Tuesday, January 31, 2012

sihat sakit

Sabtu Pagi :
-Kelas ganti
Sabtu Tengahari :
-Bertolak ke KL Sentral dengan Anisah Ali, 2 0rang je. (tak dirancang pun, hoho)
-Pergi KLCC > Kinokuniya
-Balik rumah pukul 10.30malam
Ahad Pagi:
-Futsal antara group B8, E2, A6.
Ahad Petang:
-Naik bas, bertolak ke Shah Alam
-Jalan-jalan dengan Nabihah
-Pergi SACC, dinner (lepas ni tak nak pergi dah, errr ==)
Isnin Pagi:
-Sampai PALAM dari dinner pukul 1.40pagi
-Tak datang kelas BEL, pening+sakit tekak
Isnin Malam:
-Tiba-tiba badan rasa lemah, tekak sakit, pedih., badan panas. Oh, demam rupanya. Malam tu tak buat apa-apa langsung. Immune system dalam badan tengah berperang dengan antigen-antigen/virus ==
Selasa Petang:
-Dalam kelas chemistry tadi, rasa macam jadi boneka je, uhuu. Badan tak larat nak gerak, mata je terbuka, kadang-kadang keluar air mata, sakit tekak sangat, tajam.

Badan kita pun memerlukan rehat. Bagilah rehat kat badan kita tu elok-elok. Kalau dah tahu badan kita ni jenis yang tak kuat sangat macam ahli gusti ke apa -.-, takpayahlah nak berjalan-jalan lebih sangat. Bersederhanalah. Kalau badan tak sihat dan kuat, macam mana kita nak beribadah(solat, study etc) elok-elok kan? :)

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: " Dua nikmat yang ramai manusia sering dilupakan oleh manusia: Nikmat kesihatan dan masa lapang." (HR Bukhari)


jadilah sihat macam saya! ;)

Wednesday, January 25, 2012

#ceritapendek : jalan-jalan lagi ke PD

Travelling with family is the best experience in my life. Hoho.

Dah lama sangat tak jalan-jalan dengan family. Mak Ayah sibuk dengan tanggungjawab mereka. :)
Alhamdulillah 'ala kulli hal, dapat juga jalan-jalan dengan mereka walaupun kat KL sahaja. Err. Hehe. Seriously seronok jalan-jalan dengan family. Ayah akan bercerita tempat itu dulu tempat ayah kerja, duduk, tempat ni zaman dahulu... dan seterusnya... Banyak benda kita tahu, kan? ;)

Ahad lepas (22/01/2012) kak yong bertunang, Alhamdulillah :) Khemah dia pink, comel, hehe. Lepas habis kenduri tu, kami gerak ke PD , Port Dickson. First time kot pi sana, heu3. Banyak sangat kereta. Pi Teluk Kemang, err, kami dok kat satu tempat tu, err, kotor sikitlah pantai dia. Sedih. Tengok botol-botol "berkeliaran" di atas pasir pantai tu. Ingat, KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Ana bukan nak komplen apa, tapi bak kata ayah ana, bahaya sungguh dok kat kedai-kedai tepi pantai tu sebab bumbung-bumbung tu dah nak tercabut! Bila-bila masa boleh timpa kat kepala orang, na'udzubillah. Kelihatan seperti gerobok-gerobok di tepi jalan sahaja. Moga ada pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan segera sebelum benda buruk berlaku. Mencegah tu lebih baik dari merawat. Err.

Tapi, apa-apa pun, dok kat tepi pantai memang best. Bak kata mak ana, deruan ombak tu lah yang mahal. Hoho. Kuasa Allah, ciptaan Allah, semuanya indah-indah belaka. Subhanallah. Bayangkanlah laut, pokok-pokok, burung-burung yang berterbangan tu sentiasa berzikir pada Allah. Kita...? T__T

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Hajj :46)


#ceritapendek : long lost friend

Alhamdulillah, coincidently meeting with a long lost father's friend in Speed*'s Shop at Mid Valley.
How they meet? Hoho. Macam ni ceritanya, based on my father's story..
Masa tu tengah pilih-pilih CD, tetiba alunan muzik jazz diputarkan. Pastu, ayah ana rasa pelik la, zaman sekarang ni mana ada orang nak dengar muzik-muzik jazz ni. Pastu, bila pi counter, tup tup ada seorang lelaki yang berumur 50-an, sedang membelek-belek CD. Hah, memang sah laa ni. Ayah sebut nama pakcik tu. Pakcik tu ingat-ingat lupa nama ayah ana. Dia cakap, "Hassan?". Hoho, Hassan mana pulak ni.. Nama pakcik tu M*zhar. Hmm, lepas dah bayar tu, apa lagi, pi minum kopi lah sat kat kedai kopi, huhu. Yelah, 20-30 tahun kot tak pernah berjumpa, housemate pula tu masa zaman muda-mudi dulu. Hehe.


Pakcik ni menarik. Err. Maksud ana, menarik bukan apa lah kan. Tapi, beliau ini style eccentric. [(of a person or their behaviour) unconventional and slightly strange:] kamus oxford online.
Hmm, pakcik M*zhar cakap dia memang lost contact lah dengan kawan-kawan lamanya. Jumpa ayah ana pun dah kira ada rezki pertemuan lah tu, hoho. He's got PhD in Physics kalau tak silap. 6 years ago he was a lecturer, but now he doesn't work. He said that he lovesss to read books on Physics/ Chemistry then... he would type what he had read in his computer. Whoa! Can't imagine if he read a 1000-pages book and then he re-type again. Marvellous. MasyaAllah. And some time he translate it in Malay Language. Pergh..But, for your information, he doesn't has any contact "number" on social network, the fb, yahoo MAIL!, bla bla bla. uhuhuhu. 
He is not married yet, huhu. 
Hopefully he will marry one day , insyaAllah, hehe.
He has a lot of money. Then, father asked him, what do ya' want to do with your money. I don't know. Aku takde wawasan lah. Aku mana ada isteri and anak. Hoho. Kadang-kadang aku beli CD-CD muzik ni sampai rm500, rasa menyesal pula bila pikir balik. Hoho.
Hmm,
Dunia ni banyak jenis manusia kan. Kalau semua manusia sama, mesti boring, kan? Huhu. Dan Allah ciptakan berbagai-bagai jenis, bangsa manusia ini supaya kita berkenal-kenalan dan mengambil pengajaran atau teladan sesama kita. Wallahu'alam.

"Wahai umat manusia. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Saturday, January 21, 2012

#ceritapendek : cuci mata

GILA.

MasyaAllah, penat GILA, tapi saya SUKA dan gembira mungkin.

Alhamdulillah thummal hamdulillah.
Alhamdulillah, hari ini dapat meluangkan masa dengan keluarga, daripada pukul 10.00pagi sampai 6.00petang,  berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Secara spesifiknya, di sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang. Dari pagi tu, pergi Pavilion, Times Square, Metrojaya, BB Plaza, makan di kedai pak arab>>Hadramaut, pergh, macam shopping marathon je. =="

Masa jalan-jalan tu, (kitaorang memang jalaaaaaaaaaaaan je guna kaki nak pergi dari shopping mall ke shopping mall yang lain. takdaq guna train ke apa) memang nampaklah kan telatah, perangai, gelagat pelbagai jenis peringkat pelbagai manusia. Huhu. Sampai tak larat nak tengok manusia-manusia yang ramai tu pun ada. Kelihatannya umat Islam sudah makin parah keadaannya. Di sinilah tanggungjawab seorang da'ie (kita semua) untuk mengajak mereka ke arah kebaikan. :'( (terkena pada diri sendiri, Astaghfirullah.apa pengorbanan dan usaha yang sudah aku lakukan untuk umat ini ?:'( )
Sebelum ni duduk terperap je kat puncak alam tu, tak pernah tengok suasana SEBENAR di luar sana. Bila dah sampai, baru ana tahu, betapa paraaaaaaahnya umat kita.
Moga Allah beri kekuatan untuk diri ana dan antum sekalian untuk menyebarkan dakwah kasih sayang kita kepada orang ramai, insyaAllah. Mari kita sama-sama mohon kekuatan dari-Nya.

"Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung"(Ali Imran: 104)


"Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (Ali Imran: 110)





Wednesday, January 18, 2012

#Q&A : Menyesal?

Hari ini belajar benda baru lagi.
Belajar dengan salah seorang classmate pula, nama beliau, nisa, ;)

Masa : On the way to hostel, lepas habis test physics dan biology.
Tempat : Tangga DKF 2

Weyh, aku nak tanya kau satu soalan lah kan.
Boleh ke kalau aku rasa menyesal lepas dah habis satu-satu exam ke apa ke.
Kita rasa macam diri kita ni bodoh  teruk sangatlah lepas habis exam tu. Rasa macam, eh, apa yang aku jawab tadi? Aku dah usaha dah. Kenapa macam ni? Boleh ke?

Errr. Kalau menyesal pun apa gunanya..kan?
Mungkin Allah nak suruh kita muhasabah balik, adakah aku cukup bergantung pada Allah selama ini? Mungkin sebelum ni kita hanya bergantung pada usaha kita je, sampai doa pada Allah pun kita jarang-jarang lakukan. Mungkin kita dah rasa cukup dengan usaha kerahan kita. Astaghfirullah. Tapi sebenarnya tidak. Usaha tanpa doa mohon pergantungan pada Allah, bagi ana, takkan berbaloi. Takkan ada keberkatan dalam ilmu yang kita pelajari andai kita tidak kembali berbalik pada Dia, Allahu Ta'ala. Ingat, Redha ALLAH itu yang paling penting.

Sebenarnya bila kita exam kat dunia ni kan, macam test ni lah kan, kita boleh ambil pengajaran sebenarnya.
Contohnya macam kat atas tadi. Kalau kita rasa menyesal sangat lepas habis test tadi sebab tak dapat jawab betul-betul, apatah lagi kalau kita nak hadapi ujian di akhirat nanti? Timbangan amal di yaumul hisab, bersediakah kita? :'( Nak ke kita cakap, oh betapa menyesalnya akuu , kenapalah aku tak usaha lebih lagi masa kat dunia dulu-dulu? Mahukah kita? Mahukah kita menjadi orang-orang yang menyesal itu di NEGERI sana? Tepuk diri, tanya iman, tanya hati.

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akherat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” ( Ar-Rum:64 )

Monday, January 16, 2012

Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. HAB.

Sunday, January 8, 2012

#simplenote: coffee vs tea

One lesson I learnt today.
"It's All Start In Mind."
Thank you cik anis! Really appreciate it.

Belajar benda baru ni bila ana sembang-sembang dengan cik nisa, ana kata,  ana rasa lagi tak mengantuk bila minum teh compare dengan kopi yang kafeinnya lagi banyak. Kemudian, dia cakap ayat tu. Setuju sangat!

Hehehe.

Patutlah cik nisa ni boleh power dalam study dia. Heu3. Jeles dalam ilmu takpe kan. :P

Dan, kata-kata itu sebenarnya memang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita, kan?
Cuba fikir-fikirkan balik. ;)
Ok, jom study. Ingat, study kerana Allah! Moga Allah permudahkan. :)

#simplenote: study group

For me, studying in a group is much better compare you're studying alone. Because in a group, it would be more interactive and non-stress. In a group, it would take less time to revise a topic because you don't need to look words by words in a book, but you discuss about it. If you don't understand any sub-topic, you may ask immediately to your partner. It's more easy right? :p
Besides, in History of Islam, our prophet, Muhammad sallahu 'alaihi wassalam also did some discussion. For example, during the War of Khandaq, Rasulullah SAW asked some opinions or ideas or strategies on how to defend the kota. And Rasullullah did accept the ideas of Salman Al-Farisi to dig a hole or buat parit around the city. Beautiful, isn't it ? .. on how Rasulullah SAW can accept the idea of Salman Al-Farisi. :)
So, why not we practice it in our life? :D

Kejayaan itu takkan datang bergolek pada kita. Tapi,
kita sebenarnya perlukan doa usaha ikhtiar tawakkal untuk
dapatkan kejayaan itu.
.memoir.sukan.2010.
*Asif, ayat bahasa inggeris amat berterabur dan tidak ada perkataan yang orang kata bom-kebabom. Biasa-biasa saja. Asal mesej itu sampai, insyaAllah.*

Friday, January 6, 2012

#simple note : sedekah

Sedekah itu bukan macam kita kira berapa banyak belanja wang kita nak guna. Bukan.
Bukan macam kita kira 1+5-2X1000-250= ? Bukan macam itu.
Sedekah ini lain.
Kalau kita bersedekah, rezeki kita bukannya berkurang, tapi bertambah! Jangan main-main. Ini memang betul. Allah sendiri akan murahkan rezeki kita. :) Percayalah dengan janji Allah.
Allah akan salurkan rezeki yang lebih baik untuk kita, insyaAllah. Mungkin bukan dari segi mata wang, tapi Allah "hadiahkan" kita dengan kefahaman dalam study kita atau mungkin Allah "menghantar" seseorang untuk bantu kita bila kita berada dalam kesusahan dan penderitaan.
Sedekah senyum pun dapat pahala! Tak susah kan nak kumpul pahala dan meraih redha-Nya? ;)

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun." (Surah at-Taghabun, ayat17)



Sunday, January 1, 2012

Jemputan Ke Majlis :)

Bismillah. Assalamualaikum.
Anda dijemput dengan hati yang terbuka untuk ke link ini >> Inche Gabbana Punye Blog .
Dan harapnya dengan kehadiran dan pembacaan anda sekalian dapat memeriahkan lagi hati-hati kalian, insyaAllah. :)
Sekian, Jazakumullahu Khairan Kathir.

Iya, berubah itu susah. Tetapi perubahan itu perlu, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda akan mula berasa malas dan selesa untuk tidak berubah. #Inche Gabbana#

2012

Jabal Musa 2010


2012

Another new year has begun (for Masihi).

Moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Azam Baru :
. Tak Nak Tidur Banyak-Banyak (TAKDE BUANG MASA).
. Menjadi Muslimah yang lebih proaktif dalam urusan-urusannya, insyaAllah.

Moga Allah Redha.

Hasbunallah wa  Ni'mal Wakil.