Thursday, October 4, 2018

Apps in my handphone

Assalamualaikum.

Hari ini just nak share apps yang saya ada dalam handphone. Hehe.
Mana tahu mungkin ada yang bermanfaat untuk pembaca juga!

1. Quran for Android
 - ada banyak pilihan qari yang boleh dipilih
 - translation ada dalam banyak bahasa
 - tafsir pun ada
 - ada night mode
 - boleh repeat surah/ ayat yang kita nak ikut pilihan kita
sangat recommend sebab setakat ni henset tak pernah hang bila guna apps ni

2. Truecaller
 - tujuan dia untuk kita tahu siapa caller kita sebab apps ni dah save nombor yang spam atau erti mudahnya nombor "orang jahat" lah hehe. sebab kadang-kadang kita akan ragu-ragu kan bila nak angkat call dari nombor yang tak dikenali? so truecaller membantu kita sedikit sebanyaknya lah.

3. Sobriety Counter - bad habits
 - apps untuk kawal bad habits kita
 - simple dan amat membantu !
 - setiap hari, dia akan bagi motivational quotes

4. Word Link
 - kalau ada masa free, cubalah main!
 - mengasah minda dan ingatan kita pada words yang kita tahu dan tak tahu

5. Flow Free & Happy Glass
 - sejenis game juga untuk tajamkan minda
 - melatih untuk berfikir menyelesaikan masalah

6. Telegram
 - mungkin ramai dah tahu. telegram macam whatsapp juga. boleh pm orang. dan boleh buka di telegram web.
 - tapi kelebihan dia, kita boleh subscribe channel yang kita nak, tak kisahla ada beribu orang sekalipun. antara yang saya subscribe:
-- ismaweb- untuk tahu berita semasa
-- Baitussalam - kelas pengajian secara live
-- HO - catatan seorang HO Malaysian
-- Lensa Kuliah - info tentang kuliah pengajian
-- Indahnya Islam
-- Taman Orang-Orang Soleh

7. KTMB MobTicket
 - ini untuk orang yang selalu menggunakan perkhidmatan ETS
 - boleh beli tiket dengan mudah kat sini
 - cuma kadang-kadang apps ni boleh jadi hang/ tak berfungsi. tapi sejak kebelakangan ni, pihak diaorang dah banyak update dan memudahkan pengguna untuk beli tiket kat apps ni

Okay itu ajelah perkongsian kali ini. InshaAllah next entry kita jumpa lagi dan harapnya dapat share perkara bermanfaat yang lain!

Doakan saya moga dipermudahkan untuk urusan writing thesis saya!

Moga Allah berkati kita semua.

Bye.