Wednesday, April 8, 2015

Alkisah Ulser Mulut

Bismillah.

Seminggu yang lepas Allah timpakan ujian dengan ulser dalam mulut, Alhamdulillah. Hoho.

Seorang sahabat baik pesan kat diri, supaya selalu gosok gigi tu supaya terhapus bakteria dalam mulut tu di samping gigi menjadi putih shining macam lantai yang dicuci berjuta kali. Eh.

Bila berus gigi dah terkena tang ulser tu, memang ter ouch ouch ouch lah kan, tapi takpe in sha Allah lepas tu akan rasa lega sedikit. Sikit-sikit lama jadi bukit, kan? Hoho.

Begitulah resam kehidupan yang aku kau hadapi. Kekadang kita kena basuh diri kita oleh kawan-kawan yang baik di sekeliling kita. Kekadang kita kena basuh jiwa kita dengan sentapan dan basuhan rohani yang power. Kekadang kita kena muhasabah diri supaya kita tak terlampau terlajak bergelumang dalam keseronokan duniawi yang sementara ini, Astaghfirullah.

Kekadang bila dalam kerja dakwah, kita rasa kitalah yang paling laju melaju terkehadapan membuat itu ini, tapi adakah hati kita rasa tenang? Adakah hati kita ikhlas dalam membuat kerja-kerja dakwi? Atau kita sekadar hendak meraih pujian pujaan kata-kata manis dari manusia sekeliling? Astaghfirullah. Knock knock. Ketuk diri, tanya iman.

Duhai, ruginya jika semua benda yang kita lakukan tidak berlandaskan niat untuk mendapat keredhaan Allah ta'ala. Na'udzubillahi min dzalik. Kalau sekadar semata-mata membuat sesuatu perkara kerna mahu mendapat senyuman dari sang murobbi, sudahlah. hentikanlah. Kerana kau takkan dapat apa-apa kecuali satu sahaja. Senyuman dia. Tapi yang lain gimana? Keredhaan Allah hilang ke mana?

Selalu-selalulah merenungi diri, minta sahabat menegur diri tika berbuat kesalahan, kerana fitrahnya manusia itu pelupa. Mohonlah pada Allah supaya Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang sentiasa diredhai-Nya, kerana hanya Allah yang memegang hati-hati kita semua.

Wallahu'alam.

No comments: