Sunday, October 4, 2015

Bilamana engkau berduka

Sabar duhai hati
Setiap jalan yang kau lalui
sudah pasti ada mehnahnya yang tersendiri
kuatkanlah hatimu
Berpautlah pada Allah ta'ala
jangan cepat berputus asa
Jangan pula tergesa-gesa
Tapi bersederhanalah dalam gerak langkahmu
Kalau penat, berehatlah sebentar
kemudian sambunglah perjalananmu itu
kerana dunia ini tempat bersinggahnya kita
Buat sementara
sebelum tiba di destinasi abadi kita


senyum manis.
working on my thesis. May Allah ease our path. Aamiin.

Kalau kau tahu apa tujuan sebenar dan kenapa kau belajar bekerja berbisnes ber dan ber ber lagi.. pasti kau akan berasa bahagia tika melakukannya. Kalau kau tak faham, pasti kau akan berasa susahnya nak settle kan semua perkara.

Maka, letaklah keredhaan Allah yang kita cari dalam berbuat semua perkara yang kita kehendaki. Kerana apakah tujuan hidup kita di dunia ini, selain daripada menjadi hamba kepada Nya?

Teruskan berjalan dan perbaikilah dirimu. Moga kita ketemu di dunia yang abadi di sana nanti sambil menikmati keindahannya sorga Allah yang telah acapkali Dia janjikan! ALLAHUMMA AAMIIN.

Nilai, 4Oktober2015, 2139.

No comments: