Monday, August 12, 2013

Rock gitu

Bismillah.

Petang tadi. Mimpi. Berdakwah kat gangster-2 ala ala rock di Indonesia. Wow masyaAllah. Mimpi tu. Dalam mimpi tu. Rasa amat yakin dan berani. Sebab sangat sangat percaya bahawa aku ada Allah. Lantak pi la dia nak campak kerusi ka, parang ka, tapi perasaan yang Allah akan tolong aku at that time tu, rasa macam ya Allah. Aku ada Allah. Speechless. Terima kasih ya Allah atas mimpi petang tadi. Buat diri ini rasa lebih kuat dan bersemangat untuk kembali berjuang di medan dakwah. Huhu. InsyaAllah. Doakan.

Btw, sebelum tidur tadi, sebenarnya baru selesai baca novel sejarah Islam : Zubair bin Awwam. Hehe. Sebab tu lah ada aura dia sampai masuk mimpi. MasyaAllah. Hmm, nampak sangat kan, melalui membacalah kita dapat besaqkan pemikiran kita dan mematangkan lagi jiwa kita. Best woo baca kisah perang zaman sahabat dan Rasulullah s.a.w. Macam bagi suntikan semangat! Kalau tak percaya, cubalah baca! ;)

Moga Allah redha. :)

P/s - SHRMZB. moga trus istiqamah, iA.

posted from Bloggeroid

No comments: