Friday, October 28, 2011

It's Friday.

Pada pagi Jumaat yang sejuk-sejuk sedap untuk tidur, di meja makan, sambil mengunyah kuih gelang yang dibeli oleh emak di kedai tadi, dia mendengar kisah tentang hari Jumaat dari emaknya. Kenapa hari Jumaat? Sebab hari ni hari Jumaat, hehe :)


Emak pun memulakan.


Jom baca satu hadis ni, diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia berkata,
"Rasulullah SAW ditanya tentang hari Jumaat. Maka beliau menjawab, " Hari Jumaat adalah hari silaturahim dan pernikahan." Para penanya itu menanyakan kembali, "Apa sebab demikian ya Rasolullah?", jawabnya, "Kerana para anbiya' alaihissalalamusholaatu wassalam dahulu melakukan pernikahan pada hari itu."



Menarik. Lintas perkataan itu di benak dia.



Berkata sebahagian ulama, antara pernikahan yang terjadi adalah PERNIKAHAN ANTARA :

Nabi Adam dan Hawa.
Nabi Muhammad SAW dan Khadijah.
Nabi Muhammad SAW dan Aishah.
Ali dan Fatimah.
Nabi Sulaiman dan Balqis.
Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Nabi Musa dan Shafwaro.


Kalau nak tahu kisah dia, boleh lah carigali di buku atau google. Hehe.


Ha. Dan ada seorang ukhti berkongsi di FaceBook satu benda yang menarik. Nak tahu? Ni ha.



Abu Sa'id Al Khudri(RA) reported that the Messenger of Allah peace be upon him said , “Whoever reads Surat al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.” (al- Bayhaqi, 3/249)



Selamat beramal !
Semoga Allah rahmati kita sentiasa.


terlekat di dinding bilik puncak alam :D

2 comments:

hana uwais said...

cuipdaaa daaaa...nice wall support

UK said...

cuipdaaa daaaa tu apa hana uwais? hihihi.
:D