Saturday, January 8, 2011

rumahku syurgaku


Alhamdulillah, semalam dapat juga keluar dari rumah setelah hampir seminggu terperap ja dalam rumah. Ayah kesian kot tengok anaknya dok terperap ja dalam bilik, hehe. haa, na keluar umah tu, rasa excited sangat macam kartun kat bawah ni, haha.



Uish, bila pi keluar nih, rasa macam jakun pula, haha. Macam ta nak terlepas pandang segala benda yang ada kat luar dari dalam kereta, hehe. Yela, nanti dok umah bukannya dapat tengok tempat2 yang len macam kat luar sana tu.

Hmm, sekian lama tak tengok orang rushing balik rumah, bekerja, bawa keta, BALIK SEKOLAH!! rindunya. Bila keluar dari umah ni, barulah mindaku terbuka sikit. Barula nampak, rupa-rupanya manusia sekarang tengah sibuk cari rezeki dan buat benda yang berfaedah, padahal cik ni terperap ja kat umah, kata takda benda yang na dibuat, boringla, itula inila. banyak beno complainnya. rupa2nya cik ni lebih bertuah, ta perlu na cari keje ke ape lagi. :D so, bersyukurlah sentiasa!

Hmm, lepas dah pi kedai komputer yang terdampar dekat dengan jj, kitaorang pun pi la cuci keta kat tempat cuci keta la. kalau na cuci automatik uh, rm3 ja. hhmm, tengok2 ayah suruh orang tu vakum sekali. adehh, ingatkan sekejap je laa. rupa2nya na dekat 1 jam. dahla belum solat asar lagi. sabarr jela. dok sambil tunggu2 tu, mata cik pun melilau dan memerhati la pekerja2 tu buat keja. hmm, best juga cuci keta. haha. ada sorang laki tu, sanggup dia tunggu untuk cuci keta dia, kelisa na dekat berapa lama tatau la. tapi yang pasti dia sampai dulu, tapi kami yang balik dulu. bila kitaorang na balik, dia baru habih bawa keta dia cuci untuk second round. manusia.. manusia.. banyak benar karenahnya. kalau cik, tak sanggup cik na tunggu lama2 semata-mata na cuci keta smpi berjam-jam!
siap sampai cuci tempat enjin gitu! laki tu ada kesabaran yang tinggi kut, sebab tu dia boleh tunggu punye lama. hehe

tengah dok perati tu, tiba2 ayah kata, haa na keje kat sini ke? ayah bawa sini, sebab na soh la tengok macam mana diaorang buat keja la. hua3. boleh jugak ayah. tapi penat jelaa nanti XD
siap cadangkan lagi soh keja kat jj atau tesco. ish, taknakla. jauhh sangat. haha. 

jadi, sekarang ni, cik nak habiskan masa cuti cik ni kat umah dengan sebaik-baiknya. cik ta mo dah ngadap laptop ja. rasa menyampah pun ada dah bila tiap2 hari pasang laptop ni, haha. i need some space..
tak nak terbelenggu ja dengan internet. mahu hidup dalam realiti, bukan maya. hehe.
bila ta buka internet, rasa macam... huaa, bestnya!! best gila! rasa tenang dan bebas semacam je, hehhe.

boleh kemas umah, baca novel, hafaz balik surah2 yang da lupa, banyak lagi lah. tengok televisyen tak termasuk ye! hehe. oh ye, sekarang cik dalam proses na mengkhatamkan novel house rules. novel tu berkisar psal asperger. inshaAllah , bila dah habis baca nanti, cik share kat sini, ngee.

ok la, cik stop sampai sini ye. (panjang gila cik tulis hari ni) salam.

konklusi: gunakanlah masa lapang anda dengan sebaiknya. ingat, masa lapang sebelum sempit!
jangan na ikut kepala kita ja dalam semua benda. ikutla kata2 ibu bapa, because they know the best for u!
jaga solat sebab solatlah yang akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar.

sekian, terima kasih :)



2 comments:

hana uwais said...

times always wishing us goodbyes..
hope we are able to keep on saying hello to it..
other words..make full use of our time and have a great race with it...hehehe..

UK said...

inshaAllah, :)