Tuesday, December 20, 2016

Dalam hidup, kena ada struggle.
Dalam hidup, pasti ada ujian.
Maka, kembalilah tunduk kepada Dia.
Pohonkan segala kekuatan daripada-Nya.
Kerana Dia lah yang Maha Berkuasa.

Sunday, December 11, 2016

The time is running and you are still sleeping.
Hey, wake up from your dream!

Wednesday, December 7, 2016

mati dan kahwin

Sejak beberapa hari yang lepas, kelihatan banyak sekali post di FB tentang perkahwinan dan juga kematian. 
Ya, setiap yang hidup pasti akan kembali pada Allah ta'ala.
Ajal manusia tidak akan pernah tersilap masanya kerana Allah telah menetapkan timing yang cukup perfect buat manusia. Bila, di mana, bagaimana? Semua itu Allah dah tahu. Cuma manusia saja yang tidak tahu. Sebab itu kena bersiap siaga sentiasa, supaya tenang nanti bila menghadap Pencipta.

Hidup bukan untuk mengejar kebahagiaan di dunia semata-mata, tapi nun jauh di perkampungan akhirat sana, kita nakkan kebahagiaan di sana yang sebenarnya. Hidup di dunia ini takkan pernah lari dengan musibahnya yang tersendiri. Maka bersabarlah. Kerana rehat yang sebenar, di akhirat sana nanti, inshaAllah.

Saturday, December 3, 2016

Back to Allah

Bismillah.

Just want to add some notes here.

Ustaz kata:
"Amalan fardu kita ni menentukan kita masuk syurga atau tidak. Amalan sunat pula menentukan level mana kita akan duduk di syurga nanti. Semua amal ibadah yang kita buat ni untuk diri kita juga sebenarnya."

Untuk post tip-tip sebelum ini, saja nak tambah lagi. Dalam apa jua sekalipun tips yang ada, jangan lupa, semuanya kembali kepada Allah. Bergantunglah kepada Allah semata-mata. Jangan rasa diri kita ini hebat sangat sampai tak perlu bantuan Dia. Na'udzubillah min dzalik. Kemudian, selalulah minta restu mak ayah kita, minta maaf dengan mereka, minta pada mereka supaya sentiasa doakan kita. Redha Allah terletak pada redha mak ayah, kan? Seterusnya, jagalah adab kita dalam apa kondisi sekalipun. Samada sebagai anak, pelajar, hamba Allah dan lain-lain. Jaga adab. Bila mengaji al-Qur'an, jaga adab, tutup aurat. Biasakan dengan beradab walau dimanapun anda berada.

Wallahu'alam.

Friday, November 25, 2016

Tipss Sihat untuk Saya yang Kurus Keding

Bila badan mula merajuk dan tak sihat, bermulalah detik-detik lambatnya nak siapkan kerja. Kaki lenguh, sakit bahu, tegang urat bagai, rasa nak demam. Maka, sedarlah wahai diri. Badan pun ada hak dia juga yang kita kena jaga. Janganlah nak kejar sangat belajar siapkan assigment tu sampai sakit sakit satu badan. Relax.. Takda siapapun paksa awak belajar, kan? Huahuahua

Nak jaga kesihatan, tolongla buat ya wahai penulis.

1. Biasakan bersenam robik atau yoga sambil zikir setiap hari 15 minit pun okay untuk elakkan ketegangan otot bagai. Boleh search video kat youtube untuk guide. Tapi buat dalam rumah lah ya untuk perempuan. Huhu. Konsisten. Niat sebab nak jaga kesihatan dan senang melakukan ibadat kepada Allah.

2. Mainlah badminton atau berjoging atau swimming atau main basikal atau apa-apa sport yang anda suka at least seminggu sekali (selalu sangat tak terbuat. aiyoo)

3. Minum air masak banyak-banyak supaya dapat keluarkan benda tak elok dalam badan plus segarkan badan yang tengah layu belajar :)

4. Jangan tidur atau baring lepas makan makanan berat. Tolonglah. Nanti ada pula yang nak termuntah lepas tu. Atau paling kurang berjalanlah 100 langkah sebelum anda duduk. Supaya sistem badan tu boleh digest dengan baik sekali, maka dapatlah dia beri kerjasama dengan kita untuk menuntut ilmu dengan selesa dan lancar, inshaAllah.

5. Bila dah duduk lama sangat menghadap laptop atau buku tu, regang-regangkanlah otot otot anda di tangan kaki. Pusing-pusingkan kepala, picit picit bahu. Kesian badan tu dah kejang dek tak tergerak langsung. Kalau biarkan lama-lama, lagi teruk kesannya kalau orang tu jenis yang kurus sangat atau mudah tegang urat macam saya. >.< Lagi satu, exercise mata ataupun kurangkan lighting kat laptop tu, takut mata tu rosak sebab tengok laptop lama sangat.

6. Kalau amalkan pemakanan vitamin ke supplemen ke, teruskanlah. Saya takde makan. Hihi. Makan madu je. Itu pun sekali sekala. Kena ubah ni. Huhu. Banyakkan makan sayur. Kalau dah tahu badan tu jenis cepat berangin, elakkanlah makanan yang boleh menganginkan badan awak tau. Contoh elakkan labu, ubi kayu/keledek. Sekali sekala bolehlah :) Depends pada tuan empunya badan dia tak tahan makan apa, okay.

7. Kurangkan minum ais. Mungkin orang lain berbeza kut kesan dia pada badan? Kalau saya, minum ais memang akan jadi lemah lembik gemalai je badan.

8. Don't slouch. Jangan membongkok. Sebab dia akan beri kesan kesihatan kita dan penghadaman makanan kita (Rasanyalah). Pernafasan kita pun macam boleh effect juga. Biasakan duduk atau berjalan tu straight. Buat slowly, jangan paksa okay.

Okay, tu je kot setakat ni tips nya. Tulis tips ni pun untuk ingatkan diri sendiri T_T

Selamat menjaga kesihatan diri sendiri!

Belajar, belajar jugak. Kesihatan pun jangan dilupa.

العقل السليم في الجسم السليم

Study Tipss

Bila belajar :
1. Kena ikhlaskan niat lillahi ta'ala.
2. Jangan rasa terpaksa dan dipaksa untuk belajar.
3. Anda yang pilih jalan ini, jadi teruskan perjalanan anda. You're not alone. Allah sentiasa ada.
4. Jangan cepat mengeluh bila anda hadapi apa-apa masalah atau tak faham sesuatu perkara.
5. Keep learning learning learning.
6. Teruskan membaca membaca membaca.
7. Kalau tak faham, tanya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Tak rugi apa pun kalau bertanya. Sekarang ini waktu untuk ada belajar bertanya. Nanti bila dah bekerja, tak sempat dah nak belajar dan bertanya.
8. Keep smiling dan bahagiakan orang dan makhluk Allah di sekeliling. Bagi kucing makan ke, bagi salam kat makcik cleaner ke.
9. Jangan pernah sombong dan riya'!
10. Mohonlah pada Allah ta'ala supaya besarkan hati kita untuk faham ilmu Dia dan moga dapat beri manfaat pada umat.
11. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri.

Wednesday, November 16, 2016

urgency

Tuntutlah ilmu hatta ke liang lahad sekalipun.
Ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu.
Jangan pernah bertangguh dalam menuntut ilmu.
Biasakan dengan "sense of urgency".
Rasa nak fahamkan ilmu dengan sebaiknya.
Tidak mengapa kalau nak habiskan sebuah artikel dalam masa beberapa hari,
Asalkan kita faham apa yang kita baca.

p/s- boleh follow fb othman talib, banyak yang beliau kongsikan dengan orang ramai tentang master & phd ;)


Sunday, November 13, 2016

"Orang yang percaya Allah itu al-Rahman, 
tidak akan menjadi orang yang suka bertangguh untuk berusaha."

Wednesday, October 19, 2016

matlamat

Hidup ini ada matlamatnya.
Matlamatnya apa?
Tujuannya apa?
Dapat kereta ferrari? dapat kahwin dengan mr. universe? dapat duit banyak?
Tetapkanlah tujuan dan matlamat kita.
Hidup ini sungguh pendek untuk disia-siakan begitu sahaja.
Allah matlamat kita.
Pokoknya, dalam setiap perkara, bersemangatlah untuk melakukannya hanya kerana Allah.

Wednesday, October 5, 2016

pelahap ilmu

Bismillah.
Belakangan ini aku merasakan semangat untuk study semakin merosot. Allah, sedihnya rasa. Rasa down. Asyik nak ketiduran sahaja,mtidak tahu puncanya.

InshaAllah, untuk kali ini, aku ingin berkongsi. Buat masa sekarang, aku sedang menyambung pengajian master by Research di sebuah IPTA dalam Malaysia. Alhamdulillah, kerana Allah masih beri peluang untuk ku sambung pengajian, menuntut ilmu-Nya.

Untu semester pertama ini, aku hanya punyai 2 subjek yang wajib diambil. Research methodology dan Data Analysis. Kuliah yang aku hadiri ini pula terdiri daripada pelajar Master dan PhD dari fakulti yang pelbagai. Maka, banyak ilmu baru yang aku dapat dari pelbagai jenis bidang. Huhu.

Kadang-kadang dalam kuliah, tak faham juga apa yang pensyarah sampaikan bila kakak-kakak, pakcik-pakci PhD tanya, hihi. Tapi lama-lama Alhamdulillah kita boleh belajar dan faham sekali. Ilmu yang kita belajar ini, bukan untuk setakat tahap master sahaja kita gunakan, tapi sepanjang hayat hidup kita. Perkataan Underpinning Theory, Theoretical Framework, Gap dan lain-lain adalah antara contoh perkataan yang dipelajari dalam kuliah baru ini. Pening tapi amat bermakna dan rasa macam sedap giler bila dah faham benda tu. huhu.

Dua kelas ini hanya dijalankan pada dua hari yang berbeza, antara pukul 6-9 malam. Antara pertengahan itu, kami akan break untuk solat maghrib.

Hari lain memang tiada kelas. Kena kuat sebab kena pandai urus masa dan rancang betul-betul apa yang nak dilakukan pada hari yang bakal dilalui. Kalau tidak ada perancangan, maka kita merancang untuk gagal.



Awal-awal aku join master, aku rasa macam main-main pun ada. Astaghfirullah. Rasa nak berjalan aje. Sedangkan assignment sedang menunggu untuk dilahap dan ditelan olehku. Walaupun 2 subjek semata, tapi Astaghfirullah berderet kerja yang diberi. Benarlah! Memanglah kena ada banyak assignment wahai diri supaya awak faham apa yang awak pelajari!

Kadang-kadang jadi buntu tak tahu mana nak mula macamana. Emm. Itulah pentingnya bila kita tak faham, kenalah cepat cepat tanya pensyarah atau kawan-kawan! Jangan rasa inferior sangat wahai diri! Awak dalam proses nak bina diri sendiri, jangan rasa malu berlebihan sampaikan diri awak langsung tak bergerak dari setapak kaki awak yang di belakang!

Seorang Profesor kami sering mengingatkan. Jangan pernah rasa menyesal nak marah tak tentu pasal awak buat master atau phd by research! Sebab awak sendiri yang pilih jalan ini. You should be more passionate in your study. Rasa cinta sangat-sangat untuk study hanya kerana Allah. Ikhlas your niyyat! Bukan semata mata nak kejar pangkat atau jawatan yang tinggi! Tapi belajarlah hanya kerana Allah dan letakkan keredhaan Allah itu sebagai matlamat utama kamu!

sheikh muszaphar's spirit


Philosophy means... Philas: Wisdom, Sophia: Love for. So, when you are studying right now, doing your research, the basic thing that you must have is the feeling of Love the Wisdom...Love the Knowledge. Not by hating it!

Kalau awak rasa benci dan rasa terpaksa nak buat research, then you'll get nothing my dear. You're just wasting your time struggling to complete your research that you do without LOVE.

So, dear myself, please ikhlas your niyyat and do your very best. Never give up! Jangan asyik nak beri alasan! Teruskan hidup awak! Berpautlah pada Dia. This is your time to do your best, okay.

May Allah bless and count every hardwork that you do! Amin.

Tengah nak boost diri sendiri supaya rajin belajar balikkkk. Fighting!

#reminderformyselftho

5 oktober 2016
7.50pagi
Cahaya pagi mula menyinar

Lelaki itu Macam Aku Kenal

Ghaddul bashar

Manusia selalu mudah lupa dengan dosa yang telah dia lakukan. Misalnya, tidak menundukkan pandangan. Sedangkan dia sendiri tahu bahawa melihat perkara yang tidak sepatutnya itu boleh menggelapkan hati.

Walaupun dia menjaga solatnya di awal waktu atau berjemaah, tilawah berbelas belas muka surat setiap hari, dan sewaktu dengannya, tapi bilamana dia tidak menundukkan pandangannya, misalannya melihat seorang lelaki asing yakni ajnabi, maka telah jatuhlah berderai segala amalannya.

Mungkin kelihatan syadid. Tapi, kenapa dengan amalan yang banyak itu tidak mampu mengguggurkan perasaan atau sikap untuk melihat lelaki ajnabi? Sedangkan kita sndiri tahu bahawa pandangan pertama itu peluang. Pandangan kali kedua dan ketiga itu adalah berdasarkan nafsu semata jika tidak ada sebab yang kukuh. 

Adakah dia jadi begitu, tidak ghaddul bashar kerana amalannya? Mungkin kerana salah amalannya, amalannya sudah bagus, cuma niat di hati pelaku amalan itu yang tidak benar dan jelas. Mungkin pelaku amalan itu mendirikan segala amal ibadah untuk menunjuk-nunjuk atau riyak di hadapan orang lain.

Sebenarnya perkara sekecil inilah yang seringkali membantutkan kehidupan seorang mukmin. Riyak yang merupakan syirik kecil itu mampu merosakkan sekeping hati yang suci sedikit demi sedikit tanpa manusia itu sedar, sehingga mampu menghitamkan seluruh hati pelakunya jika tidak dibersihkan selalu.

Sungguh benar hadis nabi s.a.w yang memberikan kefahaman kepada kita bahawa dalam hati manusia itu, ada seketul daging yakni hati. Kalau baiklah hatinya, maka baiklah dan berbahagialah seluruh anggota badannya.

Umpamanya, apabila hati kita awal-awal sudah buat silap dengan berniatkan tidak ikhlas kerana Allah dalam melakukan suatu amal ibadah atau pekerjaan, maka segenap anggota badan kita juga akan terkesan sama. Contoh kesannya, ya, tidak menundukkan pandangan dengan sebaiknya.

Mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa melihat lelaki ajnabi itu adalah perkara biasa, tidak salah pun. Sekadar main mata, tengok seorang lelaki dengan perasaan takjub, gembira berlebihan tanpa ada batasan itu biasalah kan. Tapi sebenarnya tidak, wahai. Sebenarnya perkara itulah yang menyebabkan hati dan iman kita jadi semakin kering segersang-gersangnya dan susah untuk kita buat amal ibadah yang lain. 

Maka, berhati-hatilah dengan segenap perkara yang kita lakukan.
Ingatlah, setiap kali sebelum kita mulakan sesuatu, tetapkanlah hati untuk buat apa-apa perkara hanya kerana Allah ta'ala. bukan kerana manusia. 

"Ya muqallibal quluub, tsabbit quluubana 'ala diinika wa 'ala to'atik."

Nota kaki: 
- lelaki ajnabi ialah lelaki asing, yang bukan suami atau bukan mahram kita. 


5 oktober 2016
Keseorangan
6.40 pagi

Sunday, October 2, 2016

punch card lambat

Liat atau susah bangun subuh?

Ada sesetengah orang senang sangat untuk dia bangun seawal pagi sebelum subuh untuk bersiap sedia menunaikan fardu subuh. Ada orang yang liat sangat untuk bangun dan menunaikan fardu itu sehingga keluarlah satu kata Subuh Gajah.

Setiap orang punyai cabaran tersendiri yang harus dia hadapi.

Untuk punyai hati yang kuat untuk bangun subuh, kita seharusnya punyai hati yang kuat bergantung kepada Allah. Jangan hanya bergantung pada alarm clock sahaja!

Hati yang bergantung dan dekat dengan Allah itu pula, maka tidak bolehlah kita mencampurkan dengan niat yang lain. Ah! Kadang kadang manusia ini bermacam ragamnya. 

Bilamana waktu bekerja atau hari dia bekerja, boleh pula dia bangun awal pagi hatta pukul 5 pagi pun kerana terpaksa menghadapi perjalanan ke tempat kerja yang jauh! Tapi, subhanallah, bila hari bercuti atau tidak bekerja, liat sungguh nak bangun subuh. Kerana apa? Kerana merasakan hari ini aku tidak perlu bekerja. Bangun lambat sudahlah. Bukannya perlu punch card awal pun. Bukannya perlu tunjuk muka depan bos hari ini pun! 

Astaghfirullah. Manusia.... Berubahlah...

Wahai diri, ingatlah, tujuan kita beribadah, tujuan kita bekerja, dan semua perkara yang kita lakukan, hanyalah kerana Allah. Janganlah kita berkejar kepada pandangan mata manusia sahaja! Sedangkan pandangan Allah kita ketepikan! Allahu!

Allah itu Maha Penyayang, sebab itu Allah masih beri kita hidup, bagi kita bangun bekerja lagi pada hari hari lain walaupun pada hari bercuti kita bangun lambat solat subuh gajah lintang pukang cari kain telekung ataupun kadang kadang kita biarkan je masa waktu pagi berlalu dengan tidur sampailah kita rasa SEGAR baru nak bangun mandi dan ganti solat subuh kita pagi tadi.

Wahai diri, sedarlah. Betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah yang Dia bagi. Malulah dengan Allah. Berkorbanlah rasa nak tidur itu sedikit untuk tunaikan kewajipan kepada Allah ta'ala. sujudlah kepada  Dia, tunjukkanlah rasa syukur kepada Dia. Ingatlah... Siapakah yang bagi kita kerja, peluang belajar, hidup bahagi melainkan Allah ta'ala? Maka, janganlah kedekut untuk bangun awal.. Kerana hidup di dunia ini hanya sekali. Janganlah kita persia-siakannya.

Dunia ini tak ubah seperti tempat bermain... Hanya fana'/ sementara. Sedarlah dari ilusi kita. Sedarlah wahai diri!

Peringatan untuk diri sendiri. 

Wallahu'alam.

2 Oktober 2016

Kain Batik

Kain Batik.

Siapa sangka dengan kain batik pun kita boleh ambil pengajaran buat diri kita?
Allah kurniakan aqal buat diri kita berfikir akan kejadiannya.

Kain batik yang coraknya menarik dan menyebabkan orang lain tertarik melihatnya.
Di sebalik setiap calitan dakwat pada kain tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri.
Apabila si tukang pewarna kain batik tersebut mencalit setiap corakan tersebut, dia sudah punya aturan, idea dan perangkaannya yang tersendiri untuk mencantikkan kain batik tersebut.
Andai dia tidak teliti, Ah! Sudah pasti lukisannya yang patutnya indah menjadi buruk tidak menarik. Maka si tukang pencalit kain batik itu harus punya satu minda yang kosong supaya dapat fokus pada setiap pencorakannya.

Yah! Begitu juga manusia di dalam kehidupannya.
Patutnya dia punya misi dan visi yang jelas untuk menentukan kehidupannya. Adakah dia mahu hidupnya penuh dengan pencorakan yang indah atau hasil corak yang buruk? Pasti setiap insan punyai fitrah untuk miliki kehidupan yang baik kan?
Maka seharusnya minda manusia punyai tahap pemfokusan yang baik. Yakni dalam setiap perkaranya yang dia lakukan, haruslah dia punyai niat ikhlas untuk beribadat kepada Penciptanya, Allah ta'ala. Bukannya saja saja dia mahu mencampak dakwat kehidupannya ke kancah kehidupan yang sia-sia! Pasti ia merugikan dirinya sendiri.

Maka, jadilah seperti tukang pencorak kain batik yang indah dan berharga mahal, supaya kehidupan kita juga menjadi indah dan redha di sisi Allah!


2 Oktober 2016
8pagi

Thursday, September 29, 2016

macamana nak jadi baik?

Assalamualaikum.

Sebenarnya bila kita nak buat suatu kebaikan, tak perlu pun nak bersusah payah keringat fikir nak buat macamana. Apa yang penting, kalau kita nampak peluang untuk buat benda baik (yang diredhai Allah), maka teruslah buat. Tak usah bertangguh. Sebab kalau biarkan perasaan atau niat nak buat baik tu lama-lama, ia akan menyebabkan kita rasa malas dan akhirnya langsung tak buat.

Untuk mulakan merubah diri ke arah yang lebih baik dalam erti kata membuat perkara yang baik, kita boleh mulakan dengan (cadangan sahaja huhu)

1. Intention/ niat yang baik. Iaitu untuk dapat redha Allah. Kena ikhlaskan hati, bukannya nak tunjuk pada orang lain, riyak namanya itu, na'udzubillah. Tambahan, riyak mampu membuatkan kita rasa hebat yang menyebabkan kita rasa kitalah yang paling terbaik, orang lain ltahap biasa saja. Serius, itu amat berbahaya buat hati kita yang sensitif. Kesan riyak akan dapat dilihat dalam kehidupan kita seperti rasa tak tenang 24 jam, rasa kosong, rasa macam tiada keberkatan dalam hidup. Kalau rasa macam itu, cepat-cepatlah istighfar, dan kalau ada masa (lebih baik lagi kalau kita luangkan masa sekejap) untuk solat taubat. Hati kita berbolak-balik, ditambah dengan hasutan syaiton, maka haruslah kita berwaspada dengan sentiasa membentengi diri melalui zikrullah dengan lisan dan juga hati, jauhkan dari perkara atau environment yang boleh membawa kita kepada perkara yang tidak elok. Berdoalah dengan doa:
"ya muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala diinik, ya muqallibal qulub, tsabbit quluubuna 'ala tho'atik"
Yang membawa erti:
"Wahai Tuhan yang Maha membolak balikkam hati, tetapkanlah hati kami ya Allah di dalam agama ini dan juga sentiasa berada dalam ketaatan kepada-Mu."

Berdoalah. Kerana sesungguhnya manusia ini sungguh makhluk yang amat lemah dan fragile. Dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Berkuasa. Letakkanlah pergantungan kepada-Nya.
Bak kata pepatah lebih kurang, kalau nak tengok seseorang itu kuat atau tidak, lihatlah kepada siapa dia bergantung.

2. Buat checklist mutabaah amal. Buat dalam bentuk jadual. Listkan amal fardi yang kita nak buat dan supaya dapat istiqamah. Lekatkan di dinding supaya senang nak tick apa amal yang kita dah buat, ataupun kalau malu sebab ada roomate ke, boleh la simpan dalam buku atau tempat yang selalu dan mudah kita capai. Kalau nak ajak roomate buat sama sama, itu lagi bagus! Dapat tumpang pahala juga. Kemudian, Kena selalu update mutabaah ini supaya dapat tengok progress diri sendiri di samping dapat naikkan momentum kita untuk buat yang lebih baik! Serius! Jangan bebankan diri sendiri bila buat mutabaah ni, letakkan KPI yang kita mampu. Jangan sebab nak buat baik sangat dan banyak banyak dalam satu masa, tapi akhirnya kecundang dan tidak istiqamah di tengah jalan. It's better to be consistent even in a small quantity but the most important thing is the quality. Contohnya: tilawah minimum 2 mukasurat sehari, solat sunat sekali sehari, solat fardu on time, solat dhuha. InshaAllah, bila kita sudah terbiasa buat, kita rasa macam nak tambah lagi dan lagi amal kita sebab kita dah rasa nikmatnya beribadah itu! Allah! Moga moga kita semua dapat rasa manisnya ibadah itu. Amin.

3. Saling ajak mengajak bersama sahabat atau keluarga untuk buat benda baik. Bila kita kenal rapat dengan seseorang, mudah bagi kita untuk minta dia selalu ingatkan kita untuk buat baik. Contoh mudah, sedekah di tabung mana-manapun, ataupun melalui online ke. Kejutkan bangun tahajud (thanks sahabat ;) solat berjemaah. Dan banyak lagi. Bila kita tahu sesuatu ilmu itu, maka cubalah amalkannya. Jangan biarkan ia berada di takuk lama. Sungguh merugikan. Nangis.

4. Banyakkan mengaji al-Qur'an. Bukan setakat mengaji, tapi tadabbur maknanya, hafal ayatnya, kaji tentangnya. Sudah banyak kajian mengatakan dengan membaca al-Qur'an mampu menambah baikkan sel sel otak kita, membuatkan kita lebih fokus. Apakah lagi alasan untuk kita tak nak baca alqur'an wahai diriku! Sibuk benarkah sehingga nak baca sehelai mukasurat pun tidak mampu? Sedangkan betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi.
Bila kita tilawah atau hafal alquran, bagiku ia mampu distract kan kepala otak kita daripada buat benda yang melaghakan. Contoh, bila kita fokus untuk hafal alquran, kita akan cuba untuk tak buat benda yang pelik bin ajaib (tak senonoh) sebab kita tahu kalau nak menghafal ni, memang kena jaga amal dan adabnya, barulah meresap dalam hati. Kita akan mula kurangkan dengar lagu lagu pelik atau tonton movie 24jam. Jadi, dari situ, sikit demi sikit, kita akan cuba tinggalkan amalan yang tidak senonoh dalam hidup kita sebelum ini, supaya dapat mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Lagi pula, fitrah manusia itu inginkan kebaikan.. Bila dah mula hafal sikit-sikit, kita akan mula rasa nak lagi nak lagi dan nak lagi hafal ayat baru. Marilah mencuba walaupun mungkin masa kita singkat sebab sibuk dengan kerja, study, tapi cubalah luangkan masa juga. Sehari satu ayat pun takpe. Jom kita sama-sama!


5. Banyakkan berdoa moga Allah kuatkan hati untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan perkara yang diredhaiNya. Siapalah kita melainkan hanya sekadar hamba-Nya. Maka, mohonlah padaNya, inshaAllah Dia akan menuntun jalan kita.

Perkongsian ini sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri juga, huhu.

Semoga Allah Redha dan menjadikanku redha dengan segenap ujian yang diberikanNya, amin.

29 September 2016
9.22pagi
Rumah sewa.

Ujian Allah

Setiap orang, Allah hantarkan ujian dan nikmat yang berbeza.
Tidak semuanya sama dan manis belaka sahaja.
Manusia, iaitu kita, seharusnya menerima dengan redha pada setiap susunan ujian yang Allah hadiahkan untuk kita.
Pada mulanya memang payah, tetapi kita, sebagai manusia, wajiblah menguatkan diri untuk kita menjadi hamba yang redha kepada Pencipta kita.
Apabila kita redha, sepantasnya Allah ta'ala menghadiahkan sesuatu yang amat menggembirakan hati kita tanpa disangka-sangka.
Wahai, dalam kehidupan ini, pastilah adanya waktu kita diuji,
Untuk melihat sejauh mana tahap keteguhan hati dan iman kita kepada Dia.
Bukan saja-saja Allah menghantarkan ujian demi ujian,
Tetapi untuk memberikan signal atau notifikasi kepada kita supaya sentiasalah kembali kepada Dia,
Rabbul idzzati.
Bila kita ditimpa musibah atau nikmat yang banyak juga dikira ujian,
Janganlah terus berduka.
Janganlah terus-terusan menangis sahaja tanpa bertindak apa-apa.
Sepatutnya kita,
Bangkit dari tempat kejatuhan kita!
Kembali bersujud kepada yang Maha Esa.
Sujud, muhasabah diri, mohonlah petunjuk daripada Ilahi.
Lakukanlah solat taubat nasuha supaya Allah bersihkan hati kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan kesilapan atau dosa yang kita lakukan sehingga menggelapkan sinar hati kita.
Maka bertaubatlah, beristighfarlah.
Taubat itu bukan bila kita sudah hampir menemui ajal baru tergesa-gesa mahu bertaubat,
Tetapi taubat itu haruslah tiap saat dan detik bila kita rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hati kita.
Rasa seperti ada "kemunafikan" dalam diri kita.
Maka bertaubatlah dengan segera.
Allah sentiasa menunggu kita.
Allah sentiasa menerima taubat hamba Dia yang ikhlas bertaubat.
Menjadi seorang hamba yang baik dan diredhai Allah sudah pasti menjadi matlamat hidup kita.
Maka, teruskanlah usaha kita itu.
Apabila tersungkur dari posisi asal, bangkitlah dengan segera.
Janganlah bertangguh-tangguh dalam bertaubat dan memperbaiki diri.
Kelak risau nanti jiwa dan ruh kita semakin tersasar jauh dan makin tawar hati untuk berada dalam jalan yang sebenar.
Moga Allah jaga hati hati kita semua,
Amin.

Selamat mengistiqomahkan diri.



Friday, September 23, 2016

Si

Si Kosong.
Si Termenung.
Si Pembuang Masa.
Si Sia-sia.
Si Pemalas.
Si Bertangguh.
Si Kedekut.
Si Banyak Tidur.

Nyahlah dikau dari diriku!

Wednesday, September 21, 2016

Panjang Pendek

Ada kawan pernah tegur.

"Awat blog awak macam dah tak selalu update?
Kalau update pun pendek pendek ja. Tak sedap nak baca."

Haha. Terima kasih awak atas teguran. Sejak belakangan ini, mood menulis di blog ini secara deskripsi sudah kurang melekat di hati. Sebab saya lebih suka untuk tulis menggunakan instrumen yang boleh saya pegang, iaitu pen dan buku. Saya suka bau buku, sebab tu saya tulis kat buku. Ahah.

In sha Allah, selepas ini saya akan baiki penulisan saya dan cuba untuk istiqamah dalam penulisan, in sha Allah.

Sebab menulis ini bukan saja saja, tapi untuk beri manfaat dan reminder buat diri sendiri dan orang lain juga.

Buat teman-teman yang mungkin masih membaca blog ini, terima kasih kerana sudi singgah ;)

Moga melalui penulisan yang ringkas atau panjang lebar selepas selepas ini atau sebelumnya, dapat menjadi salah satu wadah untuk saya berkongsi ilmu, in sha Allah.

Senyum.

Matahari terbit menyinarkan diri untuk memberi cahaya kepada makhluk di bumi. Moga moga kita juga dapat menjadi seperti matahari yang setiap hari memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada orang di sekeliling kita, in sha Allah.

Assalamualaikum.

Nilai, 21 september 2016


Friday, September 16, 2016

thinking

Thinking.
Berfikir.
Berfikir itu perlukan masa bersendirian.
Berfikir itu antara engkau dengan Tuhan.
Berfikir untuk refleksi diri.
Berfikir untuk menambah ilmu di dada.
Berfikir untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Thinking.
Berfikir jangan sampai stres.
Berfikirlah dengan tenang.
Berfikirlah dengan sewajarnya.

Apakah yang sedang aku fikirkan sekarang ini sebenarnya?

Semangat Di Mana?

Kamu!
Silakan teruskan bersemangat!
Teruskan nyalakan semangatmu!
Dalam menuntut ilmu!
Jangan pernah menyerah kalah!
Mohonlah kekuatan pada Allah ta'ala!

Monday, July 25, 2016

"Bukan untuk makan saja kita hidup."



Wednesday, May 11, 2016

kadang kadang

kadang kadang kita berada dalam zon selesa, sampaikan kita terlupa nak tengok orang yang susah dan gelisah di sekeliling kita.
kadang kadang kita rasa dah cukup bahagia sebab kita punya segala, tapi kita lupa orang di sekeliling kita tak cukup bahagia dan sempurna seperti kita.
hidup ni untuk memberi. bukan untuk ambil sahaja.
hidup ni untuk berkongsi. bukan untuk nafsi-nafsi sahaja

Thursday, March 17, 2016

Jika Hati oleh Salim A. Fillah

Jika hati senantiasa berniat baik
Allah kan pertemukan ia dengan hal-hal baik
Tempat-tempat baik, orang-orang baik
Atau kesempatan berbuat baik


Jika hati dilatih agar bahagianya bersebab taat
Kegembiraannya terhadap karunia kan berlipat
Rasa syukurnya atas segala kan menguat


Tapi jika hati hanya terbiasa bahagia bersebab karunia
Kepekaannya terhadap nikmat kan berkurang
Kekuatannya untuk bersyukur kian hilang


Jika hati dilatih agar sedihnya bersebab maksiat
Daya perbaikan dirinya kan berkembang
Kekuatan sabarnya menghadapi musibah kan menjulang


Tapi jika hati hanya terbiasa bersedih
Bersebab sempit, kurang, dan kehilangan
Amal durhaka akan menjadi ringan
Dosa-dosa pun terasa sebagai kenikmatan


#bukulapislapiskeberkahan

Saturday, February 27, 2016

Saya Jual Buku ;)

Assalamualaikum :)

Kalau ada sesiapa yang nak beli buku kat bawah ni, boleh whatsapp saya terus di 013-2564058 :) nak tanya/survey dulu pun takpe :)

1. Lapis-lapis keberkahan (Salim A. Fillah)
2. Dalam dekapan ukhuwah (Salim A. Fillah)
3. Esc (Budak Tomato)
4. Muharikah The Comics (Muharikah)
5. Lagenda Budak Usrah (Muharikah)
6. Momento (Tarbiah sentap)
7. Mencari Hud-hud yang Kini (Afiq Sazlan)
8. Hilang & Jumpa (Umi Kalthum Ngah)
9. Borak-borak berisi (Dr. kamaru Salam Yusof)
10. Jom Tanya Murobbi Osem! (Deenprints)
11. Delapan Mata Air Kecemerlangan (Anis Matta)
12. Muntalaq (Edisi Arab Melayu)
13. Majalah JOM! (Backdated issues)
14. Momen-2 MatLuthfi

May Allah Bless :)

Saturday, February 6, 2016

Salasilah keluarga

Bila tahu dan kenal salasilah keluarga, rasa best pula. Mula mula ambil tak kisah je. Tapi sebenarnya benda ni agak penting jugalah.
cuma nak cakap, faedah tahu salasilah sampai zaman orang dulu dulu, masih tak terungkai lagi. ku Tahu faedahnya secara umum, tapi aku tak dapat rasa lagi secara jelas dan nyata. Mungkin suatu hari nanti, in sha Allah :)

Thursday, January 28, 2016

Sebelum terlena

Kita patut ambil contoh kisah para alim ulama dalam kesungguhan mereka menuntut ilmu.

Malu sungguh rasanya.

Kita lebih suka bermain main dengan gosip, berita sensasi, cerita orang itu ini lebih daripada mencari dan menuntut ilmu ukhrawi sebagai bekalan di alam sana nanti.

Sudah cukupkah amalan kita sehingga boleh senang lenang berkata kata tentang keburukan orang lain?

Lapangkan dada. Kuatkan hati. Yuk ubah diri.

Bersangka baiklah selalu. Doalah yang baik baik untuk orang kita kenali, jumpa di tengah jalan, dan sesiapapun sahaja!

Kerna Hidayah itu milik Allah. Bukan kita!

Istighfar.

Muhasabah diri.

#BukuTokohIslam
#DrWahbahZuhaili
#DrZulkifliBakri

Friday, January 15, 2016

Pelangi selepas hujan

Semua orang gembira.
dan juga semua orang sedih.

Kehidupan diibarat roda.
Yang berputar putar mencari destinasi.

Buat teman-teman.
Selamat meneruskan perjuanganmu walau dimana kau berada.

Moga redha Allah yang kita cari.
Bakal kita kecapi in sha Allah.

Tak jumpa di alam ini.
Moga jumpa di alam sana.
Yang lebih kekal abadi.



Salam perjuangan,
UK, Tqc 4, SPM, FPQS, 2016.

Monday, January 11, 2016

Study

Study. Menuntut ilmu. Learning.

Kalau study, ikhlaskan niat hati.

Jangan study sebab nak score exam semata - mata.

Tajdid niat balik.

Kalau stres, ambil wudhu', then baca alQuran dan sekali maknanya.

Jangan setakat masa nak study baru nak ngaji.

Tapi ngajilah tiap tiap hari.

Moga moga fatrah imtihan ini buatkan kita melangkah ke arah yang lebih baik. Lebih dekat kepada Pencipta kita. Bukan semata - mata dekat buku buku kita.

Setiap kesusahan pasti ada kesenangannya.

Yakin dengan Dia.

Lepas dah habis jawab exam, jangan tarik muka pula sedih sedih tak dapat jawab exam ke apa.

Tapi senyumlah dan berdoalah moga Allah beri natijah yang terbaik buat kita dan kawan - kawan.

Bertawakkallah pada Rabbul 'Alamin, Tuhan sekalian Alam.

Maka pasti hatimu akan tenang.

Senyum dan teruskan berjalan dalam redha - Nya.

Wednesday, January 6, 2016

Adab dan Akhlaq dalam Menggunakan Internet

1. Tak menyusahkan orang lain
2. Toleransi
3. Hormat perbualan orang lain
4. Hormat hak milik orang lain
5. Pastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya
6. Jangan mengintip, menyebarkan aib orang dan ghibah
7. Ikut hukum syariat dalam percakapan, perbuatan
8. Tak buang masa, harta dan tinggalkan hak hak yang wajib

Check diri balik. Dah buatkah semuanya?