Friday, May 13, 2011

ini cerita reunion :)


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah semalam sampai tengahari tadi dapat sertai program reunion pertama kali untuk akhowat sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat2.
Tema dia ialah untuk pemantapan iman dan pengeratan ukhuwah.
Kalau iman kita mantap, insyaAllah matlamat kita untuk menjadi ‘abid Allah akan tercapai. Dan kalau ukhuwwah kita antara sahabat baik, insyaAllah matlamat kita untuk menjadi khalifah Allah pula akan tercapai. Jadi, kita nak capai dua benda ni, barulah balance. Tak nak satu je.
Okey, adalah satu program ini, ummi yang conduct. Dia kira macam satu perjanjian lah.  Ummi akan salam tangan orang tu, then ummi akan serahkan sebiji telur kat orang tu. Then, ummi cakap, lebih kurang lah,
“Bismillah, ummi serahkan telur ni kepada si polanah. Jagalah amanah ini (‘abid dan khalifah Allah) dan jangan bagi kat orang lain kecuali kepada orang yg memberi sahaja.”
Pastu, orang tu akan jawab, ” Bismillah, saya terima.”
Actually ada benda yang nak disampaikan melalui perjanjian dan penyerahan telur ni. Kiranya macam simbolik lah. Bahawa amanah kita adalah untuk menjadi ‘abid dan khalifah Allah, jadi kita kena jaga betul-betul amanah kita.
Pastu, ada satu game ni, best3, hehe.
Dalam satu kumpulan tu ada lebih kurang 7-8 orang, then semuanya kena berdiri atas sehelai kain batik yang telah dibentangkan. Then, kena terbalikkan kain batik tu , tapi kaki tak boleh pijak kawasan yang di luar daripada kain batik. Susah jugaklah, hee~
Dan bila game tu dah habis, ummi pun bagitau la tujuan atau pengajaran yang boleh diambil daripada game tu.
First, dalam organisasi dakwah ni, musyawarah memang penting. Contoh, bila  nak main tadi kan, sepatutnya kitaorang kena lah bincang dulu macam mana nak gerakkan kain tu dan terbalikkan dia kan. hehe.
Pastu, ada satu kumpulan ni, akhowat-akhowat yang berdiri kat “lapisan” yang paling luar tu saling berpegangan tanganlah to make sure ahli-ahli yang berdiri kat tengah2 tak jatuh :) Then, ummi pun cakap :) Apa yang dalam kumpulan akhowat tadi adalah kekuatan ukhuwah :) and kalau dalam hidup berjemaah, kita akan berlegar-legar je dalam lingkungan tu, maksudnya insyaAllah kita akan terhindar daripada mainan dunia dan tipu daya syaitan, sebab? kita ada jemaah yang saling mengingatkan dan menguatkan aqidah antara satu sama lain.
Dan kerjasama dalam kumpulan amat-amatlah penting. :) dan kita mestilah lantik seorang ketua untuk bagi arahan di samping berbincang untuk decide apa yg terbaik .
Pastu ada game “telinga karat (kot?)”. yang kena hafal ayat tu, then pass kat orang seterusnya. he. Kitaorang kena hafal ayat Quran tapi in malay la kan.
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” ~Surah al-Hujurat ayat 18~
Dari ayat ni, we know that Allah sentiasa tahu apa yang kita pikir, rasa walaupun terdetik sekejap je kat hati kita. Allah tahu segala-galanya! Dan actually dari game ni juga, kita boleh peroleh ‘ibrah bahawa kalau kita nak menyampaikan sesuatu perkaraa atau syariat, kita kena ambil dan tahu daripada sumber yang original.
Pastu, the last programme sebelum start gotong-royong tadi, ummi suruh kitaorang pergi sembunyi kat satu tempat yang mana siapa-siapa pun tak nampak, then buatlah apa-apa pun yang kita nak kat telur yang kita dapat tadi. then, lepas 5 minit, jumpa ummi balik dan bagitau kenapa kamu buat macam tu? *cthnye : kalau dia pecahkan telur ke ape, ce bagi sebab kenapa kamu buat macam tu*
Then lepas 5 minit (actually takde pun nak nyorok2 tu, hehe, kitaorang relax je makan n minum, hik3 -,- )
kitaorang pun kumpullah balik dengan ummi. Then ummi pun tanyalah setiap sorang. Ada yang kata dia nyorokkan telur tu sebab nak bawa balik then masak kat rumah, kih3. pastu ada yang letak dalam beg sebab malas nak pegang. ada yang letak dalam poket dan ada juga yang pegang je. Pastu, yang pegang je telur tu atau letak dalam poket, diaorang kata diaorang tak buat apa-apa sebab macam mana dia nak buat kan?? kan syarat dia, siapa siapa pun tak boleh nampak dn lihat apa kita nak buat sedangkan Allah sentiasa melihat dan nampak kita? :D
Then, ummi pun setujulah dengan orang yang pegang telur tu atau simpan dalam poket tu, dan ummi tambah sikitlah,  ” sebabnya adalah kita takut dengan Allah :) “
Aaa, dan ada satu special case, hehe. Ada seorang ukhti ni dia pulangkan balik telur tu kat ummi sebab kan masa awalawal tadi (perjanjian tu.) ummi cakap tak boleh bagi kat orang lain kan telur tu, tapi boleh bagi kat yang memberi je kan? haa. so, ummi pun pujilah dia sebab betullah apa yg ukhti tu buat. tapi, itu dari segi fizikal lah kan :) tapi kalau dari segi amanah yang sebenar that is ‘abid dan khalifah Allah tu, kita kenalah jaga betul-betul :)
Rasanya tu je kot stakat ni. Alhamdulillah program reunion ni memang telah menghidupkan hati-ku. Suka sangat <3 Terima kasih ya Allah. Dan semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kita semua lakukan untuk prog ni, insyaAllah.

No comments: