Tuesday, April 8, 2014

pemurahkah atau bakhilkah kita?

Malam ini rasa diketuk betul oleh Allah Ta'ala.
Berapa kali dah masa baca terjemahan al-Quran,
ketemu dengan suruhan dan galakan untuk menginfakkan harta
di jalan yang benar.

Kekadang rasa susah sangat nak sedekah, kan?
Kekadang rasa susah sangat nak belanja kawan, kan?
Kekadang rasa susah sangat nak tolong orang, kan?

Sedangkan berkali-kali Allah dah sebut dalam al-Quran
Bahawa betapa besarnya ganjaran bagi orang yang bersedekah
Samada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyian
Seronok rasa
Semangat rasa
Untuk bersedekah
Dan menginfakkan harta dan jiwa
Selepas baca ayat cinta Allah itu

Moga Allah kurniakan kekuatan untuk menjadi pemurah
Dan moga Allah jauhi sifat bakhil dari diri ini
Kerna sifat bakhil itu dibenci Allah

Imam Ghazali pesan
Kalau nak hilangkan sifat mazmuah dalam diri kita
Biasakan dan selalukan buat benda yang baik
Supaya terkikisnya sifat buruk tadi
Kalau kita ini bakhil kedekut
Maka rajin-rajinkanlah, paksa-paksakanlah untuk bersedekah
Mula-mula memang rasa terpaksa
Lama-lama in sha Allah ikhlas dan seronok jadinya

Jom usaha!
Moga Allah redha.

P/s: Menerawang fikiran mengingatkan saudara muslim kita di Syria. Teringat sungguh kelihatan adik-adik yang hanya makan habuk roti di jalan. T_T
Allah Allah. Moga mereka tabah. Ya ALlah, kami bersyukur atas nikmatmu ya Allah. T_T

Nilai, 2.44am, 8April2014

No comments: