Saturday, April 17, 2021

Panduan Solat Sunat Tarawih Beserta Terjemahan Bahasa Melayu

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH BESERTA TERJEMAHAN

 

 LAFAZ NIAT SOLAT TARAWIH

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا/مَأْمُومًا لِلّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala

 

 Bacaan surah: Selesai membaca surah al-Fatihah, disunatkan baca mana-mana ayat atau surah daripada al-Quran.

Cadangan:

*Dari malam pertama hingga 15 Ramadan

Rakaat pertama: Baca satu surah bermula dari al-Takathur hingga al-Masad

Rakaat kedua: Surah al-Ikhlas

 

**Dari malam 16 hingga akhir Ramadan

Rakaat pertama: Surah al-Qadr

Rakaat kedua: Seperti yang dibaca dalam rakaat pertama (1 ramadan hingga 15 ramadan), iaitu surah al-Takathur hingga al-Masad

 

ZIKIR MEMULAKAN SOLAT TARAWIH:

 

BILAL:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ.

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad 

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya 

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad 

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Ya Allah, kurnialah kesejahteraan ke atas junjungan kami, Nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, pertaruhan kami dan pemimpin kami Nabi Muhammad SAW 

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya 

BILAL:

صَلَاةُ التَّرَاوِيحِ مِنْ قِيَامِ شَهْرِ رَمَضَانَ أَثَابَكُمُ اللهُ

Tunaikanlah solat tarawih dalam menghidupkan bulan ramadan. Semoga Allah memberikan ganjaran kepadamu 

JEMAAH:

الصَّلَاةُ لَآ إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Solatlah, tiada tuhan melainkan Allah.

 

*TUNAIKAN SOLAT TARAWIH DUA RAKAAT*

(RAKAAT PERTAMA DAN KEDUA)

 

SETELAH SELESAI:

 

BILAL:

فَضْلًا مِنَ اللهِ وَنِعْمَةً

Sebagai kurnia dan nikmat dari Allah 

JEMAAH:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلَه إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ

Keampunan serta rahmat-Nya. Tiada tuhan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan dan segala puji hanyalah milik-Nya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu 

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

البَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ. صَلُّواْ عَلَيْهِ

Bulan purnama yang bercahaya, junjungan kami Nabi Muhammad. Berselawatlah kamu semua ke atasnya (Nabi Muhammad SAW)

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

 

*TUNAIKAN SOLAT TARAWIH DUA RAKAAT*

(RAKAAT KETIGA DAN KEEMPAT)

 

SETELAH SELESAI:

 

BILAL:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ

Maha Suci Tuhan yang memiliki (alam) dan yang disembah 

JEMAAH:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللَّهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ

Maha Suci Allah yang memiliki (alam) lagi Ada, Maha Suci Allah yang memiliki lagi Maha Hidup yang tidak tidur, tidak mati (selama-lamanya) dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Quddus, Tuhan kami dan Tuhan semua malaikat dan ruh, Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

 

IMAM BACA DOA:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِينَا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon keredhaanMu dan syurga, dan hindarkanlah diri kami dari kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan amat suka memberikan keampunan. Maka, ampunilah daku, ibu bapaku, muslimin dan muslimat dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih di antara yang pengasih. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh alam.

 

*TUNAIKAN SOLAT TARAWIH DUA RAKAAT*

(RAKAAT KELIMA DAN KEENAM)

 

SETELAH SELESAI:

 

BILAL:

فَضْلًا مِنَ اللهِ وَنِعْمَةً

Sebagai kurnia dan nikmat dari Allah.

JEMAAH:

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلَه إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ

Keampunan serta rahmat-Nya. Tiada tuhan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan dan segala puji hanyalah milik-Nya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu 

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

البَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ. صَلُّواْ عَلَيْهِ

Bulan purnama yang bercahaya, junjungan kami Nabi Muhammad. Berselawatlah kamu semua ke atasnya (Nabi Muhammad SAW) 

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

 

*TUNAIKAN SOLAT TARAWIH DUA RAKAAT*

(RAKAAT KETUJUH DAN KELAPAN)

 

SETELAH SELESAI:

 

BILAL:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ

Maha Suci Tuhan yang memiliki (alam) dan yang disembah

JEMAAH:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللَّهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ

Maha Suci Allah yang memiliki (alam) lagi Ada, Maha Suci Allah yang memiliki lagi Maha Hidup yang tidak tidur, tidak mati (selama-lamanya) dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Quddus, Tuhan kami dan Tuhan semua malaikat dan ruh, Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung 

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ 

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

 

BACAAN DOA SELESAI SOLAT TARAWIH:

 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيمَانِ كَامِلِينَ ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّينَ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِينَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِينَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِينَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِينَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِينَ، وَفِي الدُّنْيَا زَاهِدِينَ، وَفِي الآخِرَةِ رَاغِبِينَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِينَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِينَ، وَعَلَى الْبَلَاءِ صَابِرِينَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِينَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِينَ، وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِينَ، وَعَلَى سَرِيرِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِينَ، وَبِحُورٍ عِينٍ مُتَزَوِّجِينَ، وَمِن سُندُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيبَاجٍ مُتَلَبِّسِينَ وَمِن طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِينَ، وَمِن لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُّصَفَّيْنِ شَارِبِينَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ، مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ،

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُولِينَ، وَلَا تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ الْأَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِينَ، إِلٰهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرِ اللَّهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ، وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ، يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ. وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنكَ بِخَيْرِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas jujungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta seluruh para sahabatnya. Ya Allah, jadikanlah kami (golongan) yang imannya sempurna, menunaikan segala kewajipan, memelihara solat, menunaikan zakat, mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap pengampunanMu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjukMu, terhindar dari segala penyelewengan, zuhud di dunia dan gembira (atau terpelihara) di akhirat, meredhai segala ketentuan (qadha’), mensyukuri segala nikmat, tabah (sabar) menerima ujian, dan semoga kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji junjungan kami Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat nanti, dapat melalui telaga kauthar (yang sejuk), dimasukkan ke dalam syurga, didampingi bidadari syurga dengan berpakaian baju kebesaran daripada sutera halus dan sutera tebal yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi dari air mata yang sentiasa mengalir; Bersama orang-orang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka, iaitu daripada golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh.

Ya Allah jadikanlah kami pada malam ini di bulan yang mulia dan diberkati, tergolong dalam kalangan orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami dari kalangan orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah keselamatan ke atas kami, maafkanlah kesalahan kami, serta Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa kami, ibu bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara lelaki kami, saudara-saudara perempuan kami, pasangan-pasangan kami, ahli keluarga kami, datuk nenek kami, para mashayikh kami, guru-guru kami dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia. Ya Allah ya Tuhan kami, Tulislah kesejahteraan dan keselamatan ke atas diri kami dan hambaMu para Jemaah haji, yang berperang, yang berziarah, yang bermusafir, yang tinggal di darat dan laut yang terdiri daripada orang Muslim, dan jauhkanlah kami dari kejahatan orang yang zalim, dan selamatkanlah kami daripada kaum kafir, wahai yang mengabulkan permintaan. Matikanlah kami ya Tuhan kami dengan kebaikan wahai yang Maha Pengasih dari segala pengasih. Dan selawat dan kesejahteraan ke atas sebaik-baik ciptaan-Nya Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

  

BACAAN SEBELUM MEMULAKAN SOLAT WITIR:

 

BILAL:

(Bacaan daripada malam pertama hingga malam ke-15)

أَوْتِرُواْ وَمَجِّدُواْ وَعَظِّمُواَ شَهْرَكُمْ شَهْرَ الصِّيَامِ رَحِمَكُمُ اللهُ

(Bacaan daripada malam ke-16 hingga malam terakhir)

أَوْتِرُواْ وَاقْنُتُوا وَمَجِّدُواْ وَعَظِّمُواَ شَهْرَكُمْ شَهْرَ الصِّيَامِ رَحِمَكُمُ اللهُ

JEMAAH:

الصَّلَاةُ لَا إِلَه إِلَّا اللهُ

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ. 

JEMAAH:

صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

BILAL:

صَلَاةُ الْوِتْرِ أَثَابَكُمُ اللهُ

JEMAAH:

الصَّلَاةُ لَا إِلَه إِلَّا اللهُ

 

SOLAT SUNAT WITIR

Tiga rakaat dua salam

 

Lafaz niat:

(Dua rakaat yang pertama)

أُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا/مَأْمُومًا لِلّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala

 

(Satu rakaat yang akhir)

أُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكَعَاتٍ إِمَامًا/مَأْمُومًا لِلّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala

 

*Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan baca qunut pada rakaat yang akhir

 

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ

Ya Allah, berilah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah

وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ

Berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan

وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ

Dan selamatkanlah aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan

فَإِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ

Maka, sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Maha suci Engkau wahai tuhan kami dan Maha Tinggi

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ

Dan aku memohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepadaMu

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya

 

BACAAN SURAH SEMASA SOLAT WITIR

Rakaat Pertama: Al-Aʿla

Rakaat Kedua: Al-Kafirun

Rakaat Ketiga: Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas

 

ZIKIR SELEPAS SOLAT WITIR:

(Lazimnya 2 kali):

اللهُ يَا لَطِيفُ يَا وَافِي يَا كَرِيمُ أَنتَ اللهُ

(Seberapa banyak yang disukai):

لَا إِلَه إِلَّا اللهُ

 

DOA SELEPAS SOLAT WITIR:

آمِينَ، آمِينَ، بِوُجُودِكَ آمِينَ، وَبِامْتِنَانِكَ آمِينَ، يَا خَيْرَ الْمَسْئُولِينَ يَا اللهُ وَيَا رَاحِمَ الضُّعَفَاءِ وَالْفُقَرَاءِ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ. اَللَّهُمَّ اعْتِقْ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَأَجْدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا مِنَ النَّارِ أَجْمَعِينَ. وَتُبْ وَزَكِّ وَاعْفُ عَمَّن يَقُولُ آمِينَ، آمِينَ، آمِينَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Perkenankanlah! Perkenankanlah! Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik yang memperkenankan doa. Ya Allah wahai Tuhan yang bersifat belas kasihan terhadap orang-orang fakir miskin dan anak-anak yatim. Ya Allah, merdekakanlah diri kami, bapa dan ibu kami, datuk dan nenek kami dari seksa api neraka. Dan ampunilah bagi mereka yang mengucapkan amin amin amin. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

 

*BACA SURAH AL-FATIHAH*

 

KEMUDIAN IMAM MENYAMBUNG DOA:

اَللهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيرَنَا يَا اَللهُ يَا اَللهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Ya Allah! Tuhan kami, Terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, rukuk kami, sujud kami, kekhusyukan kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami. Ya Allah! Ya Allah! Wahai Dzat yang Paling Penyayang diantara para penyayang. Segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam



Boleh juga download panduan solat sunat tarawih ini dalam bentuk pdf dengan menekan link di bawah ini ya:

Terima kasih.