Tuesday, November 29, 2011

Kental

Ya Allah, balik kelas tadi, rasa penat sangat. Rasa nak tidur sahaja.
Tapi, selepas membaca ayat Allah ini :

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.  (Surah Al-Hajj ayat 7).


MasyaAllah, terus tersentap dan tersedar. Rasa penat itu tiba-tiba hilang sekelip mata. Sebab kita tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sementara, hanya ujian buat kita, maka kita harus terus terus dan terus berlari sekencang-kencangnya untuk hadapi mehnah di dunia ini dengan tabah. Hanya dengan kekuatan dan kasih sayang yang Allah berikan kepada hamba-Nya, kita masih berada di sini, masih lagi mampu menapak kukuh di landasan ini. Alhamdulillah.


Allahu rabbi.
Allah, Cinta Teragungku.

No comments: