Saturday, January 12, 2019

Kenikmatan Dunia

Keselamatan di akhirat 
Adalah dengan melaksanakan
Pekerjaan di dunia dengan
Itqan dan Ihsan

Terkadang kita sebagai manusia terlupa untuk melihat kembali Apakah makna sebenar untuk kita hidup sebenarnya. 

Dalam Surah al-Isra' ayat 18

Allah membicarakan tentang suatu perkara yang mungkin dekat sekali dengan kita sebagai manusia. Di mana ayat sebelumnya (al-Isra' ayat 17), Allah telah mengatakan bahawa Dia telah menghancurkan Kaum-kaum yang sebelum ini kerana pola/ cara/ pilihan kehidupan mereka.
Misalnya: mereka hidup hanya untuk kepuasan hidup, kelazatan jasmani.

Harusnya kita berfikir semula, 
Bagaimanakah orientasi kehidupam kita sebagai manusia yang berpijak di muka bumi Tuhan yang sementara ini? 

Dalam ayat 18 ini, Allah tujukan kepada semua jenis golongan/ Kaum/ bangsa manusia. Manusia yang inginkan العاجلة
Iaitu kemanfaatan yang segera! 
Kenikmatan dunia!

Antara golongan yang termasuk adalah:
- Orang riya' yang tidak mengharapkan pun pada redha dan pahala Allah, tetapi hanya suka untuk dipuji dan dilihat orang
- Orang berhijrah untuk menyelamatkan agamanya, tetapi tidak mengharapkan redha Allah. Dia hanya mengharapkan keuntungan duniawi yang bakal diperolehi
- Orang berjihad tetapi sekadar inginkan ghanimah (harta rampasan) atau mahu dikenali sebagai pahlawan (reputasi) semata
- Orang menuntut Ilmu tetapi niatmya hanya supaya dia boleh mencari Pekerjaan atau mahu jadi orang yang alim supaya dapat dipuja puji dipanggil orang ke sana ke Mari untuk menyampaikan

Ya, kadang perkara ini nampak mudah, tapi sungguh amat memberikan kesan pada hati kita. 
Terpentingnya dalam apa jua amalan Pekerjaan yang kita lakukan, haruslah berniatkan untuk mencapai redha Allah.

Kemudian dalam ayat 18 dari Surah al-Isra' ini juga, Allah beritahu kepada kita apa yang Dia lakukan terhadap golongan sebegini?

 Pertama: Allah akan segera penuhi kehendak manusia yang bersifat duniawi dengan Apa yang Allah kehendaki (ما نشاء)
Samada dari segi menurut kadar atau masa atau bentuk.

Kedua: Allah akan berikan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. (لمن نريد)

Tetapi akhirnya Allah akan menyingkirkan mereka dari rahmat Allah. Sungguh suatu perkara yang amat besar bila kita jauh dari rahmat Dia! Manusia itu akan masuk ke neraka dalam keadaan dilemparkan terjatuh dari titian siratul mustaqim. Na'udhubillah min dhalik.

Kerana itu, berbuatlah apa saja amalan sekalipun tetapi pastikan disertai dengan Itqan dan Ihsan.

Seperti kata kata yang sungguh masyhur:
"Bekerjalah untuk kehidupan duniamu seperti kamu hidup selamanya (matlamat jauh) dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu sepertimana kamu akan mati esok."

ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار

#bbn


No comments: