Monday, September 2, 2019

Apabila sedih dan tertekan, berzikirlah dan berdoalah dengan nama Allah

Istighfar itu menyamai dengan ziyadatul khair iaitu bertambahnya kebaikan dalam diri seseorang.

Istighfar itu kita memohon taubat kepada Allah, bahkan juga meningkatkan darjat seorang hamba di sisi Allah.

Bila berasa sedih, stress, depresi atau menghadapi tekanan hidup, maka sebutlah nama Allah yang indah iaitu Ya Ghafuur dengan penuh tawadu', dan keyakinan kepada Allah bahawa Dia sentiasa Maha Mendengar setiap keluhan dan luahan isi hati hamba-Nya.

Moga Allah berkati.




Saturday, February 23, 2019

New Salted Egg Yolk Royale Pizzas

Assalamualaikum.

Hai. Korang ada tengok promo domino pizza yang latest tak?

Sekarang ni domino ada pizza baru.
"New Salted Egg Yolk Royale Pizzas".

Didatangkan dengan 3 pilihan:
1) Royale Chicken Pizza
2) Royale Tuna Pizza
3) Royale Delight Pizza

Alhamdulillah harini dapat rasa Royale chicken Pizzaaaa.



Serius rasa dia mashaallah sedap gila. Rasa egg Yolk dia, kerangupan dan sos dia tu sebati lah orang kata. Korang mesti cuba!

Boleh belanja mak ayah adik kakak semua. Sharing is caring gituuhhhh 😋🤗 Makan yang sedap-sedap ni kalau sharing dgn org lain la baru eggtra shiokkkkkk  😉

Okay, bye!

#domino pizza near me

"Food is the ingredient that binds us together"

Friday, February 22, 2019

Jadual Perkhidmatan Bas USIM sesi 2018/2019

[MAKLUMAN JADUAL PERKHIDMATAN BAS TERKINI SESI 2018/2019]

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),  adalah dimaklumkan bahawa jadual perkhidmatan bas waktu pagi dan petang telah dikemaskini bagi sesi akademik 2018/2019. Jadual tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut :

https://drive.google.com/file/d/1Pe7LDUEOp9wxrtDqH5W-YuWPhjSfDkWb/view?usp=drivesdk

Juga terdapat beberapa makluman tambahan yang perlu diteliti oleh para pelajar pada lampiran terakhir jadual tersebut. Antaranya:

Semua bas laluan KKNC - USIM - KKNC akan melalui kesemua fakulti termasuk FST/FKAB.

Diharap para pelajar cakna dan merancang awal perjalanan bagi mengelakkan sebarang permasalahan berkaitan pengangkutan bas.

Sekian dimaklumkan.

BERSAMA MENCETUS INSPIRASI

EXCO KEBAJIKAN KESELAMATAN SISWA DAN ANTARABANGSA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI 2018/2019
18 FEBRUARI 2019 | 13 JAMADIL AKHIR 1440H

-------------------------------------------------------------

Disertakan di sini jadual perkhidmatan bas. Korang boleh rujuk dan download je kat sini.
Jangan lupa baca doa naik kenderaan 😊


سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
“Maha Suci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”
(HR Tirmidhi)








Thursday, February 21, 2019

Roti Telur Paling Sedap di Bandar Baru Nilai

Assalamualaikum.

Mana nak cari roti telur sedap kat Bandar Baru Nilai?

Korang boleh cuba kat dua restoran ni.

1. Restoran Nasi Ulam

Roti telur dia garing dan besar. Kuah dal pekat dan banyak. Btw, air sirap kat sini boleh minum free dan boleh tambah sesuka hati korang. Tapi jangan sampai bawa botol pula nak refill 😅


2. Restoran Furqan
Roti telur dia kecik sikit, tapi rasa dia sangatle sedap mashaAllah. Kuah dal agak cair dan sambal dia tak berapa nak pedas. Satu lagi, teh tarik kat sini umpphhhhhhh (sila minta kurang manis, lagi bagus untuk kesihatan 😉)

(Updated 22/6/2021)

3. Restoran Sri Inai II
Roti dia besar, sedap. Kalau simpan banyak hari pun, still sedap bila panaskan balik. Tak keras. Recommended.

Maaf takde gambar sebab PKP. Tak boleh makan kat kedai. Tapi boleh guna foodpanda untuk food delivery!

Jangan lupa baca Bismillah dulu sebelum makan ya.

😀

#ketepikan sekejap roti telur calories 😄

Wednesday, February 20, 2019

Waffle Coklat Paling Sedap di Malaysia

Assalamualaikum.

Hari ni nak share pula waffle yang sangaaaaatlahhh bercoklat!

Tempat yang korang boleh tuju adalah di Paramount Coffee House. Restoran ni milik Ustaz Ebit Lew :) Dah buka banyak cawangan dah, antaranya di Bangi, Putrajaya dan Shah Alam. Waktu operasi pukul 10 pagi - 10.30 malam setiap hari!

Kepada peminat tegar chocolate, korang bolehlah mencuba Triple Chocolate Waffle. Ya Rabbi, memang banyak sangat chocolate dia. Boleh makan dalam 3-4 orang juga sebab makan sorang takut muak pula. Makan share-share lah best kan ;)

Yummy!
Waffle ni sangat sedap, coklat banyak gila dan memang puas hati, Alhamdulillah.

Oh ya, kat restoran ni juga ada serve menu masakan yang lain juga, bukan sekadar waffle aje :)

Okay tu aje, bolehla cuba sekali-sekala, jangan berkala-kala, hehe.

Pastikan minum air masak banyak-banyak lah ye lepas tu. Amalkan gaya hidup sihat! 😉


Tuesday, February 19, 2019

Kita Bukan Tuhan!

Jangan disebabkan kes artis buka tudung, jari dan mata yang kita gunakan di media sosial
bertukar menjadi musuh di hari kiamat kelak.


Doakan bukan makian. Sekian.

Buat Pencinta Air Coklat Starbuck

Assalamualaikum and hi guys. Have you ever tried any starbucks drinks? Mostly people go to starbucks to get starbucks drink with most caffeine, right? But there are some starbucks drinks to try for you if you are a chocolate lover and doesn’t like sweet drinks.

Here’s the details that you can try at starbucks.

Starbucks drink name: Chocolate Cream Chip Frappuccino

With 2 pump Dolce sauce

2 scoop Dark Mocha powder

2 pump base

Starbucks size: Venti

 

You can add caramel drizzle if you want it to be a bit sweet.

And if you want to make the drink tastier, you can try to replace the milk with soy milk.

 


If you have family or friends who are chocolate lovers, you can suggest them to try it or maybe you could buy it for them as a treat! They will probably like it!

 ____________________________________________

Assalamualaikum dan Hi! Siapa pernah minum starbucks drinks? Sebelum ni pernah beli, tapi order sekadar order je contoh green tea starbucks frappuccino atau coffee. Apa yang terpampang dekat starbucks menu, itulah yang di order.

Tapi haritu ada terjumpa dalam satu youtube, sis tu share macamana nak order kalau pergi Starbucks. Menu ni untuk chocolate lovers dan yang tak suka manis.

Nanti cakap dekat pekerja Starbucks kat kaunter, saya nak

Chocolate Cream Chip Frappuccino Venti

2 pump Dolce sauce

2 scoop Dark Mocha powder

2 pump base 

Ataupun tunjuk je kat handphone sebab ni yang saya buat, tak payah susah-susah nak sebut haha (noob 😂)


Download je gambar ni kalau nak senang 😊

 

 

Ini yang korang akan dapat 😋


Kawan cakap memang sedap sangat sebab rasa chocolate tu dan tak manisssssssss. 
Tu yang best tu! Kalau nak rasa manis sikit, boleh tambah caramel drizzle.

P/s: updated! Kalau nak lagiiii sedap dan rasa pekat coklat tu, boleh tukar milk tu kepada soy milk.

Okay, selamat mencuba!

Don't forget to smile ;)


# starbucks near me

 

 




Monday, February 18, 2019

Taubat

Sebaik-baik pendosa adalah yang segera bertaubat

"Semua bani Adam pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang salah adalah yang segera bertaubat." (HR Ibn Majah)

Pizza In One Minute

Assalamualaikum. Hi!

Today I would like to share our recipe: Pizza Homemade. Easy peasy and tasty!  

Check it out on this video ;)


Ingredients:
- Any kind of bread (I used Gardenia)
- Fried chicken (cut into small pieces, easier to bite)
- Pineapple
- Mozzarella cheese
- Chili

Method:
Spread all the ingredients and bake it!

If you don't have much time to prepare it, perhaps you can order pizza on food delivery! ;)

Don't forget to say Bismillah!

Saturday, February 16, 2019

Majlis Ilmu di Masjid USIM

⭐ JADUAL MINGGUAN KULIAH KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ USIM ⭐

(KULIAH MAGHRIB)

Isnin 18 Februari 2019

📗Qawaid Aqaid
👨🏻Prof Madya Dr Rodhi

Selasa 19 Februari 2019

📗Kitab Riyadhussalihin
👨🏻Ustaz Syed Tarmizi


Rabu 20 Februari 2019

📗Al-Muqoddimah Al- Hadromiyah
👨🏻Ustaz Mohd Aizuddin

Isnin 25 Februari 2019

📗Qawaid Aqaid
👨🏻Prof. Madya Dr Radhi

Selasa 26 Februari 2019

📗Misbah Munir
👨🏻Ustaz Syed Salim

Rabu 27 Februari 2019

📗Jauhar Al Tauhid
👨🏻Dr. Wan Fazrul

(KULIAH BULANAN)

Khamis 28 Februari 2019

📌Bahayanya Syiah
👨🏻Prof. Madya Dr Kamaluddin

(KULIAH MINGGUAN)

Setiap Jumaat

🎤Tazkirah Jumuah Mubarakah
👨🏻Ustaz Jalil Akar
🕰 8 PAGI - 8.45 PAGI


Setiap Sabtu

📗Kitab Sullam Al Taufiq
👨🏻Dr Mohd Zohidi Mohd Amin
🕰 9 MALAM

Setiap Ahad

📌KURSUS ASAS HAJI BERSIRI
🕰 9PAGI-12.30TGH

🌸 KHAS MUSLIMAT🌸

Setiap Selasa

💫Bicara Fiqh wanita
🧕🏻Dr Norzulaili Mohd Ghazali
🕰10 PAGI-11 PAGI

Setiap Jumaat
🔖Halaqah Tasmi Al-Quran Muslimat
🕰 3PTG - 4PTG


Jemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ilmu di pusat islam. Tuntutlah ilmu di masa muda sebelum tua, di masa lapang sebelum sibuk dan di masa sihat sebelum sakit.

Firman Allah: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.

[Surah Al-Mujadalah ayat 11]

Sebarkan kepada orang yang lain sama. Marilah sama-sama kita menuntut ilmu agama untuk menambah iman dan taqwa.

PUSAT ISLAM,UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


Iman Farrar's song - Never in Our Name

Assalamualaikum.

Hi guys!

Check out this song by Iman Farrar entitled Never in Our Name.
You should sing together with the lyric. 
This song has become one of my favorite songs for this year.
It's not just a song, but it brings a powerful meaning behind it.
Hope you enjoy and love it!





My teary eyes to the window fixed,
They watch the summer rain pour down, 
As unmarked bullets shower skylines,
And unnamed families in the violence drown.

Foreign cameras paint the killers,
Label us and them the same,
Whilst these men may say they’re righteous,
They can never act so in my name.

Together we stand, a people united,
Our voices singing out as one,
Unafraid to face the ignorance ignited, 
Unafraid to stand now in the sun,
Killers may continue terror 
but never in my name,
We shall right their grievous errors
which are never in our name.

Peace is the beauty of Islam,
Yet this hatred still exists,
Till these men lay down their arms,
They are madmen in the mist.

Their misguided deeds are not Islam,
No matter what they claim,
Evil men may continue to kill,
But never in my name.

Together we stand, a people united,
Our voices singing out as one,
Unafraid to face the ignorance ignited, 
Unafraid to stand now in the sun,
Killers may continue terror 
but never in my name,
We shall right their grievous errors
which are never in our name.

Young man will you listen, 
Rest your anxious head,
Let your boiling blood cool down,
Let no more be shed. 

Young man will you listen, 
Avoid the bleating herd,
Lower your beating fist, 
Let your weapons be your words.

Together we stand, a people united,
Our voices singing out as one,
Unafraid to face the ignorance ignited, 
Unafraid to stand now in the sun,
Killers may continue terror 
but never in my name,
We shall right their grievous errors
which are never in our name.




Friday, February 1, 2019

Zuhud itu bagaimana?

Orang selalu salah faham apa makna zuhud. Orang selalu berfikir zuhud itu meninggalkan dunia untuk akhirat. Tapi sebenarnya tidak.

Tapi zuhud itu adalah mendahulukan akhirat dari dunia.

Ada orang fikir nak mendahulukan akhirat, makanya cukup dengan menghadiri Majlis ta'alim, makan sekadar roti kering, kasut kalau rosak ditampal-tampal, kenderaan sekadar apa adanya kalau rosak tak perlu diganti kerana memikirkan dunia ini hanya sebentar. Maka ini akan merosakkan Citra Islam yang asalnya indah, tapi bila berlaku perilaku sedemikian, orang akan melihat Oh Islam Ini kotor sekali ya.

Al-Qasas:77

Kejar apa yang Allah sediakan di akhirat (bidadari, syurga, etc), tetapi jangan lupa bahagianmu dari dunia.

Rasulullah ada 11 isteri (khusus untuk Nabi sahaja), 11 rumah, setiap rumah ada 1 pembantu rumah, dan minima 1 ekor unta.

-- Sederhana di pandangan mata agama, tidak berlebih-lebihan, tapi beliau menikmati nikmat yang Allah kurniakan dengan baik.

Baginda suka betul makan daging kambing, bukan roti kering. Sahabat juga suka makan daging yang dibakar, dan kadangkala dibawa bersama ketika Safar dalam kantung mereka.

Adapun tentang ruh..
Ruh juga butuh perhatian. Kalau jasad, perhatiannya lain. Kalau lapar makan, kalau dahaga minum, kalau busuk mandi. Tapi Ruh itu berbeda  bukan seperti itu. Ruh itu makanannya adalah majlis ilmu. Kalau Ruh itu sihat, maka jasad itu sekali sihat walaupun secara fizikalnya dia kurus.

Sahabat Nabi, Julaibib radiyallahu 'anhu. Orangnya kecil sekali jasadnya, meninggal di perang Uhud. Diangkat oleh Nabi dengan satu telapak tangan kerana kecilnya badan beliau. Tapi bila ditemui jasadnya, ada 7 orang kafir Quraish yang mati di sekelilingnya. "Rohnya berotot walaupun jasadnya kecil."

Roh lebih berpengaruh daripada jasad. Sebahagian Ulama kata Roh sifatnya melekat sama jasad. Roh sentiasa ada walaupun jasadnya sudah mati. roh akan bersama sehingga ke alam barzakh, syurga atau neraka.

Ramai org lupa akan Rohnya.. Pakai baju bagus-bagus, kenderaan bagus. Segala macam itu tidak salah asalkan dengan niat menikmati nikmatnya pemberian Allah.

Ingatlah akan Hadith Nabi:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبَّ أَنْ يَرَى أَثَرَ نِعْمَتِهِ عَلَى عَبْدِهِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah senang bila melihat bekas nikmat-Nya yang diberikan kepada hamba-NYa." (Riwayat Tirmdhi, hadis Hasan)

Allah suka lihat bekas nikmat pada Hambanya.

Nikmat itu boleh saja kita nikmati, tapi jangan lupa pada roh kita.

Asalkan apa yang kita perbuat itu halal.

Rezeki pula ada dua. 1) Ada rezeki yang sudah standard Allah kasi. 2)Ada rezeki yang sesuai datang dengan orderan.

Rezeki standard tu rezeki yg ok atau cukup2 je Allah kasi sesuai dgn dia. Seperti oksigen..

Orderan tu sesuai dgn apa yg dia minta. Minta nk kaya, Allah kasi. Mintak nk sederhana, Allah kasi. Para Sahabat memohon untuk menguasai wilayah Muslimin, menguasai panglima perang, menguasai ibadah. Misalnya, Abdullah b. Umar akan mencari siapa orang yang lebih alim. Dan observe apa yang buatkan orang tu alim dan dia akan memandang perkara itu dengan kompetisi yang positif, tanpa mengharapkan celaka kepada orang itu.

Bersaing positif dalam perkara baik tidak ada masalah. Kita terdorong termotivasi dengan teman-teman kita untuk mencapai prestasi yang bagus.

Dari Hadis Nabi SAW,  Manusia ada 4 golongan.
1) golongan yang Allah kurniakan Ilmu dan harta
2) golongan yang Allah kurniakan Ilmu sahaja
3) golongan yang ada harta sahaja tanpa ilmu
4) golongan yang tidak ada harta dan Ilmu

Orang yang ada Ilmu tapi tak punya harta..tapi dia ada niat untuk jadi kaya dan dapat berbuat kebajikan seperti golongan pertama tadi, maka Allah akan kurniakan pahala sama seperti golongan pertama tadi.

Dan orang yang tidak ada harta dan Ilmu, tapi berkeinginan nak jadi seperti golongan ketiga, maka Allah akan titipkan dosa sama seperti golongan ketiga itu.

Mintalah sama Allah selalu supaya dikurniakan Ilmu yg luas dan harta yg byk..  Dan habiskan untuk di jalan Allah. Ilmu diajar, harta diinfaq.

wallau'alam.

[Titipan dan sedikit edit dari tazkirah Ustaz Khalid Basalamah bertajuk Zuhd ala Rasulullah. Baarakallahu fiik]



Tuesday, January 15, 2019

Bagaimana mendapatkan akhlak yang indah? Oleh Ustaz Adi Hidayat

Jika anda mengalami masalah dalam hidup, maka jangan mengeluh.
kerana keluhan tidak mampu menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi.
segera minta tolong dengan Allah. sebut nama Allah.

1. terima dulu dengan sabar
2. tunaikan solat. mintalah semasa sujud dan rukuk (QS 48:29, QS 3:38-39)
QS 2: 155 - setiap yang hidup akan diuji dengan masalah. semua naik ke peringkat kualitas yang lebih baik
"solat lebih sulit daripada sabar"
solat bisa menjadi ringan bila ada adab dan akhlaq dan cara ibadat yang benar untuk hasilkan khusyu'
solat yang khusuk bisa melahirkan akhlaq yang baik
khusyuk bisa dilatih sebelum mulakan solat, sedar dia solat akan menghadap Allah.
"kalau undangan manusia kita bisa persiapkan diri awal-awal, dengan diseterika bajunya, bangun awal pagi untuk bertolak awal pagi (jika jauh), pakai baju baru dan cantik, maka mengapa kita tidak bisa berbuat begitu dengan lebih lagi apabila kita ingin menghadap Tuhan kita, Allah ta'ala? yang memaafkan segala kesalahan kita, yang memberikan kedamaian dan ketenanga kepada kita, yang memeberikan segala kebutuhan anda. kenapa persiapan anda begitu berbeda?"

andai akhlaq baik, maka ibadah pun baik.

Ciri akhlaq yang baik:

1. QS 7:31
- kenakan pakaian terbaik ketika solat
- semua nabi solat
- panggilan solat dari masjid itu panggilan Allah. azan panggilan yang akan selalu sampai kepada orang yang mendengar.

2. sempurnakan wudu' dulu
- bayangkan solat itu mungkin  solat terakhir kita
- 2:156 - sabar & solat
- "setiap tetes air wuduk yang jatuh dari wuduk, maka akan dihapuskan dosa-dosa" (mafhum hadis)
- tiap kali kita wuduk, kita bertaubat. (perhatikan doa selepas kita ambil wuduk)

tiap hari kita sebut Allahu Akbar dalam solat. tapi kenapa masih kita berasa sombong dengan teman? masih berasa lebih bagus dari orang lain? (kisah abu bakar?)

orang beriman patut tahu waktu solat.

solat dibuka dengan kalimat iman.
apabila sudah iman, dia akan cuba mengikuti segala apa yang Allah suka dan menjauhi perkara yang Allah benci.

24:30-31. mata hanya boleh lihat yang baik-baik. kaum lelaki dan wanita, jagalah pandangan kita daripada melihat perkara maksiat. Allah tidak suka hambaNya yang beriman daripada melihat perkara yang maksiat.

49:11-12 jaga mulut. jangan mencela orang . lisan antum mencela, iman anum sedang dipertaruhkan.

25:63 berjalan dengan tawadu' , jangan sombong

rujukan: video Ustaz Adi Hidayat


Monday, January 14, 2019

Menuntut ilmu dengan adab

3 Keutamaan menuntut ilmu dengan adabnya:
1. Mudah faham
2. Mudah mempraktikkan apa yang dipelajari
3. Mudah mempraktikkan dengan adab

#Ustaz Adi Hidayat

Menuntut ilmu haruslah disertai dengan adab. Tanpa adab, maka rugilah kita.
Terkadang kita sudah tahu banyak informasi tentang amalan-amalan kebaikan kelebihan yang boleh membawa ke syurga. Misalnya kita tahu yang membaca al-Quran itu mampu menerangkan hati kita, diletakkan mahkota di kepala dan bermacam lagi kelebihannya. Kita tahu semua itu dari menyertai pelbagai majlis ta'lim atau daurah, tapi kita tidak pernah mempraktiskannya. Maka harus dilihat semula adakah kita punya adab ketika menuntut ilmu tika itu?
Kerana keberkatan ilmu itu terletaknya pada adab kita pada ilmu.

Dahulu kala, ulama' ada yang sampai belajar berpuluh tahun tentang adab, barulah belajar suatu ilmu. Betapa besarnya kesan adab itu dalam kehidupan seharian kita.
Antara adab dalam menuntut ilmu adalah dengan menjaga hubungan kita dengan Allah.

Moga Allah bimbing kita ke jalan lurus-Nya,
sentiasa.


Saturday, January 12, 2019

Kenikmatan Dunia

Keselamatan di akhirat 
Adalah dengan melaksanakan
Pekerjaan di dunia dengan
Itqan dan Ihsan

Terkadang kita sebagai manusia terlupa untuk melihat kembali Apakah makna sebenar untuk kita hidup sebenarnya. 

Dalam Surah al-Isra' ayat 18

Allah membicarakan tentang suatu perkara yang mungkin dekat sekali dengan kita sebagai manusia. Di mana ayat sebelumnya (al-Isra' ayat 17), Allah telah mengatakan bahawa Dia telah menghancurkan Kaum-kaum yang sebelum ini kerana pola/ cara/ pilihan kehidupan mereka.
Misalnya: mereka hidup hanya untuk kepuasan hidup, kelazatan jasmani.

Harusnya kita berfikir semula, 
Bagaimanakah orientasi kehidupam kita sebagai manusia yang berpijak di muka bumi Tuhan yang sementara ini? 

Dalam ayat 18 ini, Allah tujukan kepada semua jenis golongan/ Kaum/ bangsa manusia. Manusia yang inginkan العاجلة
Iaitu kemanfaatan yang segera! 
Kenikmatan dunia!

Antara golongan yang termasuk adalah:
- Orang riya' yang tidak mengharapkan pun pada redha dan pahala Allah, tetapi hanya suka untuk dipuji dan dilihat orang
- Orang berhijrah untuk menyelamatkan agamanya, tetapi tidak mengharapkan redha Allah. Dia hanya mengharapkan keuntungan duniawi yang bakal diperolehi
- Orang berjihad tetapi sekadar inginkan ghanimah (harta rampasan) atau mahu dikenali sebagai pahlawan (reputasi) semata
- Orang menuntut Ilmu tetapi niatmya hanya supaya dia boleh mencari Pekerjaan atau mahu jadi orang yang alim supaya dapat dipuja puji dipanggil orang ke sana ke Mari untuk menyampaikan

Ya, kadang perkara ini nampak mudah, tapi sungguh amat memberikan kesan pada hati kita. 
Terpentingnya dalam apa jua amalan Pekerjaan yang kita lakukan, haruslah berniatkan untuk mencapai redha Allah.

Kemudian dalam ayat 18 dari Surah al-Isra' ini juga, Allah beritahu kepada kita apa yang Dia lakukan terhadap golongan sebegini?

 Pertama: Allah akan segera penuhi kehendak manusia yang bersifat duniawi dengan Apa yang Allah kehendaki (ما نشاء)
Samada dari segi menurut kadar atau masa atau bentuk.

Kedua: Allah akan berikan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. (لمن نريد)

Tetapi akhirnya Allah akan menyingkirkan mereka dari rahmat Allah. Sungguh suatu perkara yang amat besar bila kita jauh dari rahmat Dia! Manusia itu akan masuk ke neraka dalam keadaan dilemparkan terjatuh dari titian siratul mustaqim. Na'udhubillah min dhalik.

Kerana itu, berbuatlah apa saja amalan sekalipun tetapi pastikan disertai dengan Itqan dan Ihsan.

Seperti kata kata yang sungguh masyhur:
"Bekerjalah untuk kehidupan duniamu seperti kamu hidup selamanya (matlamat jauh) dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu sepertimana kamu akan mati esok."

ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار

#bbn


Friday, January 4, 2019

Tahun Baru 2019

Bismillah.

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2019.

Posting pertama sempena tahun baru. Moga tahun ini lebih baik dan produktif dari tahun-tahun sebelumnya, diisi dengan penuh kebijaksanaan dan ketaqwaan.

Hidup ini hanya sementara. Penuhilah dada-dada kita dengan ilmu yang berguna, bersahabat dengan teman-teman yang mengingatkan kita untuk taat kepada Allah, jauhilah dari kata-kata dan perbuatan yang sia-sia.

Balaslah kejahatan dengan kebaikan. Jangan membalas kebodohan dengan kebodohan, kerana ia tidak menghasilkan apa-apa bahkan ia merugikan diri sendiri akhirnya.

Kuatkan azam untuk sentiasa berubah menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya. Carilah jalan untuk mencintai dan mengenali ma'rifat Allah dengan jalan yang benar dan berpandukan Al-Qur'an dan Hadith, bukan dengan hanya menggunakan akal logik semata.

Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi kematian yang bisa sampai kepada kita bila-bila masa, yang sengaja dirahsiakan oleh Allah ta'ala agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Ingatlah mati sentiasa kerana ia akan melembutkan hati yang keras.

Jauhilah melihat perkara yang mungkar dan mendengar muzik atau kata-kata yang lagha, kerana mata dan telinga kita ini merupakan jendela kepada hati kita. Jaga hati sentiasa dengan menitipkan zikrullah sentiasa samada dalam hati mahupun bibir. Jangan sesekali biarkan syaitan dan iblis menipu kita dengan keindahan dunia yang sementara.

Jauhilah khayalan yang melampau sehingga menyebabkan dirimu semakin terleka daripada mengingati asal-usul kamu ada di muka bumi ini. Jauhilah perkara yang boleh melekakan hatimu dari berbuat kebaikan. Kerana berbuat kebaikan itu mudah, tetapi untuk mengelakkan perkara maksiat itu sangat sukar.

Maka perbanyakkanlah doa, merintihlah pada Allah ta'ala dengan menjaga adab tika berdoa. Berdoalah supaya Allah sentiasa menunjukkan jalan yang benar untuk memperoleh keredhaan-Nya.

Salam tahun baru,
Kematian semakin mendekat dengan kita.
Moga terus istiqamah dan dilapangkan dada untuk sentiasa menjaga iman kita.

Wassalam.

B.B.N.