Wednesday, January 25, 2012

#ceritapendek : jalan-jalan lagi ke PD

Travelling with family is the best experience in my life. Hoho.

Dah lama sangat tak jalan-jalan dengan family. Mak Ayah sibuk dengan tanggungjawab mereka. :)
Alhamdulillah 'ala kulli hal, dapat juga jalan-jalan dengan mereka walaupun kat KL sahaja. Err. Hehe. Seriously seronok jalan-jalan dengan family. Ayah akan bercerita tempat itu dulu tempat ayah kerja, duduk, tempat ni zaman dahulu... dan seterusnya... Banyak benda kita tahu, kan? ;)

Ahad lepas (22/01/2012) kak yong bertunang, Alhamdulillah :) Khemah dia pink, comel, hehe. Lepas habis kenduri tu, kami gerak ke PD , Port Dickson. First time kot pi sana, heu3. Banyak sangat kereta. Pi Teluk Kemang, err, kami dok kat satu tempat tu, err, kotor sikitlah pantai dia. Sedih. Tengok botol-botol "berkeliaran" di atas pasir pantai tu. Ingat, KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Ana bukan nak komplen apa, tapi bak kata ayah ana, bahaya sungguh dok kat kedai-kedai tepi pantai tu sebab bumbung-bumbung tu dah nak tercabut! Bila-bila masa boleh timpa kat kepala orang, na'udzubillah. Kelihatan seperti gerobok-gerobok di tepi jalan sahaja. Moga ada pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan segera sebelum benda buruk berlaku. Mencegah tu lebih baik dari merawat. Err.

Tapi, apa-apa pun, dok kat tepi pantai memang best. Bak kata mak ana, deruan ombak tu lah yang mahal. Hoho. Kuasa Allah, ciptaan Allah, semuanya indah-indah belaka. Subhanallah. Bayangkanlah laut, pokok-pokok, burung-burung yang berterbangan tu sentiasa berzikir pada Allah. Kita...? T__T

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Hajj :46)


No comments: