Wednesday, February 20, 2013

EuropeSafar 1


SAFAR 4 MUSAFIR DEMI REDHA DIA~

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah redha dengan perkongsian ini, insyaAllah.
Secara ringkas, pengembaraan kami mencari diri, bermula sebegini :

Malaysia  Cairo  Istanbul  Barcelona Granada, Spain  Malaga  Toledo  Madrid  Cairo  Malaysia

MasyaAllah, musafir dari 26 Januari 2013 hingga 10 Februari 2013 ini banyak beri pengajaran pada kami! Alhamdulillah.
Sy hanya meng-copy paste balik apa yang saya dah tulis dalam buku sepanjang perjalanan ini into this blog. ;)


26 JANUARI 2013, SABTU :

Gerak daripada USIM lepas asar. Berdebar.
8.30 malam : airplane moving. Ikhlaskan niat. Moga Allah redha dengan musafir ini, insyaAllah.
Perjalanan lebih kurang 6 jam 30 minit. Dari KLIA ke Abu Dhabi.
Banyak kali juga bertembung dengan turbulences. Sekali tu ada rasa macam plane tersentak ke bawah. Allahu Allah.. hmm, something to ponder time tu, siapa yang cipta turbulences tu? Ha, Allah, kan? Jadi mintalah tolong dan kekuatan daripada Dia ;) Tawakkal ‘ala Allah.
Ehm, dan ada seorang pramugara ni, tak habis-habislah pesan n check seat belt passengers dia, huhu. Same goes macam dalam kehidupan kita. Kalau naik kapal terbang pun perlukan seat belts to secure ourselves, apatah lagi dalam hidup kita, we need a guidance to guide our life, iaitu hukum yang Allah dah tetapkan  khas untuk kita, yang mana dah tersedia dalam al-Quran dan sunnah. MasyaAllah. Check balik, adakah kita dah ikut peraturan Dia dengan sebaiknya selama kita hidup 20 tahun ( n etc..) ini?



No comments: