Saturday, April 25, 2020

Resepi Bihun Goreng Daging Telur Sedap

Assalamualaikum.

Puasa kedua kita berbuka dengan Bihun Goreng! Alhamdulillah.

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah bawang putih sampai naik bau. Kemudian tumis cili giling. 
2. Masukkan pula ikan bilis segenggam lebih kurang yang telah ditumbuk lumat. Biarkan dia digoreng kejap. 
3. Masukkan daging yang dipotong kecil-kecil.
4. Kemudian masukkan air agak-agak sebab nak masukkan bihun nanti. Kemudian masukkan carrot. 
5. Gaulkan dan biarkan sampai ia menggelegak ataupun rasa macam dah sebati dan masak. 
6. Kemudian masukkan sos cili, kicap manis ikut taste anda.
7. Masukkan garam sebagai perasa.
9. Masukkan bihun yang telah direndam dalam air selama 10-20 minit.
10. Gaul-gaulkan sampai sebati. Biarkan bihun betul-betul lembut yang boleh dimakan. Kalau bihun keras, tambah lagi air dan perasakan semula masakan tadi.
11. Siap!

Tambahan, pecahkan telur 2 biji dan kacaukan dia. Kemudian masak atas non sticky pan guna planta sikit. Kemudian gulungkan telur tu dan potong macam dalam gambar. Sedap makan sekali dengan bihun goreng. 

Step memasak tu saya tulis simple aja. Ikut berapa banyak yang korang nak masak. Google pun ada, boleh je google terus resepi lain hehe. Ok, selamat berpuasa! 

Friday, April 24, 2020

Resepi Ayam Kicap Pekat Pedas Mudah


Salam Ramadan!!!
Untuk first day Ramadan semasa PKP ni, kita masak resepi mudah saja, Ayam Masak Kicap Pekat! Alhamdulillah sedap sungguh. Cik tengok resepi ni di sini: saji.my

Bahan-bahannya:
- Ayam 8 ketul yang dipotong, letak serbuk kunyit & garam sikit
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- halia 2 inci
- 1 kayu manis (tak letak pun takpe) 
- 1 bunga lawang
- cili giling (ikut kepedasan sendiri) 
- cili padi (ikut kepedasan sendiri) 
- 1 bawang besar (potong bulat) 

Untuk kuahnya:
- 4sb kicap
- 2sb sos cili
- 1sk sos tiram (boleh letak 2sb)
- 1sb sos pekat
- 1sb minyak bijan (minyak biasa pun boleh) 

Cara-caranya:
1. Gorengkan ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam tadi. Bagi masak betul-betul. Kemudian asingkan ayam. 
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia sampai lumat. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, dan bahan yang dah ditumbuk tadi sampai naik bau. Jangan lupa tumis cili giling juga.!
3. Masukkan kuah sos tadi dan biarkan mendidih. Tambah air sedikit ikut kepekatan anda. Masukkan bawang besar. 
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan masakan dengan garam. 

Siap! 

Selamat mencuba! 

P/s: Kalau tak sempat masak sendiri, boleh saja order food delivery! :)