Wednesday, January 25, 2012

#ceritapendek : long lost friend

Alhamdulillah, coincidently meeting with a long lost father's friend in Speed*'s Shop at Mid Valley.
How they meet? Hoho. Macam ni ceritanya, based on my father's story..
Masa tu tengah pilih-pilih CD, tetiba alunan muzik jazz diputarkan. Pastu, ayah ana rasa pelik la, zaman sekarang ni mana ada orang nak dengar muzik-muzik jazz ni. Pastu, bila pi counter, tup tup ada seorang lelaki yang berumur 50-an, sedang membelek-belek CD. Hah, memang sah laa ni. Ayah sebut nama pakcik tu. Pakcik tu ingat-ingat lupa nama ayah ana. Dia cakap, "Hassan?". Hoho, Hassan mana pulak ni.. Nama pakcik tu M*zhar. Hmm, lepas dah bayar tu, apa lagi, pi minum kopi lah sat kat kedai kopi, huhu. Yelah, 20-30 tahun kot tak pernah berjumpa, housemate pula tu masa zaman muda-mudi dulu. Hehe.


Pakcik ni menarik. Err. Maksud ana, menarik bukan apa lah kan. Tapi, beliau ini style eccentric. [(of a person or their behaviour) unconventional and slightly strange:] kamus oxford online.
Hmm, pakcik M*zhar cakap dia memang lost contact lah dengan kawan-kawan lamanya. Jumpa ayah ana pun dah kira ada rezki pertemuan lah tu, hoho. He's got PhD in Physics kalau tak silap. 6 years ago he was a lecturer, but now he doesn't work. He said that he lovesss to read books on Physics/ Chemistry then... he would type what he had read in his computer. Whoa! Can't imagine if he read a 1000-pages book and then he re-type again. Marvellous. MasyaAllah. And some time he translate it in Malay Language. Pergh..But, for your information, he doesn't has any contact "number" on social network, the fb, yahoo MAIL!, bla bla bla. uhuhuhu. 
He is not married yet, huhu. 
Hopefully he will marry one day , insyaAllah, hehe.
He has a lot of money. Then, father asked him, what do ya' want to do with your money. I don't know. Aku takde wawasan lah. Aku mana ada isteri and anak. Hoho. Kadang-kadang aku beli CD-CD muzik ni sampai rm500, rasa menyesal pula bila pikir balik. Hoho.
Hmm,
Dunia ni banyak jenis manusia kan. Kalau semua manusia sama, mesti boring, kan? Huhu. Dan Allah ciptakan berbagai-bagai jenis, bangsa manusia ini supaya kita berkenal-kenalan dan mengambil pengajaran atau teladan sesama kita. Wallahu'alam.

"Wahai umat manusia. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)

No comments: