Monday, June 27, 2011

Kekuatan itu datangnya daripada Allah Ta'ala

Assalamualaikum.
Alhamdulillah jumaat lepas dapat juga balik IPOH :)) Sukaaaa sangaat. Sebab masa tulah saya gain balik semangat dan kekuatan :) Emak, terima kasih kerana setia mendengar dan melayan karenah la yang ntah pape ni :) Semoga Allah membalas jasa Emak dengan sebaik-baik ganjaran, AMIN. buat ayah, terima kasih juga la ucapkan :') Banyak sungguh jasa kalian berdua sampai tak mampu ku tuliskan di sini.
Kepada Emak, insyaAllah I'll keep my promise, untuk belajar elok-elok, tak kira cabaran apa pun. La akan ingat pesanan Emak sebelum-sebelum ni.  Jangan tangguh-tangguh untuk buat kerja. Study dan buat benda lain biar berfokus. Dan nasihat Emak yang paling melekat dan menjentik hati la ialah belajarlah untuk sentiasa bersyukur. Ingatlah, mungkin orang lain tidak ada apa yang kita ada. Mungkin orang lain tak diberi kefahaman tentang sesuatu ilmu tu macam apa yang kita faham. Bersyukurlah.. bersyukurlah.. :') Ya, baru saya sedar, kebelakangan ini, selalu sungguh saya tak bersyukur dengan apa yang saya miliki. Astaghfirrullahal'azhim.
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Terima kasih ya Allah.
Emak pesan lagi, setiap apa yang Allah letakkan sesuatu cabaran pada kita, Dia sentiasa meletakkan cabaran tu mengikut kemampuan kita. Ah, terus saya teringat pada ayat 286 surah al-baqarah. Macam mana aku boleh lupa pada ayat itu? Ya, manusia mudah lupa dan memang manusia mesti sentiasa diperingatkan.
Terima kasih Emak. Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih memberikan kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini. ALHAMDULILLAH Ya Allah kerana Engkau telah meletakkan aku di tempat dan suasana yang baharu. Mungkin untuk menguji tahap keimanan dan keutuhan kepada-Mu ya Rabb. Ya Allah, salurkanlah kekuatan kepada diriku, ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan muslimin muslimat untuk meneruskan perjuangan yang benar ini ya Allah, untuk menegakkan kalimah SYAHADAH ya Allah, KERANA Engkaulah yang Memberi Kekuatan Kepada Hamba-HambaNya, AMIN.

Ummi, FIGHTING!!! Kepada emak dan ayah, insyaAllah la akan buat yang terbaik!
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, semoga berjaya dalam dunia yang baharu ini! Ingat amanah kita!

Semoga kita sama-sama terus tsabat dan istiqamah di jalan-Nya , insyaAllah.

Salam.

1 comment:

hana uwais said...

آمين...انشاءالله...