Thursday, February 21, 2013

EuropSafar 2


27 JANUARI 2013, AHAD :

Abu Dhabi to Cairo : 3 hours 55 minutes.
Alhamdulillah, 3 pagi sampai di Kaherah, Mesir.
Meet kak yusraa!! Dengan kawan dia n abang dia. Nak pergi Istanbul juga. Huhu.
2.35 petang : depart dari Cairo ke Istanbul, Turki. 2 jam 15 minit.
Bila tengok awan, langit biru. Bila difikirkan balik, langit dan awan ni dah lama dah wujud kat ala mini, tapi dia still teguh dan ikut perintah Allah. Subhanallah. Moga Allah beri kekuatan yang sama juga pada kita untuk follow perintah-Nya dan menjadi hamba yang terbaik di sisi- Nya, insyaAllah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.” (Surah ar-Rahman)

28 JANUARI 2013, ISNIN :

Hari ini pergi ke beberapa tempat di sekitar Istanbul, guna kaki je. Alhamdulillah. Hehe.
Mula-mula, gerak ke Bazar Spice, New Mosque, Masjid Eyup Al-Ansari, Topkapi Palace, Blue Mosque.
Kat Bazar Spice, ada macam-macam rempah ratus, benda-benda untuk wedding nikah pun ada.
Masjid Eyup Al-Ansari : adanya makam sahabat nabi sallahu alaihi wasallam, iaitu Abu Ayub Al-Ansari. Tahu kan cerita tentang beliau?  First cerita, beliau ni orang Ansar, masa Rasulullah s.a.w datang berhijrah, semua orang berebut-rebut nak invite Rasulullah s.a.w untuk tidur rumah diaorang. Last-last, Rasulullah s.a.w kata, biarkan unta dia stop sendiri, dan akhirnya unta tu stop kat rumah Abu Ayub Al-Ansari. Second cerita, beliau teringin sangat nak tawan kota Constantinople masa pemerintahan Rom, tapi tak berjaya, sampailah akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya tawan pada tahun 1453. Dan, sebelum Ayub al-Ansari meninggal dunia, beliau minta kuburnya ditanam di luar pagar kota Constatinople, supaya beliau dapat dengar derapan kuda pemimpin Islam dan tenteranya yang berjaya menawan Constatinople. MasyaAllah. Hebat orangnya. Masa beliau pergi berperang tu, umur beliau sudah mencecah 80 tahun dan masa tu anak Muawiyah yang jadi ketua, iaitu Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian.
Masjid Biru @ Blue Mosque : sekarang dah jadi museum. Sedih. Ada 6 menara.
Topkapi Palace @ Topkapi Sarayi @ Istana Sultan Muhammad Al-Fateh :
Dibina oleh Sultan Muhammad al-Fateh dan terus digunakan selama 400 tahun.
Dalam istana tu, adalah bahagian-bahagian dia. Memang besar lah. “The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. At its peak, the palace was home to as many as 4,000 people,[2] and covered a large area with a long shoreline. The complex was expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire. The palace contained mosques, a hospital, bakeries, and a mint.” Dalam kawasan istana tu jugak, ada pameran senjata, pakaian-pakaian perang dan banyak lagi. Tak boleh ambil gambar.   Bila tengok baju besi tentera Islam dulu-dulu, dengan senjatanya, pedang, rifle, bow, semua tulah kan, masa tu rasa macam.. “ MasyaAllah, sungguh, pasti hebat dan mantap pemerintahan Islam zaman dahulu. Patutlah Islam tersebar luas, kerana adanya kekuatan iman di samping kekuatan fizikal, senjata, etc.. Kalau tak, tanpa semangat keimanan dan juang yang tinggi dalam kalangan sahabat dan pejuang Islam zaman dulu untuk sebarkan Islam, sekarang ni, agak-agak kita dapat tak hirup tak keamanan yang ada? Dn mungkin juga, adakah kita Islam sekarang ni? Allahu Allah :’( Moga Allah merahmati sahabat-sahabat dan pejuang Islam terdahulu dan sekarang, amiiiin. Moga kita bisa jadi seperti mereka, insyaAllah.
Pergi Panaroma Al-Fateh kat Topkapi. Dalam bangunan tu, dia gambarkanlah suasana peperangan time nak tawan Constantinople tu. Macam real lukisan dia. Siap ada bunyi bom, bunyi kuda etc.. Memang macam suasana perang. Berlaku pada 29 Mei 1453. Tentera Muslimin di bawah pimpinan Sultan Muhd al-Fateh sendiri berperang dengan tentera Rom. Masa tu,tentera Islam terdiri daripada pelbagai bangsa dan Negara. Akidah menyatukan mereka. MasyaALlah. Pesanan ringkas dari saya, cubalah baca buku Mustafa Kamal Attarturk hasil tulisan Pakcik Abdul Latip Talib. Dalam tu ada juga cerita fasal penawanan Constantinople ini. Best.
Last kali untuk hari tu, pergi GRAND BAZAAR. Uhuhu. Banyak benar barangnya. Pashmina ada, keychain, cawan, baju, carpet, jubah, baju. Haish, macam-macam lah ada. Harga pun boleh tahan kalau pandai kecek dengan penjual dia. Hehe.

No comments: