Wednesday, July 25, 2012

Cinta?

Bismillah.

Tiba-tiba, teringat balik masa join program Kembara Dakwah kat Sabah tahun 2011 lepas. Ada seorang pakcik ni yang aku kagumi dan hormati sebab pengorbanan dan pengalaman beliau yang amat mahal. Pakcik ini sanggup berulang-alik dari rumahnya ke sebuah kampung yang penduduknya rata-rata bukan Muslim, melalui jalan yang berbukit-bukau (yang pernah kami lalui dan mungkin keadaan jalan dulu-dulu jauh berbeza; jalan tak bertar, dan perjalanannya adalah lebih jauh daripada apa yang kami lalui. Dahlah curam!), semata-mata untuk sampaikan dan kongsikan tentang kecantikan dan keindahan Islam kepada penduduk-penduduk kampung tu. Hebatnya pakcik tu. MasyaAllah. Alhamdulillah, sekarang ni, penduduk kampung tu majoriti adalah Muslim, cuma pengamalannya/praktisnya Islam itu kurang sedikit kerana tenaga murabbi yang kurang. Maka, ayuh sama-sama persiapkan diri dengan mantap untuk membantu dan menyebarkan Islam di sana! Dan juga di mana sahaja. ;) InshaAllah.

*Itulah, bila kita ada rasa cinta itu, kita akan sanggup berkorban apa-apa pun. Sebab, cinta itu kan perlukan pengorbanan! Tapi pastikan cinta itu ke arah yang benar ya!*

"Da'ie adalah individu yang penuh pengorbanan, kesabaran dan sentiasa bergerak menggenggam al-Haq."

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (at-Taubah:111)


*emm, kalau kita cinta diri kita dan cinta pada Allah, kita kenalah kuat untuk berkorban; lawan jahiliyah dalam diri kita, supaya kita jadi muslim yang lebih baik, inshaAllah :) *








2 comments:

eR said...

masha Allah.... tersenyum membaca ini.
terima kasih atas setiap baris kata-kata yang dititipkan ini.
insha Allah.. akan terus fight...
=)
uhibbukifillah..

UK said...

zie :)
alhamdulillah alhamdulillah.
fighting zie!!
uhibbukifillah kaman ;)