraka yang dalam.

Bagaimana mahu menjadi seorang sahabat yang bertaqwa..?  Rasulullah SAW bersabda:

"Taqwa itu terletak di sini.." sambil menunjukkan dada (hati) baginda sebanyak tiga kali. [Hadith Riwayat Muslim]

    iau shallallahu ‘alaihi wa sallam meYa, ia bermula dengan hati. Sucikanlah hati mu, wahai para sahabatku. Bersihkan hatimu sehingga tiada lagi bintil-bintil hitam yang selama ini sering merosakkan persahabatan yang dibina. Hapuskan saki-baki hasad dan kedengkian yang masih berkarat di hatimu, yang tidak senang melihat kelebihan dan kekuatan yang ada pada rakanmu. Cuci dan sentallah jiwamu yang selama ini amat sukar berlapang dada dan tidak mudah pula berbaik sangka.

Pergilah kepada sahabat anda yang amat anda chentai lagi sayangi, pandang wajahnya dengan penuh kerinduan dan keredhaan. Peluk erat tubuhnya dan bisikkan ke telinganya dengan penuh tulus dan yakin,

"Akhi fillah, saya sungguh chentakan anda keranaNya. Maafkan saya untuk segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ini. Dan In Sha Allah, telah saya maafkan dan halalkan sebarang silap dan salah anda pada saya, jika ada. Akhi sayang, jom kita buru redhaNya bersama-sama..?"

Kerana akhirnya, kita mahu menjadi temannya di sorga, bukan seterunya di nekara.

Senyum dengan linangan air mata.

-gabbana-

Sungguh saya maksudkan dengan status saya malam tadi, betapa bila mana yang kita kejar tak dapat, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lain. Dan lebih sering daripada tidak, apa yang Allah gantikan itu jauh lebih baik dan bermanfaat untuk kita daripada apa yang pernah kita buru dan dambakan itu.

Tetapi.. Bagaimana kalau kita masih tidak berputus-asa, masih mahu mengejar dan berharap pada sesuatu yang masih belum pasti akan menjadi milik kita..?

Adeh.

--------------------------------------

Post Inche Gabbana kali ini amat melekat di hati. Terasa. T_T