Friday, January 30, 2015

Kebergantungan kepada Dia

Bismillah.


Setiap apa yang kita inginkan, tak kira perkara kecil mahupun besar, mohonlah pada Allah 'Azza Wa Jalla.


Kerana mengharap pada-Nya, takkan pernah menimbulkan kekecewaan kepada kita.


Sungguh, Allah lagi cinta kepada hamba Dia yang sering meminta-minta, kerana takut takut nanti jika kita tidak meminta doa kepada-Nya, akan jatuhlah kita ke lembah kesombongan dan kenistaan. Na'udzubillahi min dzalik.


Kisah Musa dan Maryam banyak mengajar kita supaya bergantung kepada-Nya.


Kekadang aku terfikir, mungkin Allah hadirkan di sisiku orang-orang yang punya tawakkal 'ala Allah yang amat tinggi! Masha Allah Tabarakallah. Kerana mungkin Allah mahu aku lebih bergantung pada-Nya, percaya pada-Nya dengan amat mendalam melebihi segala-galaNya. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.


Salam jumu'ah. Selamat mencari makna keberkatan dalam kehidupan!

posted from Bloggeroid

No comments: