Friday, February 1, 2019

Zuhud itu bagaimana?

Orang selalu salah faham apa makna zuhud. Orang selalu berfikir zuhud itu meninggalkan dunia untuk akhirat. Tapi sebenarnya tidak.

Tapi zuhud itu adalah mendahulukan akhirat dari dunia.

Ada orang fikir nak mendahulukan akhirat, makanya cukup dengan menghadiri Majlis ta'alim, makan sekadar roti kering, kasut kalau rosak ditampal-tampal, kenderaan sekadar apa adanya kalau rosak tak perlu diganti kerana memikirkan dunia ini hanya sebentar. Maka ini akan merosakkan Citra Islam yang asalnya indah, tapi bila berlaku perilaku sedemikian, orang akan melihat Oh Islam Ini kotor sekali ya.

Al-Qasas:77

Kejar apa yang Allah sediakan di akhirat (bidadari, syurga, etc), tetapi jangan lupa bahagianmu dari dunia.

Rasulullah ada 11 isteri (khusus untuk Nabi sahaja), 11 rumah, setiap rumah ada 1 pembantu rumah, dan minima 1 ekor unta.

-- Sederhana di pandangan mata agama, tidak berlebih-lebihan, tapi beliau menikmati nikmat yang Allah kurniakan dengan baik.

Baginda suka betul makan daging kambing, bukan roti kering. Sahabat juga suka makan daging yang dibakar, dan kadangkala dibawa bersama ketika Safar dalam kantung mereka.

Adapun tentang ruh..
Ruh juga butuh perhatian. Kalau jasad, perhatiannya lain. Kalau lapar makan, kalau dahaga minum, kalau busuk mandi. Tapi Ruh itu berbeda  bukan seperti itu. Ruh itu makanannya adalah majlis ilmu. Kalau Ruh itu sihat, maka jasad itu sekali sihat walaupun secara fizikalnya dia kurus.

Sahabat Nabi, Julaibib radiyallahu 'anhu. Orangnya kecil sekali jasadnya, meninggal di perang Uhud. Diangkat oleh Nabi dengan satu telapak tangan kerana kecilnya badan beliau. Tapi bila ditemui jasadnya, ada 7 orang kafir Quraish yang mati di sekelilingnya. "Rohnya berotot walaupun jasadnya kecil."

Roh lebih berpengaruh daripada jasad. Sebahagian Ulama kata Roh sifatnya melekat sama jasad. Roh sentiasa ada walaupun jasadnya sudah mati. roh akan bersama sehingga ke alam barzakh, syurga atau neraka.

Ramai org lupa akan Rohnya.. Pakai baju bagus-bagus, kenderaan bagus. Segala macam itu tidak salah asalkan dengan niat menikmati nikmatnya pemberian Allah.

Ingatlah akan Hadith Nabi:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبَّ أَنْ يَرَى أَثَرَ نِعْمَتِهِ عَلَى عَبْدِهِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah senang bila melihat bekas nikmat-Nya yang diberikan kepada hamba-NYa." (Riwayat Tirmdhi, hadis Hasan)

Allah suka lihat bekas nikmat pada Hambanya.

Nikmat itu boleh saja kita nikmati, tapi jangan lupa pada roh kita.

Asalkan apa yang kita perbuat itu halal.

Rezeki pula ada dua. 1) Ada rezeki yang sudah standard Allah kasi. 2)Ada rezeki yang sesuai datang dengan orderan.

Rezeki standard tu rezeki yg ok atau cukup2 je Allah kasi sesuai dgn dia. Seperti oksigen..

Orderan tu sesuai dgn apa yg dia minta. Minta nk kaya, Allah kasi. Mintak nk sederhana, Allah kasi. Para Sahabat memohon untuk menguasai wilayah Muslimin, menguasai panglima perang, menguasai ibadah. Misalnya, Abdullah b. Umar akan mencari siapa orang yang lebih alim. Dan observe apa yang buatkan orang tu alim dan dia akan memandang perkara itu dengan kompetisi yang positif, tanpa mengharapkan celaka kepada orang itu.

Bersaing positif dalam perkara baik tidak ada masalah. Kita terdorong termotivasi dengan teman-teman kita untuk mencapai prestasi yang bagus.

Dari Hadis Nabi SAW,  Manusia ada 4 golongan.
1) golongan yang Allah kurniakan Ilmu dan harta
2) golongan yang Allah kurniakan Ilmu sahaja
3) golongan yang ada harta sahaja tanpa ilmu
4) golongan yang tidak ada harta dan Ilmu

Orang yang ada Ilmu tapi tak punya harta..tapi dia ada niat untuk jadi kaya dan dapat berbuat kebajikan seperti golongan pertama tadi, maka Allah akan kurniakan pahala sama seperti golongan pertama tadi.

Dan orang yang tidak ada harta dan Ilmu, tapi berkeinginan nak jadi seperti golongan ketiga, maka Allah akan titipkan dosa sama seperti golongan ketiga itu.

Mintalah sama Allah selalu supaya dikurniakan Ilmu yg luas dan harta yg byk..  Dan habiskan untuk di jalan Allah. Ilmu diajar, harta diinfaq.

wallau'alam.

[Titipan dan sedikit edit dari tazkirah Ustaz Khalid Basalamah bertajuk Zuhd ala Rasulullah. Baarakallahu fiik]



No comments: