Wednesday, December 24, 2014

Ibnu Annadeem

Siapakah Ibnu Annadeem?

Nama sebenarnya Muhammad bin Ishaq bin Ya'akub An-Nadeem Al-Baghdadi (Al-Warraq) dan gelarannya Abu Al-Farj.

Lahir dan meninggal dunia di Baghdad. Baghdad kat Iraq. Meninggal pada tahun 438 H. Sekarang 1436 H.

Beliau hafaz al-Quran secara sempurna ketika berumur 10 tahun! MashaAllah.

Ayahnya seorang Al-Warraq, maksudnya orang yang copy/ salin kitab kitab dulu. Dan memang selalu bersama dengan ulama' dan orang bijak pandai (inteligensia)

Ibnu Annadeem punyai maktabah (library) yang amat besar!

Antara buku famous Ibnu Annadeem ini adalah kitab fihris. (Kitab Index). Yang mana beliau kategorikan buku-buku tu kepada 10 major kategori. Antaranya, kategori nahu(grammar) dan bahasa Arab, Syair Arab, Falsafah Yunani dan Islam, Hadis Nabawi dan Muhaddith, dan Ilmu Sains.

Kalau nak tahu, beliau buat index tu berdasarkan buku-buku yang beliau dah baca. MashaAllah Tabarakallah!

Bayangkanlah macamana ilmuwan Islam yg terdahulu, betapa banyaknyaaaa ilmu yang mereka belajar dan praktiskan. Bukan sekadar agama sahaja, tapi belajar sekali dengan falsafah, sains, muzik. Nak katanya, ilmuwan zaman dulu belajar semua perkara! Mata blink blink.

Selain daripada Ibnu Annadeem, boleh juga cari tentang Al-Kindi (The First Muslim Philosopher), Al-Jahiz (buku beliau ada yang cerita pasal jenaka), Imam Bukhari.

Menarik sangat.

*Bibliografi dan Pengajian Islam, USIM, Nilai :)
Belajar dari Dr Saif Ad-Dawla, Barakallahu fiik.

P/s: Jom "hirup" semangat ilmuwan Islam terdahulu dalam menuntut ilmu! ;)

No comments: