Thursday, September 29, 2016

Ujian Allah

Setiap orang, Allah hantarkan ujian dan nikmat yang berbeza.
Tidak semuanya sama dan manis belaka sahaja.
Manusia, iaitu kita, seharusnya menerima dengan redha pada setiap susunan ujian yang Allah hadiahkan untuk kita.
Pada mulanya memang payah, tetapi kita, sebagai manusia, wajiblah menguatkan diri untuk kita menjadi hamba yang redha kepada Pencipta kita.
Apabila kita redha, sepantasnya Allah ta'ala menghadiahkan sesuatu yang amat menggembirakan hati kita tanpa disangka-sangka.
Wahai, dalam kehidupan ini, pastilah adanya waktu kita diuji,
Untuk melihat sejauh mana tahap keteguhan hati dan iman kita kepada Dia.
Bukan saja-saja Allah menghantarkan ujian demi ujian,
Tetapi untuk memberikan signal atau notifikasi kepada kita supaya sentiasalah kembali kepada Dia,
Rabbul idzzati.
Bila kita ditimpa musibah atau nikmat yang banyak juga dikira ujian,
Janganlah terus berduka.
Janganlah terus-terusan menangis sahaja tanpa bertindak apa-apa.
Sepatutnya kita,
Bangkit dari tempat kejatuhan kita!
Kembali bersujud kepada yang Maha Esa.
Sujud, muhasabah diri, mohonlah petunjuk daripada Ilahi.
Lakukanlah solat taubat nasuha supaya Allah bersihkan hati kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan kesilapan atau dosa yang kita lakukan sehingga menggelapkan sinar hati kita.
Maka bertaubatlah, beristighfarlah.
Taubat itu bukan bila kita sudah hampir menemui ajal baru tergesa-gesa mahu bertaubat,
Tetapi taubat itu haruslah tiap saat dan detik bila kita rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hati kita.
Rasa seperti ada "kemunafikan" dalam diri kita.
Maka bertaubatlah dengan segera.
Allah sentiasa menunggu kita.
Allah sentiasa menerima taubat hamba Dia yang ikhlas bertaubat.
Menjadi seorang hamba yang baik dan diredhai Allah sudah pasti menjadi matlamat hidup kita.
Maka, teruskanlah usaha kita itu.
Apabila tersungkur dari posisi asal, bangkitlah dengan segera.
Janganlah bertangguh-tangguh dalam bertaubat dan memperbaiki diri.
Kelak risau nanti jiwa dan ruh kita semakin tersasar jauh dan makin tawar hati untuk berada dalam jalan yang sebenar.
Moga Allah jaga hati hati kita semua,
Amin.

Selamat mengistiqomahkan diri.



No comments: