Monday, December 29, 2014

banjir.flood.

Bismillah.
It has been a chaotic day a few back ago. (betul ke ayat? ==")
So many things happen in our beloved country, Malaysia.
What we could do is just by saying "To God We All Belong, That To Him We Return."
Huge floods at Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak has become a big muhasabah to all of us about His Kekuasaan. Allah could do anything that He want. He just say Kun Fa Yakun. Allah Akbar.
Even though I don't have any relatives at Kelantan (specifically there because the worst flood has been occured there, La Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah), my hearts are broken when seeing the pictures of our brothers and sisters there. Pakcik makcik atok nenek anak anak kecil, all of them. :(

Even we are in fatrah imtihan, we could do something to help them. As an example, you could help any pusat pemunggahan barang or whatsoever that are going to the affected area. Help them. Volunteer yourself even though you have many things to read and revise, but please, just spent some of your time to do the charity. You won't feel the sweetness and relief until you do it voluntarily. Allah says in Al-Quran, "Wa Ta'awanu 'Ala al-Birri Wa At-Taqwa."

Maybe at first time you feel sooo guilty as you don't read the whole book for your exam! But like my beloved friend say, if you help other people, then surely Allah will help you. Just open your heart and help them, and you'll find the real sakinah in your heart. The people at the affected area are our brothers and sisters my friend. :')

So, just help what you could do, okay?:)

May Allah reward you with the best and beautiful reward.

Mungkin orang tak nampak kita tolong orang, tapi believe me, Allah always look at you and your deed. 

Ikhlaskan niat. :)

Wallahu'alam.

29122014

#finalexam

Wednesday, December 24, 2014

Ibnu Annadeem

Siapakah Ibnu Annadeem?

Nama sebenarnya Muhammad bin Ishaq bin Ya'akub An-Nadeem Al-Baghdadi (Al-Warraq) dan gelarannya Abu Al-Farj.

Lahir dan meninggal dunia di Baghdad. Baghdad kat Iraq. Meninggal pada tahun 438 H. Sekarang 1436 H.

Beliau hafaz al-Quran secara sempurna ketika berumur 10 tahun! MashaAllah.

Ayahnya seorang Al-Warraq, maksudnya orang yang copy/ salin kitab kitab dulu. Dan memang selalu bersama dengan ulama' dan orang bijak pandai (inteligensia)

Ibnu Annadeem punyai maktabah (library) yang amat besar!

Antara buku famous Ibnu Annadeem ini adalah kitab fihris. (Kitab Index). Yang mana beliau kategorikan buku-buku tu kepada 10 major kategori. Antaranya, kategori nahu(grammar) dan bahasa Arab, Syair Arab, Falsafah Yunani dan Islam, Hadis Nabawi dan Muhaddith, dan Ilmu Sains.

Kalau nak tahu, beliau buat index tu berdasarkan buku-buku yang beliau dah baca. MashaAllah Tabarakallah!

Bayangkanlah macamana ilmuwan Islam yg terdahulu, betapa banyaknyaaaa ilmu yang mereka belajar dan praktiskan. Bukan sekadar agama sahaja, tapi belajar sekali dengan falsafah, sains, muzik. Nak katanya, ilmuwan zaman dulu belajar semua perkara! Mata blink blink.

Selain daripada Ibnu Annadeem, boleh juga cari tentang Al-Kindi (The First Muslim Philosopher), Al-Jahiz (buku beliau ada yang cerita pasal jenaka), Imam Bukhari.

Menarik sangat.

*Bibliografi dan Pengajian Islam, USIM, Nilai :)
Belajar dari Dr Saif Ad-Dawla, Barakallahu fiik.

P/s: Jom "hirup" semangat ilmuwan Islam terdahulu dalam menuntut ilmu! ;)

Monday, December 22, 2014

connection

bismillah.

having some break before starting the revision.

will burn the midnight oil throughout this week, in sha Allah.

finally, dapat juga lunaskan harapan nak meratah buku-buku di big bad wolf tahun ini, Alhamdulillah.!

2 hari berturut-turut pergi. hehe. rasa rugi pula tak pergi. harga buku dijual murah. apa salahnya pergi borong buku sebelum mula study week ;)

went there by riding komuter to Serdang with a loyal friend ;) alah bisa tegal biasa. takdelah jauh sangat sekedar menyeberang laluan highway dan berjalan kaki dalam 10-15 minit ke MIECC. :) sempat juga singgah imanshoppe ambil stok majalah JOM :P

bought some books. english books. untuk enhance english yang makin berkarat, aiyoyo. rasa macam kena speaking banyak banyak kali lah dengan lecturers kat university, supaya lancar vocab saya ni. =="

first day of exam on 31st dec, networking subject. subjek yang kurang difahami. ha ha. need a lot of efforts to understand it. nak buat analogy tentang networking lah :P

basically, hati setiap manusia itu is connected by iman. if we don't have the iman, macamana hati kita nak connect each other gracefully? sebab tu, kita kena jaga connection kita dengan Allah paling penting.

:)

tolong doakan saya ya. untuk final exam. dan paling penting untuk kehidupan yg terbaik di sisi Allah, dunia dan akhirat, amiin, i'A.

selamat malam.


Friday, November 21, 2014

Perit Manis

Penat
Mengantuk

------------

Gembira
Ketawa

------------

Bersabarlah duhai teman
Akan tiba suatu masa
Kita akan bergumbira lalalala
Bersama-sama
Di sorga-Nya nanti

------------

Bekerjalah
Bekerjalah sepenuh hati
Kerna balasan kita
Di akhirat sana nanti

-----------

Friday, November 14, 2014

Comin' Home

Bismillah.

I'm coming home this Saturday, in sha Allah! Tapi assignment tak siap lagi =="

Minggu ini mungkin minggu yang busy environment kampus. Pemilihan MPP yang baru, iCEPS, Pesta Konvokesyen. Moga Allah redha dengan semua perkara yang berjalan, in sha Allah. Congrats untuk seniors FEM untuk projek akhir tahun entum, ICEPS! Awal-awal tengok pun dah tahu mantopp. Untuk Kak Jiha, Kak Zu, Kak Hanan, Kak Ainin and semua akak-akak FEM, tahniah! :) Moga dengan projek yang kalian laksanakan akan mendekatkan diri kita kepada Allah Ta'ala and kuatkan lagi ukhuwah kita semua, i'A. 

Untuk barisan kepimpinan MPP USIM sesi 2014/2015 yang baharu, all the best untuk kalian. Moga tanggungjawab yang Allah pikulkan untuk kalian akan dilaksanakan dengan sebaiknya, in sha Allah. Untuk Ukht Deena, caiyok! :D Jadikan USIM sebagai medan dakwah. Jadikan USIM sebagai satu contoh universitas islamis yang terbaik dan mempraktikkan ajaran Al-Quran dan Sunnah yang benar, in sha Allah. Moga Allah kira usaha kalian semua. :)

Harapan Dr Zulkifli Bakri adalah untuk melihat lahirnya mahasiswa USIM yang sukses. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad sekalipun.

Motif blog malam ni sebab nak bagi semangat untuk siapkan assignment yang bertimbun. Yeehaaaa!
Moga Allah beri kekuatan :*

taman DR, ipoh :)

Monday, September 15, 2014

Lecturer :)

bismillah

Semester baru sudah bermula!
Tanggungjawab baru bertambah pula, hehe.

Pesan Doktor Misbah (Lecturer Kajian Hadith Dho'if & Maudhu'), kalau kita nak bercita-cita, kita kena cita-cita tinggi! dan minta pada Allah supaya Allah berikan yang terbaik untuk diri kita. Terpana bila Doktor tanya, kenapa kamu semua nak jadi lecturer/ guru sahaja? Tidak ada yang lebih sedikit? Mungkin seorang Muhaddith (pakar hadith), Ra'isul Wuzara' (Ketua Menteri), Naib Canselor :) Kagum dengan semangat lecturers di sini. Apabila mengajar, memang sungguh-sungguh nak bagi pelajarnya faham. Tak lekang dari bibirnya memesan untuk turakkiz!(Fokus!) Jangan dok sembang di belakang! Huhu. Adab dengan guru tu amat penting. Kalau tiada keberkatan dari seorang guru, maka rugilah ilmu yang kita pelajari.

Pesan Doktor Walid pula dalam kuliah Hadith 1 tadi, supaya rajin bertanya dan berani mencuba. Sebaik-sebaik pelajaran adalah kesalahan. Tak kisah lah kita salah banyak kali masa belajar, sebab bila salah tu lah kita akan lebih ingat benda yang betul. :) Bila belajar, pastikan niat selalu betul, Ikhlas Lillahi Ta'ala, terutamanya kita semua yang belajar ilmu syariah. Kalau niat semata untuk dapat kerja, maka rugilah kita. Serius rugi besarrr! Apabila hati mula berbolak-balik, maka tajdidlah (perbaharuilah) niat kita semula. AKU STUDY/KERJA KERANA ALLAH. In sya Allah Allah akan mudahkan kita untuk fahami ilmu yang kita sedang pelajari. Untuk sahabat-sahabat yang belajar ilmu fardhu kifayah seperti medicine, engineering, dan lain-lain, don't worry. Niat utama kamu belajar mesti kerana Allah. Dan kalau kamu niatkan untuk mencari rezeki pun takpa. :)

Baru tadi belajar pasal hadis tentang niat :) hadis yang masyhur tu, "Innama al-a'mal binniat...".
Setiap perkara yang kita lakukan mesti kena ada niat. Okay? :) Sebab setiap perbuatan itu bergantung pada niat kita. Emmm.

Haa, tanggungjawab lain pun jangan dilupakan ya. Tanggungjawab kepada Allah& Rasul, kepada ibu bapa, sebagai mahasiswa dan tanggungjawab kepada masyarakat. Nak huraikan panjang pula nanti. Hehe

Ok, selamat menuntut dan mengejar ilmu! Jangan pernah rasa boring dengan ilmu tau! Kerna hidup di dunia hanya sekali, maka pergunakanlah masa yang kita ada ni untuk buat amal yang terbaik. Hidup di dunia ni sekejap sahaja, yang lamanya, nunnnnn kat akhirat nanti!

Moga baik-baik aja! in sya Allah.
Salam 'alayk :) 

Sunday, August 24, 2014

monopod

Bismillahirrahmanirrahim.

الواجبات أكثر من الأوقات
(Tanggungjawab lebih banyak daripada masa)

Sometimes Allah gave us some test and circumstances. Dan sangat susah untuk kita hadapinya. 
Tetapi apabila kita tahu yang Allah sentiasa ada, kita bersungguh-sungguh menangis di hadapan Dia, 
meluahkan segala isi hati kita, selepas itu sungguh, kita rasa ada satu ketenangan dan kelegaan dan kebahagiaan.
Itulah tanda cinta Allah kepada hamba-Nya.
Ya!
Iaitu dengan menghadiahkan kepada hamba-Nya dengan sebuah ujian yang semampu untuknya.

"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها"
(Allah tidak akan membebani seseorang melainkan mengikut kemampuannya)

Kekadang juga kita terlampau berada dalam comfort zone,
Padahal realitinya ketika itu kita berada di critical point sedangkan kita tidak menyedarinya,
Yang bisa mencabut setiap ketenangan yang ada dalam jiwa manusia.
Maka ketika itulah Allah mengetuk hati kita,
Mengatakan bahawa kau harus melakukan sesuatu.
Apakah itu?
Itulah kasih sayang Allah!
Allah ingin menyedarkan kita. Allah kasih pada kita.
Maka seharusnya dan seefektifnya, kita mesti
Mesti bergerak kembali,
Sit down bersama,
Merancang dan menyusun strategi dengan hebat,
Supaya tidak lagi berada di tahap yang tenat.
Allah bagi kita jatuh,
Supaya kita bangun kembali.
Bukan sengaja Allah berikan kita rasa khawater itu,
Ingat tau.
Allah bagi kita macam nak terjatuh dari gaung tu sebab Allah nak sedarkan kita.
Allah sayang kita.

Cinta pada Allah tak pernah menyakitkan,
Tetapi sentiasa MEMBAHAGIAKAN. :')
Allah takkan pernah tinggalkan kita sendirian.
Ingat tau. :)

Selamat beramal. Moga istiqamah. Always live in good surrounding and friends.
May Allah Bless.

#pray4malaysia #pray4gazasyriamesir #tarbiyah


Friday, July 4, 2014

Ramadhan

Bismillah.

Tuhan uji sebab Tuhan sayang.

Biarlah seluruh manusia membencimu, asalkan redha Allah kita penuhi.

Biarlah manusia meninggalkanmu, tapi mohonlah moga Allah sentiasa bersamaMu.

Allah sentiasa ada. Kalau sedih, tell Him. Mengadu padaNYa. Kerna Dia adalah pencipta kita semua. He knows everyting in our heart.

Moga Allah kasihi diri kita semua dan guide us always.

Ada terbaca satu kata. Ramadhan ni macam sahabat. Hari ni dia ada. Esok mungkin dia dah takde..

Salam Ramadhan.

Mode: Sedih

posted from Bloggeroid

Sunday, June 15, 2014

mengajar

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."

surah al-Hasyr; ayat 9.
terjemahan dari Quran.com

Nangis. Ayat ni hempap betul-betul atas diri sendiri. Sahabat Nabi saw mengajar kita untuk jadi...? Boleh refer pada ayat di atas. 


Ketuk diri sendiri, banyak benda kena perbaiki lagi. 
Terutamanya last sentence tu. T_T

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang berjaya itu, Amin.

Tuesday, June 10, 2014

Ponder

Now, It's morning.

Don't have much time.

Need to do a lot of responsibility.

Searching the purity and sincerity of heart in doing anything for the sake of Allah.

Having many good thoughts about Allah when any obstacles come..

O Allah, may You ease our day.

O Allah, please bless and protect my parents, family, friends, teachers and the whole muslimeen around the world..

Amin.

posted from Bloggeroid

Saturday, April 19, 2014

stress lah

ya Allah
stress nye assignment menimbunnnn!!!
nak nangis.
eh dah nangis pun.

cut.

-----------------------------------

"Sesungguhnya Allah takkan memberi beban kepada hamba-Nya selain daripada tahap kemampuan-Nya."
"Setiap kesusahan pasti ada kesenangan."

----------------------------------

sekarang sedang cuba untuk mendidik diri sendiri.
didik diri untuk sentiasa minta dan mengadu pada Allah.
didik diri untuk bergantung kepada Allah Ta'ala 100%.
didik hati untuk sentiasa zikrullah.

---------------------------------

didik hati untuk tidak bakhil meminta daripada Allah.
didik hati untuk sentiasa menangis kepada Allah.

--------------------------------

Allah Allah Allah.

--------------------------------

nak masuk syurga bukan mudah, bro.
kena usaha dulu.

Sunday, April 13, 2014

reflections

how's your heart in remembering Allah today?
is it better than yesterday...?
check your heart.
sedap dengar kupasan kitab Ayyuhal Walad hasil Imam Ghazali by one of Imam at Tv AlHijrah tadi.
Simple and clear.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 8, 2014

pemurahkah atau bakhilkah kita?

Malam ini rasa diketuk betul oleh Allah Ta'ala.
Berapa kali dah masa baca terjemahan al-Quran,
ketemu dengan suruhan dan galakan untuk menginfakkan harta
di jalan yang benar.

Kekadang rasa susah sangat nak sedekah, kan?
Kekadang rasa susah sangat nak belanja kawan, kan?
Kekadang rasa susah sangat nak tolong orang, kan?

Sedangkan berkali-kali Allah dah sebut dalam al-Quran
Bahawa betapa besarnya ganjaran bagi orang yang bersedekah
Samada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyian
Seronok rasa
Semangat rasa
Untuk bersedekah
Dan menginfakkan harta dan jiwa
Selepas baca ayat cinta Allah itu

Moga Allah kurniakan kekuatan untuk menjadi pemurah
Dan moga Allah jauhi sifat bakhil dari diri ini
Kerna sifat bakhil itu dibenci Allah

Imam Ghazali pesan
Kalau nak hilangkan sifat mazmuah dalam diri kita
Biasakan dan selalukan buat benda yang baik
Supaya terkikisnya sifat buruk tadi
Kalau kita ini bakhil kedekut
Maka rajin-rajinkanlah, paksa-paksakanlah untuk bersedekah
Mula-mula memang rasa terpaksa
Lama-lama in sha Allah ikhlas dan seronok jadinya

Jom usaha!
Moga Allah redha.

P/s: Menerawang fikiran mengingatkan saudara muslim kita di Syria. Teringat sungguh kelihatan adik-adik yang hanya makan habuk roti di jalan. T_T
Allah Allah. Moga mereka tabah. Ya ALlah, kami bersyukur atas nikmatmu ya Allah. T_T

Nilai, 2.44am, 8April2014

Thursday, March 20, 2014

kisah dahulu :')

menangis
menangis
menangis

menangis pada Allah, tidak mengapa.
merayulah pada-Nya sentiasa.
cintailah Dia sebaiknya.

rindu mak.
rindu ayah.
rindu family.

rindu nak ketawa seperti dulu.
rindu nak berborak macam dulu.
rindu nak main-main seperti dahulu.

tapi sekarang dah tak boleh.
banyak tanggungjawab baharu.
ada prioriti.

tapi aku takkan lupa kenangan lalu.
simpan kemas dalam fikiranku.
harapanku moga kita dapat buat seperti dahulu
di syurga-Nya nanti.

bermain dan berehat sepuas-puasnya di sana nanti.
in sha Allah amin.
moga sentiasa dalam kesabaran yang tinggi.
amin.


#nicknns

Wednesday, March 5, 2014

ukhuwah

karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa
karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali:
"jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"


mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia

lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani,
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh berjanji


[dalam dekapan ukhuwah; Salim A. Fillah]

nangis keseorangan bila baca ni.
posted from Bloggeroid

Monday, March 3, 2014

Jerebu Jiwa

Bismillah.

Di luar sekarang JEREBU. MasyaAllah jerebu yang amat tebal. Semalam Alhamdulillah Allah izin hujan. Harini jerebu kembali.

Mungkin Allah menginginkan kita kembali mengkoreksi diri. Melalui jerebu yang Allah hantarkan,  supaya dapat manusia berfikir. Berfikir sejenak mengapa jadi begini.

Dunia sudah tua. Dunia sudah berubah. Sungguh banyak perubahan. Bukit-bukit ditarah dan digondol. Ada saja hutan yang terbakar sejak belakangan ini di Nilai. Bagai bersahutan memanggil penduduk bumi supaya kembali kepada Allah. Kembali berfikir apakah yang telah manusia lakukan kepada Bumi?

Sungguh, sedih aku rasakan melihat keadaan jerebu yang sungguh tebal. Udara yang panas dan hangat. Buat jiwa rasa gelisah dan penat. Benarlah, sedikit sahaja Allah tarik nikmat kesegaran udara, kita sudah terasa lainnya.

Buat manusia, kembalilah kepada fitrah kita. Kembalilah kepada Allah. Kerna Allah sebaik-baik penjaga.

Wallahu'alam.


-USIM, 5:38 petang, DKU FPQS-

Saturday, February 22, 2014

berbicaralah dengan Allah

tika tiada siapa yang sudi mendengar ceritamu, percayalah Allah ingin menginginkanmu kembali kepadaNya. berceritalah kepadaNya. Allah yang mencipta segalanya. tika semua orang membelakangkanmu, sandarkanlah sepenuh sandaran kepada Allah Ta'ala, kerana Dia sebaik-baik sandaran.

alhamdulillah, semester 4 sudah seminggu berlalu. menanti segala cabaran yang bakal datang! moga Allah redha dan beri kekuatan supaya terus teguh dan istiqamah.

harapanku, moga diri jadi hamba Allah, khalifah Allah, anak yang baik, sahabat yang baik, ummah yang baik dan diredhai Allah sentiasa.

Ya Allah, berikan kami kekuatan dalam terus thabat dan kuat di jalanMu, in sha Allah, amin.

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 11, 2014

potensi

never underestimate anyone
kenali potensi diri
salurkan potensi kita untuk beri manfaat kepada ummah
Diri kita ni kena ada makna
kena tahu apa signifikannya kita hidup di dunia ini
potensi diri kita ni; janganlah selfish.

#hilalasyraf#ikim

Saturday, February 1, 2014

status

my status right now : can't be contacted . having some technical and .. problems. sorry. take care.
ada jodoh ketemu lagi, in sha Allah. :')

Wednesday, January 29, 2014

Healing

Bismillah.

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran 
suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman 
dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim 
selain kerugian."

(Surah Al-Isra' 17:82)


Benarlah firman Allah! By reading al-Quran, totally your heart would be soooooo calm and happy. :)
Dalam sehari, jangan lupa bacalah al-Quran walau satu muka atau separuh muka kalau dah tak larat sangat.
Kerana ia adalah kalam Allah yang mampu
MENTENTERAMKAN JIWA HAMBA-NYA.

Kebelakangan ini, hati jadi rapuh, lembik, lemau, penyet dengan masalah duniawi dan masalah dalaman.
Tapi Allah gerakkan hati ini, Allah sentap hati ini,
Supaya kembali kepada Dia.
Bersimpuhlah tunduklah kepada Dia
Kerna Dia jugalah yang mencipta segala ujian ini.
Maka kembalilah kepada Dia. :)
Jom tadabbur.
Jom Mengaji!

Wallahu'alam.


Lamanya tak tulis blog :3