Tuesday, July 31, 2012

Khabbab bin Arat

Khabbab bin Arat adalah salah seorang yang teruk diazab oleh Quraisy. Pernah suatu masa pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab, dalam sebuah majlis, Umar bersama sahabat-sahabatnya bertanya kepada Khabbab. "Apakah azab yang paling teruk kamu lalui?"

Khabbab berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tidak pernah aku alami azab yang seteruk ini." Dia membuka belakangnya.

Di belakang Khabbab, dari atas sampai ke bawah, ada lubang-lubang hitam kesan terbakar, Khalifah Umar terkejut melihatnya.

Khabbab berkata, "Wahai Amirul Mukminin, ketika itu Quraisy mengambil batu-batu dan membakarnya hingga merah menyala. Mereka membuka pakaianku dan menyeretku di atas batu-batu yang menyala ini."

Selepas diseksa begitu, Khabbab datang berjumpa dengan Muhammad sambil menangis menahan azab. Dia diseret dari kaki tanpa baju di atas batu-batu yang menyala. Khabbab datang berjumpa Muhammad yang sedang duduk di Kaabah.

Khabbab berkata, "Wahai pesuruh ALlah, Quraisy mengazab kami." Lalu ditunjukkan kepada Muhammad apa yang dibuat oleh orang kafir kepadanya. " Wahai pesuruh ALlah, berdoalah untuk kami, mohonlah bantuan dan kemenangan untuk kita." Khabbab meminta Muhammad berdoa supaya Allah segera menangkan Islam.

Muhammad berkata, "Wahai Khabbab, pejuang sebelum kita iaitu para nabi, ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya. Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi. Namun semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikit pun dari agamanya dan daripada keyakinannya. Wahai Khabbab, demi Allah, Allah akan memenangkan agama ini. Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sana' sampai Hadramaut. Tidak ada yang dia takut melainkan Allah, aman perjalanannya, tetapi kamu semua mahukan kemenangan yang segera.

Petikan dari bahagian : Quraisy Menyeksa Orang Islam dalam buku Biografi Muhammad bin Abdullah keluaran PTS.

Teringat saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya. Mereka diseksa seteruk Khabbab bin Arat atau mungkin lebih teruk seksaannya. Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada mereka. Janji Allah itu benar, suatu hari nanti insyaAllah Islam pasti menang.

Mungkin kita tidak diuji seperti saudara kita di sana, tapi pasti Allah uji kita dengan benda yang setimpal dengan kita. Ujian kekayaan? Ujian kebahagiaan? Kemewahan? Banyak ujiannya.

Jangan pernah leka dengan kesenangan yang ada. Moga kita terus tsabat dan istiqamah dalam berpegang kepada Allah, insyaAllah.

Kalau aku jatuh, tolong, hulurkan tanganmu untuk bantu sahabatmu ini.

:)

2 comments:

Amna alias said...

Kalau aku jatuh,tlg hulur utk kawanmu ini juga..
Ummi,ksngn tlh menjeratku..
Kemewahan tlh dibahuku
doakan kemenanganku
Hmm..ujian ksngn,kmewahan lg susah dr susah

UK said...

@Hana Shalabi : Moga kita sama2 terus istiqamah&tsabat dalam jalan kebenaran ini, insyaAllah. Allah sentiasa bersama kita.
Betul.. ujian kesenangan lebih sukar daripada ujian kesusahan..tapi Ukhti sayang, iA Allah tahu takat kemampuan hamba-Nya, jadi kita kena struggle sama2 utk hadapi ujian & cabaran yg Allah hadiahkan untuk kita, ok :) insyaAllah..:')