Tuesday, January 15, 2019

Bagaimana mendapatkan akhlak yang indah? Oleh Ustaz Adi Hidayat

Jika anda mengalami masalah dalam hidup, maka jangan mengeluh.
kerana keluhan tidak mampu menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi.
segera minta tolong dengan Allah. sebut nama Allah.

1. terima dulu dengan sabar
2. tunaikan solat. mintalah semasa sujud dan rukuk (QS 48:29, QS 3:38-39)
QS 2: 155 - setiap yang hidup akan diuji dengan masalah. semua naik ke peringkat kualitas yang lebih baik
"solat lebih sulit daripada sabar"
solat bisa menjadi ringan bila ada adab dan akhlaq dan cara ibadat yang benar untuk hasilkan khusyu'
solat yang khusuk bisa melahirkan akhlaq yang baik
khusyuk bisa dilatih sebelum mulakan solat, sedar dia solat akan menghadap Allah.
"kalau undangan manusia kita bisa persiapkan diri awal-awal, dengan diseterika bajunya, bangun awal pagi untuk bertolak awal pagi (jika jauh), pakai baju baru dan cantik, maka mengapa kita tidak bisa berbuat begitu dengan lebih lagi apabila kita ingin menghadap Tuhan kita, Allah ta'ala? yang memaafkan segala kesalahan kita, yang memberikan kedamaian dan ketenanga kepada kita, yang memeberikan segala kebutuhan anda. kenapa persiapan anda begitu berbeda?"

andai akhlaq baik, maka ibadah pun baik.

Ciri akhlaq yang baik:

1. QS 7:31
- kenakan pakaian terbaik ketika solat
- semua nabi solat
- panggilan solat dari masjid itu panggilan Allah. azan panggilan yang akan selalu sampai kepada orang yang mendengar.

2. sempurnakan wudu' dulu
- bayangkan solat itu mungkin  solat terakhir kita
- 2:156 - sabar & solat
- "setiap tetes air wuduk yang jatuh dari wuduk, maka akan dihapuskan dosa-dosa" (mafhum hadis)
- tiap kali kita wuduk, kita bertaubat. (perhatikan doa selepas kita ambil wuduk)

tiap hari kita sebut Allahu Akbar dalam solat. tapi kenapa masih kita berasa sombong dengan teman? masih berasa lebih bagus dari orang lain? (kisah abu bakar?)

orang beriman patut tahu waktu solat.

solat dibuka dengan kalimat iman.
apabila sudah iman, dia akan cuba mengikuti segala apa yang Allah suka dan menjauhi perkara yang Allah benci.

24:30-31. mata hanya boleh lihat yang baik-baik. kaum lelaki dan wanita, jagalah pandangan kita daripada melihat perkara maksiat. Allah tidak suka hambaNya yang beriman daripada melihat perkara yang maksiat.

49:11-12 jaga mulut. jangan mencela orang . lisan antum mencela, iman anum sedang dipertaruhkan.

25:63 berjalan dengan tawadu' , jangan sombong

rujukan: video Ustaz Adi Hidayat


Monday, January 14, 2019

Menuntut ilmu dengan adab

3 Keutamaan menuntut ilmu dengan adabnya:
1. Mudah faham
2. Mudah mempraktikkan apa yang dipelajari
3. Mudah mempraktikkan dengan adab

#Ustaz Adi Hidayat

Menuntut ilmu haruslah disertai dengan adab. Tanpa adab, maka rugilah kita.
Terkadang kita sudah tahu banyak informasi tentang amalan-amalan kebaikan kelebihan yang boleh membawa ke syurga. Misalnya kita tahu yang membaca al-Quran itu mampu menerangkan hati kita, diletakkan mahkota di kepala dan bermacam lagi kelebihannya. Kita tahu semua itu dari menyertai pelbagai majlis ta'lim atau daurah, tapi kita tidak pernah mempraktiskannya. Maka harus dilihat semula adakah kita punya adab ketika menuntut ilmu tika itu?
Kerana keberkatan ilmu itu terletaknya pada adab kita pada ilmu.

Dahulu kala, ulama' ada yang sampai belajar berpuluh tahun tentang adab, barulah belajar suatu ilmu. Betapa besarnya kesan adab itu dalam kehidupan seharian kita.
Antara adab dalam menuntut ilmu adalah dengan menjaga hubungan kita dengan Allah.

Moga Allah bimbing kita ke jalan lurus-Nya,
sentiasa.


Saturday, January 12, 2019

Kenikmatan Dunia

Keselamatan di akhirat 
Adalah dengan melaksanakan
Pekerjaan di dunia dengan
Itqan dan Ihsan

Terkadang kita sebagai manusia terlupa untuk melihat kembali Apakah makna sebenar untuk kita hidup sebenarnya. 

Dalam Surah al-Isra' ayat 18

Allah membicarakan tentang suatu perkara yang mungkin dekat sekali dengan kita sebagai manusia. Di mana ayat sebelumnya (al-Isra' ayat 17), Allah telah mengatakan bahawa Dia telah menghancurkan Kaum-kaum yang sebelum ini kerana pola/ cara/ pilihan kehidupan mereka.
Misalnya: mereka hidup hanya untuk kepuasan hidup, kelazatan jasmani.

Harusnya kita berfikir semula, 
Bagaimanakah orientasi kehidupam kita sebagai manusia yang berpijak di muka bumi Tuhan yang sementara ini? 

Dalam ayat 18 ini, Allah tujukan kepada semua jenis golongan/ Kaum/ bangsa manusia. Manusia yang inginkan العاجلة
Iaitu kemanfaatan yang segera! 
Kenikmatan dunia!

Antara golongan yang termasuk adalah:
- Orang riya' yang tidak mengharapkan pun pada redha dan pahala Allah, tetapi hanya suka untuk dipuji dan dilihat orang
- Orang berhijrah untuk menyelamatkan agamanya, tetapi tidak mengharapkan redha Allah. Dia hanya mengharapkan keuntungan duniawi yang bakal diperolehi
- Orang berjihad tetapi sekadar inginkan ghanimah (harta rampasan) atau mahu dikenali sebagai pahlawan (reputasi) semata
- Orang menuntut Ilmu tetapi niatmya hanya supaya dia boleh mencari Pekerjaan atau mahu jadi orang yang alim supaya dapat dipuja puji dipanggil orang ke sana ke Mari untuk menyampaikan

Ya, kadang perkara ini nampak mudah, tapi sungguh amat memberikan kesan pada hati kita. 
Terpentingnya dalam apa jua amalan Pekerjaan yang kita lakukan, haruslah berniatkan untuk mencapai redha Allah.

Kemudian dalam ayat 18 dari Surah al-Isra' ini juga, Allah beritahu kepada kita apa yang Dia lakukan terhadap golongan sebegini?

 Pertama: Allah akan segera penuhi kehendak manusia yang bersifat duniawi dengan Apa yang Allah kehendaki (ما نشاء)
Samada dari segi menurut kadar atau masa atau bentuk.

Kedua: Allah akan berikan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. (لمن نريد)

Tetapi akhirnya Allah akan menyingkirkan mereka dari rahmat Allah. Sungguh suatu perkara yang amat besar bila kita jauh dari rahmat Dia! Manusia itu akan masuk ke neraka dalam keadaan dilemparkan terjatuh dari titian siratul mustaqim. Na'udhubillah min dhalik.

Kerana itu, berbuatlah apa saja amalan sekalipun tetapi pastikan disertai dengan Itqan dan Ihsan.

Seperti kata kata yang sungguh masyhur:
"Bekerjalah untuk kehidupan duniamu seperti kamu hidup selamanya (matlamat jauh) dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu sepertimana kamu akan mati esok."

ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار

#bbn


Friday, January 4, 2019

Tahun Baru 2019

Bismillah.

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2019.

Posting pertama sempena tahun baru. Moga tahun ini lebih baik dan produktif dari tahun-tahun sebelumnya, diisi dengan penuh kebijaksanaan dan ketaqwaan.

Hidup ini hanya sementara. Penuhilah dada-dada kita dengan ilmu yang berguna, bersahabat dengan teman-teman yang mengingatkan kita untuk taat kepada Allah, jauhilah dari kata-kata dan perbuatan yang sia-sia.

Balaslah kejahatan dengan kebaikan. Jangan membalas kebodohan dengan kebodohan, kerana ia tidak menghasilkan apa-apa bahkan ia merugikan diri sendiri akhirnya.

Kuatkan azam untuk sentiasa berubah menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya. Carilah jalan untuk mencintai dan mengenali ma'rifat Allah dengan jalan yang benar dan berpandukan Al-Qur'an dan Hadith, bukan dengan hanya menggunakan akal logik semata.

Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi kematian yang bisa sampai kepada kita bila-bila masa, yang sengaja dirahsiakan oleh Allah ta'ala agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Ingatlah mati sentiasa kerana ia akan melembutkan hati yang keras.

Jauhilah melihat perkara yang mungkar dan mendengar muzik atau kata-kata yang lagha, kerana mata dan telinga kita ini merupakan jendela kepada hati kita. Jaga hati sentiasa dengan menitipkan zikrullah sentiasa samada dalam hati mahupun bibir. Jangan sesekali biarkan syaitan dan iblis menipu kita dengan keindahan dunia yang sementara.

Jauhilah khayalan yang melampau sehingga menyebabkan dirimu semakin terleka daripada mengingati asal-usul kamu ada di muka bumi ini. Jauhilah perkara yang boleh melekakan hatimu dari berbuat kebaikan. Kerana berbuat kebaikan itu mudah, tetapi untuk mengelakkan perkara maksiat itu sangat sukar.

Maka perbanyakkanlah doa, merintihlah pada Allah ta'ala dengan menjaga adab tika berdoa. Berdoalah supaya Allah sentiasa menunjukkan jalan yang benar untuk memperoleh keredhaan-Nya.

Salam tahun baru,
Kematian semakin mendekat dengan kita.
Moga terus istiqamah dan dilapangkan dada untuk sentiasa menjaga iman kita.

Wassalam.

B.B.N.