Wednesday, April 8, 2015

first meeting with the new ones :)

Bsimillah.
Tonight Alhamdulillah had a great chat with the new ones ;)
Tadabbur surah al-'ankabut ayat 1-13 jadi permulaan chatting :D
ada 4 perkara yang akan berlaku pada orang orang yang beriman :

1. Mukmin akan diuji oleh Allah.
Surely mukmin itu akan diuji. Umpama kisah Bilal, Sumayyah dan ramai lagi sahabat yang diuji. Dia uji sebab Dia sayang kita, Dia inginkan supaya kita lebih dekat kepada-Nya.

2. Mukmin itu mesti berjihad dan berkorban untuk Islam.
Bukan sekadar berjihad di medan peperangan. Tapi mungkin dalam study, buisness, dan banyaak lagi aspek yang boleh kita lihat. Sebenarnya kita yang perlukan Allah, dan Allah tak perlukan kita pun. So, selalulah berdoa kepada-Nya supaya beroleh rahmat Allah ta'ala.

3. Mukmin itu mesti mengerjakan kebajikan.
Percayalah bahawa Allah akan balas ganjaran yang lebih baik kepada kita walau dengan sedikitnya pengorbanan kita untuk Islam. Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu, aamiin.

4. Allah masukkan mukmin itu ke dalam golongan yang soleh. Dan Mukmin itu memang tidak bisa dipisah dengan amalan soleh! maka menjadilah kita mukmin yang beramal soleh ya! in sha Allah.


Selamat beramal soleh wahai mukminin sekalian, in sha ALLAH :)

No comments: