Thursday, April 11, 2013

Quote by Miss Liza

By Miss Liza (Lecturer Asasi UiTM Puncak Alam) :')

STUDENT: miss, saya rasa nak jadi Dr atau Lecturer mcm miss laa...
MISS: kenape?
STUDENT: sbb banyak pahala... TOLONG ORANG dan BERIKAN ILMU...

PEKERJA JKR YANG MENURAP JALAN
bekerja ditengah panas, menghilangkan halangan pada laluan awam, bayangkan berapa banyak kenderaan yang lalu sepanjang jalan itu berada disitu? Dr, Lecturer, Pegawai Kerajaan, hatta Ustaz yang nak pergi ceramah juga lalu jalan itu... BETAPA BANYAK PAHALA YANG DIA PEROLEHI SEKIRANYA DIA IKHLAS??
kalau pahala alasannya, KENAPA ANDA TAK NAK JADI TUKANG TURAP JALAN??
(sbb tak glamer bukan?)

MEKANIK YANG MEMBAIKI KERETA
bekerja pagi petang, memeriksa kereta, membaikinya dengan baik, bahkan memberi penerangan dan nasihat tentang penjagaan kereta yang baik.. bayangkan berapa banyak kenderaan yang telah dia baik pulih? lantaran itu Dr, Lecturer, Pegawai kerajaan, hatta Ustaz yang nak pergi ceramah juga menggunakan kereta yang telah dibaik pulih itu... bahkan mereka mendapat ILMU penjagaan kereta daripada mekanik itu... BETAPA BANYAK PAHALA YANG DIA PEROLEHI SEKIRANYA DIA IKHLAS??
kalau pahala alasannya, KENAPA ANDA TAK NAK JADI MEKANIK??
(sbb tak glamer bukan?)

anda jadikan PAHALA sebagai ALASAN, anda sempitkan ruang pemikiran sendiri sedangkan anda MENGAKU SEBAGAI PELAJAR YANG PANDAI... apa SEMUA ORANG PANDAI PERLU JADI Dr, LECTURER??
success is for u to define, but u let EVERYBODY AROUND u to INVADE ur mind................ belajar sebab nak kerja dan kerja itu perlulah GLAMER...... baru lah berjaya dan BERGAYA.........
ADAKAH INI ASBAB KUKUH UNTUK ALLAH MAKBULKAN DOA ANDA??
[muhasabah untuk diri saya juga kerana saya TIDAK MEMILIH JALAN ini dari awal, namun Allah mudahkan, maka inilah TAKDIR SAYA]

bukan hanya Dr dan Lecturer yang MULIA DISISI ALLAH... hidup untuk MATI... bersedialah... =)

No comments: