Friday, July 1, 2011

Assalamualaikum.

MasyaALLAH, minggu ni memang busy sangat2. Kerja untuk hujung minggu dah tersedia bertimbun. Assignment online semuanya sedang menunggu untuk disiapkan. Lab report berderet. Tutorial yang diberikan usah ditanya, semuanya ada, dari chemistry, physics, mathematics.

Kadang-kadang menangis sendiri. Banyak sungguh tanggungjawab yang kena selesaikan. Mohon pada Allah untuk beri kekuatan pada diri yang kerdil dan lemah ini. Dalam masa setahun kena selesaikan semua ini. SETAHUN. Ditambah dengan usrah dan beberapa program ko-kurikulum etc. Compact sungguh. Bagai tin sardin yang disumbat-sumbat isinya. Tapi, tak mengapa, biarlah sibuk di dunia, nanti di akhirat bolehlah berehat dengan tenang untuk selama-lamanya, insyaAllah. Ah, dunia ini hanya sementara. Bagai sehari dua sahaja dibandingkan dengan hari-hari di akhirat.

Pesan seorang ustazah, andai kita rasa diri kita tak cukup masa, luangkanlah masa kita dengan Allah, insyaAllah Allah akan melapangkan masa kita. Allah kata (dalam hadith Qudsi), kalau kita berjalan kepada Allah, Allah akan berlari pada kita. MasyaAllah , ayat ini memang menyentuh hati. Betapa Rahman dan Rahim-nya Allah :')

InsyaALLAH, sampai sini sahaja coretan untuk minggu ini. Wallahu'alam.

No comments: