Thursday, May 12, 2011

MC

Alhamdulillah, hari ni dah selesai urusan medical check up.

Nak kongsi lah sikit apa yang ana buat kat sana, huhu. Ada seorang ukhti tu tanya, apa proses yang dilakukan masa M.C. tu? Okey, insyaAllah ana cuba kongsikan sikit.

Ana cerita ni berdasarkan pengalaman ana eh.

0830 : 12 Mei 2011 : Hospital Specialist
Pergi ke satu kaunter ni dekat dengan tempat emergency. Bagi borang maklumat kesihatan yang perlu diisi oleh doktor. Ana buat medical check up ni sebab pihak universiti yang suruh. Pastu, miss tu kiralah kena bayar berapa. Semua sekali RM 91 untuk diagnostic imaging (X-RAY) , Laboratory dan untuk doktor tu kot~ Huhu. X-ray = rm 30 , Lab = rm 11 . Kalau di hospital kerajaan, bayaran dia lebih murah.
Kalau tak nak beratur panjang, datanglah awal-awal ya  :) Masa nak buat pemeriksaan ni, tak perlulah kot nak suruh parent temankan, hehe. Sebab masa yang ana ambil untuk selesaikan semua pemeriksaan dan nak ambil result tu lebih kurang 2 jam.

Okey, pemeriksaan pertama yang ana buat ialah benda-benda asas sahaja. Contoh ; timbang berat, ukur ketinggian, dan tekanan darah. Madam yang check tu indian dan peramah sangat. Suka <3 Huhu. Sembang-sembanglah dengan dia. Anak dia dapat 7A+ 2A tu! Student St. Michael. Dia nak ambil course pharmacy. Pemeriksaan tu sekejap je, jadi dapat sembang dengan madam tu pun sekejap jelah :D
Pastu , buat examination of eye. Tengok kita ni buta warna ke tak dan lain-lain.

Lepas tu, pergi naik tingkat 2 bilik no 2-23 , untuk buat urine test. Masa ni, 5tiba-tiba je teringat balik experiment biology hari tu, pasal nak ambil sampel urine, hehe. Pesanan kat sini, bawalah tisu awal-awal dari rumah ya, takut pihak hospital tak provide tisu. (Tapi, kalau takde, minta jelah kan) Masa tu baru pukul 9.15 pagi, lebih kurang. Then, boleh  ambil result tu pukul 10.45 pagi. Jadi sementara nak tunggu ambil result tu, ana pun pergilah turun balik ke ground floor untuk buat diagnostic imaging @ X-ray.

Sebelum nak check tu, kena tukar baju khas dia. Uhh, tak suka baju dia, hehe. Sebab bajunya sampai takat lengan, tapi labuh sampai ke lutut ==" Alhamdulillah lah masa tu pakai hand sock. ^^ Jadi pesanan untuk X-ray examination ni pula, siap-siaplah pakai hand sock :P Ana just buat bahagian chest je, jadi kena berdiri. Macam pelik je, tapi takpelah, sesiapa yang belum buat lagi tu, nanti taulah macam mana caranya. Buat pemeriksaan ni tak sampai 5 minit pun. Then, tunggulah result-nya lebih kurang 40 minit.
Keputusannya ialah :
- The heart size is NORMAL
- Lung fields are CLEAR
- Bones are UNREMARKABLE >> Unremarkable?? Ayah kata, maksudnya tulang ana ni tak cukup kalsium, tak mantap sangat. Yelah, atenye makan pun sikit.
Haa, lepas dah dapat result tu, tengoklah gambar tulang anda! Betapa hebatnya ciptaan Allah. Tersusun dan cantik je, Subhanallah~ Itu baru tulang, belum lagi sel-sel dan segala benda yang ada dalam tulang dan dalam seluruh badan kita ni!

Pastu, ambil result urine test. Alhamdulillah, normal. Tapi 99% memang tak faham apa maksud result tu, uhh.

Last sekali, pergi balik kat kaunter tadi, then ada buat pemeriksaan dengan Doktor Sumathi~ Dia just tanya kita ni ada apa-apa penyakit ke apa. Pastu, buat pemeriksaan telinga ( Geli bebeno rasanya bila dia masukkan benda tu dalam telinga, hihi), pastu check perut. Oke, check perut ni takde guna pisau ke apa ya, dia just sentuh beberapa bahagian abdomen kat perut, Jangan bimbang ya! ;D

Lepastu, habis! Then balik ^^

Emm, kalau kita pergi mana-mana, jadikanlah diri kita sebagai qudwah hasanah kepada orang lain. jagalah akhlaq kita, sebab orang akan nilai seseorang tu kadang-kadang hanya dengan personaliti dan tingkah laku kita :) Berpeganglah dengan syariat Islam tak kira kamu berada! Suburkanlah sifat 'izzah terhadap Islam dalam diri kita, insyaAllah. Dan bersyukurlah sentiasa dengan nikmat Islam yang telah Allah berikan pada kita. Jangan sesekali lupa dengan nikmat ni dan juga paling utama kepada PEMBERI NIKMAT Islam, iaitu ALLAH.
Okay, jaga diri , iman, hati dan akal ya! Emm, usia dah makin bertambah ni! Kalau usia dah tambah, amal pun mestilah kena bertambah, insyaAllah!

Assalamualaikum :)
Fi amanillah~