Sunday, June 5, 2011

palam

Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua di UiTM (Penang+Puncak Alam)
>>>Pengalaman mampu mendewasakan seseorang ('',)

Kehidupan di universiti, memang amat amat berbeza dengan zaman sekolah. Duduk di rumah, segala benda dah tersedia. Tapi, kalau kat universiti, semua benda kena buat sendiri. Beratur nak beli makanan & barang-barang lain, jalan kaki untuk pergi dewan kuliah (bukan naik kereta atau van dah), basuh baju sendiri (tak guna washing machine dah, tapi guna kuasa tangan yang Allah dah bagi :D ). Semuanya sudah berubah.

Meh, cik nak cerita kisah cik di PALAM. Em, minggu pertama di sini, memang rasa penat sangat sebab terpaksa berkejar ke sana ke mari. Kitaorang mana tau tempat-tempat / dewan kuliah kat sini. Jadi, kena rajin bertanya kat orang ramai. "Malu bertanya sesat jalan." Kalau tak tanya, alamat sesatlah nanti.
Tiap-tiap pagi, kitaorang kena turun tangga 280++ atau lebih sinonim dengan nama tangga batu caves, haha.  Bila turun tu, laju je, cehh. Bila nak balik ke kolej, habih, termengah-mengah & slow je jalan, huhu. Tapi takpe, insyaAllah segala "penderitaan" ni akan dikira sebagai jihad ;)
Ana duduk kat blok 5, tingkat 7! yakni tingkat yang paaaling atas sekali, hehe. Satu rumah tu ada 4 bilik. Satu bilik 2 orang. Alhamdulillah, besar juga biliknya. Bila buka tingkap, memang nampaklah bukit yang menghijau. Bila malam-malam tu, adalah juga nampak beberapa sinaran cahaya dari bangunan yang jauhnya berpuluh-puluh atau beratus-ratus kilometer dari bilik kami ni.
Em, kat sini ada perkhidmatan dobi kat tingkat satu. Caj RM 2.00 dikenakan. Haha. Pernah try semalam sebab dalam seminggu ni, batuk tak henti-henti, jadi mak pesan suruh cuci je baju kat dobi tu, hehe :P hanisah, kawan sebillik ana pun batuk juga. adakah kerana virus yang tersebar daripada ana? huhu.
Pasal dewan kuliah pula >>
First time masuk dalam tu, rasa macam terkesima jap. atau jakun, haha. Yelah, first time kut. Selalunya tengok kat dalam tv je. Rasa macam tak percaya je. Tiba2, time tu teringat pula kat sekolah tercinta, SM Al-Hidayah T.T Ohh, rinduunya. Walaupun SMAH punya fasiliti tak sehebat macam kat uitm ni, tapi SMAH is the BEST  :)

Perasaan / Emosi / Mental / Spiritual

Emm, sebenarnya memang ada juga rasa tension tu. Hehe. Yelah, sebab kat sini semuanya pandai-pandai / genius2 belaka. Jujurnya, kita bukan orang yang genius gila, cuma biasa2 je. So, macam yang mak ana kata, i need to put a lot of efforts dan mesti jadi lebih rajin lagi. Kena buat double efforts gitu. Ye, betul tu. Saya akui itu. Jadi, lepas ni , tak mau dah nak main-main. Asasi sains ni hanya setahun je compare to matriculation , setahun setengah / 2 tahun. Proses pembelajaran dia sama je macam student yang study kat kolej mara mana ntah (bak kata emak). Dah le deme pandai2, huaa. Takpa2, u can do it lah , insyaAllah! Usaha! Usaha! Jangan lupa doa & tawakkal.
Haha, lepas ni kena study balik mathematics!! atau add maths yaw!! brrr~ Cabaran kott. Dahla lama beno tak selak balik buku add maths. PHYSICS!! uhuk3. InsyaAllah, ummi boleh! ummi boleh! (Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan.....)
Lecturer yang ajar kitaorang tu chinese, lelaki :) Laju la juga dia ajar. Serius, masa tengah belajar tu, mesti teringat cikgu2 kat sekolah dulu2. Mh Norbaya, Muallim Nazriq, Muallimah Azizah, Mh Roziana~ Ramai lagi lah. Huhu.Pastu mesti rasa macam sebak. Ntah, tak tau nape ntah. Hmm. Tapii, perjuangan mesti diteruskan! CAIYOK!!!!
Subjek yang kitaorang ambil ada 6 : physics, chemistry, biology, MATHEMATICS, english(MUET), tasawwur islam.
Dan kitaorang kena buat assignment, tutorial (buat latihan, bincang mana2 yang tak paham>>cikgu yang ajar kitaorang masa tutorial ni lain dengan waktu lecture), quiz, report, experiment.... semuanya akan tampung markah kitaorang 50% untuk cgpa kitaorang nanti. yang lagi 50% tu akan ambil daripada final exam. jadi memang kena konsisten betul lah ni. ta boleh main-main dah macam sekolah menengah dulu.
Tak paham , tanya lecturer atau buat group discussion. Jangan dok nagadap buku je, confirm takkan dapat apa2>> pesanan mak.

AHA, and the most important thing, ummi, awak kena jaga hubungan awak dengan Allah, oke? Oke oke :D insyaAllah~ Macam yang seorang ukhti kat uitm gitau, kalau kita nak contact dengan parents, kita kena keluarkan modal (top-up), tapi, kalau kita nak "contact" dengan Allah, free je. boleh call directly bila-bila masa pula tu ;)

YOU CAN DO IT! YOU CAN DO IT! YOU CAN DOOOOOO ITTTT! INSYAALLAH!
Buatlah semua benda apa sekalipun ASALKAN NIAT KITA hanya untuk capai mardhatillah, oke :)
4 flat. uhuk3. INSYAALLAH. :)
Akhowat fillah, tolong doakan ana dan sahabat-sahabat ana supaya dapat terus tsabat, istiqamah dan sukses dalam perjuangan ini :') jzkk.

*this post is written at home sweet home. segala baju busuk, ku angkut bawa balik untuk dicuci oleh washing machine, hehe. alhamdulillah, dapat datang juga ke kenduri kahwin abang syed tadi. thanks a lot to mom and dad yang dah banyaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk sangat berkorban untuk la :') hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. i'll do my best for both of you. lonng, baru sekarang la tahu betapa susahnya hidup di negeri orang, apatah lagi yang long ni tercampak ke mesir, hehehe. anyways, tak kiralah kita dicampakkan ke mana pun, asalkan kita tuntut ilmu banyak2 lillahi ta'ala.*

semoga kita terus tsabat, sentiasa istiqamah , sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi perjuangan di dunia yang fana ini, insyaAllah. dan semoga  kita dapat semai benih-benih kita di dunia ni, dan dapat dituai di akhirat nanti dengan hasil tuaian yang terbaik, insyaAllah :')

may Allah guide us always~
salam.

1 comment:

hana uwais said...

hehehe the stairs was the unique thing tht I happen to find when visiting uitm puncak alam. huhu thinking..how lucky, nk pegi class, trun tngga tu dh kire exercise hehehe..:D

All the best!! insyaAllah, yes YOU CAN DO IIIT ummiiii!!! Put Allah in your heart alwys and rely on Him,,,He has the total power upon everything.carkes

Ka Ka hwaiting!!!!