Tuesday, February 19, 2013

Bangkit

Bismillah.

-------------------

Dia bangkit dari kisah silamnya
Yang penuh kejijikan dan penghinaan
Untuk menjadi manusia yang lebih sempurna
Di mata Dia 
Toleh ke belakang hanya untuk cari pengajaran
Bukan sekadar mainan

Ini dia cerita seorang penghina
Yang mahu merubah dirinya
Ke arah yang lebih mulia di sisi-Nya

Dulu dia sering mengadu domba
Tidak berpuas hati akan hal itu dan ini
Tapi kini dia sedari
Bahawa setiap perkara, setiap insan
Punya kelemahan yang tersendiri
Dan nikmat Tuhan itu sungguh luas
Maka mengapa perlu membesarkan perkara yang kecil?

Dulu dia melihat manusia dengan penuh perasaan benci
Dendam, kecewa, iri hati
Dengan segala perkara yang mereka miliki
Tapi kini segalanya dilihat dengan pandangan mata hati
Pandangan kasih sayang orang kata.

Dulu mulutnya laser dan tajam
Bak seseorang yang minta penampar hinggap di pipi secara percuma
Kasar luar
Kasar dalam
Semuanya ada dalam diri dia
All-in-one lagaknya
Tapi kini dia sedang berusaha
Untuk melembutkan lidah dan perilakunya
Dengan sentiasa membasahkan lidahnya
Dengan zikrullah dan istighfar sentiasa.

Dia cuba
Ya
Sedang mencuba sehabis dayanya
Untuk sabar dalam setiap perkara
Dia usaha dan akan terus berusaha
Maka 
Awak yang dikasihi Allah yang sedang membaca petikan ini
Mohon tolong doakan dia
Terima kasih
Yang amat.

-------------

Untuk post antara 20/2/2013-22/2/2013, sebenarnya it's already scheduled sebelum ini. Kiranya saya dah tulis awal-awal, takut tak sempat nak share kat sini. :) Moga Allah redha.


No comments: