Sunday, January 30, 2011

mesir~

Bismillah.

Risau dan Rindu.

Rasanya ramai yang dah tahu pasal rusuhan di Mesir. Terutamanya di Cairo. Ya Allah, risaunya T.T 
But, it's okay. All Izz Well, inshaallah :)

Semalam ayah telefon kak min. Alhamdulillah, okay je. Cuma tak boleh keluar rumah. Internet tak boleh pakai, no fb, no ym, etc. 

Tadi telefon lagi sebab baca surat khabar, keadaan macam dah teruk sangat. Adik cakap banduan dah terlepas. Bila baca surat khabar tu, rasa sebak pula, haiss~ Long, i misss you, huhu.

Bila call kak min tadi, rasa lega sikit, dengaq suara dia, cool je, huhu. Alhamdulillah. Kak min kata, dia boleh dengaq bunyi tembakan, orang menjerit, ya Allah takut dengarnya. Katanya "macam" tengah perang.Tentang banduan pula, diaorang dah mula merompak kedai-kedai dan bakar balai polis. Innalillah.

Tadi, kalau siapa-siapa tengok berita kat TV3, pemberita tu ada sebut yang paling risaunya ialah keadaan PELAJAR PEREMPUAN DI SAYEDA ZAENAB dan ada lagi satu tempat, tapi tak ingat sangat, huhu.
Punyalah terkejut badak bila mendengarnya (sebab kak min dok situ).  Lepas dengar berita tu, terus call kak min lagi sekali, huik3. Sebab kat sana, kak min memang tak tahu sangat pasal isu semasa walaupun berada di mesir. Yelah, internet dah kena block, pastu tak boleh keluar rumah, hmm. Jadi, kami kat sini pun selalu lah call kak min untuk beritahu pasal info terkini, ngee.

Sekarang ni, Husni Mubarak nak "lupuskan" kerajaan/ kabinet-kabinet bawah dia, tapi dia masih jadi presidennya. Apekah? Lagilah rakyat Mesir akan memberontak. Yelah, dah 3 dekad dia jadi presiden Mesir, tapi tak nampak sangat kemajuannya kan? Kalau pi Mesir, nampak sangatlah jurang antara orang miskin dengan orang kaya. Tak sukee sangat! Baca kat Berita Harian tadi, dia kata, "Inilah masalah di semua negara Arab yang menghadapi krisis kerana hanya lima peratus penduduknya saja menikmati 80 peratus kekayaan. Kemungkinan besar, bantahan akan berterusan di dunia Arab dan tempat lain juga". (??)

Hmm, sekarang ni pun negara-negara Arab yang lain dah mula nak bangkit~ Contohnya Tunisia yang memulakan bantahan, then Algeria, Jordan, Mesir, Mauritania, dan Yaman. Nak tau maklumat lanjut, boleh la baca surat khabar atau search di internet, hehe.

Ana just ambil je balik apa yang kak min kata tempoh hari kat blog dia, tapi dia dah delete la pulak pasal benda ni, sebab bahaya sikit kalau kita cakap pasal husni mubarak etc kat mesiq sebab dema akan cari kita.. wee...
"kalau dunia arab bersatu, maka akan bangkitlah Islam. InshaAllah Islam akan kembali gemilang!'
dan memang patut dan wajar pun bagi rakyat mesiq untuk jatuhkan husni itu sebab sampai bila mereka nak hidup macam sekarang ni? takda kemajuan, rasuah berleluasa, etc. hmm,,

All in all, rusuhan kat mesiq ni memang telah  membuka mata ana sebesar-besarnya. hmm,, (",) Sebelum ini, tak pernah pernah cik ambil berat pasal mesir dan sewaktu dengannya, hu3. Tapi, sekarang dah besar, jadi kenalah ambil tahu pasal isu semasa kan kan? hehe.

Kepada Ma Afiqah yang kini berada di jordan :D , semoga anda selamat sampai ke mesiq nohh. Jaga diri baik2! Belajar rajin2.. hu3..

Kepada pembaca dan sahabat yang dikasihi, yuk kita doakan keselamatan kak min dan juga 10000 lebih pelajar malaysia di sana dan juga untuk mesir~ jzkk

...Long, cik rinduuu kat mu.. ngeee~ 

p/s : tadi balik kampung. hehe, makan doyaan~ huik3.. lama bangat tak balik kampung, alhamdulillah berkesempatan juga pi sana hari ni dengan mak. sukaa sangat bila tengok mak gembira ja bila balik tadi + jumpa dengan maksu ^^

-soorrry, rasa macam tunggang langgang la  pula penulisan ana hari ni, hu3-

No comments: