Monday, February 21, 2011

the yummy-yummy spaghetti bolognese~


Assalamualaikum.

Nak share satu resepi yang amat mudah tapi hasilnya insya-Allah memuaskan :D

Namanya : Spaghetti Bolognese 

Bahan-bahan :

1. sos prego warna kuning ( setengah tin ) . tapi kalau nak taruk semua pun boleh sahaja, cuma tak tahu la rasanya macam mana , huhu .
2. sos prego warna merah ( 2 tin )
3.sos prego warna oren ( 2 tin )
4. daging kisar ( satu "papan" ) ataupun boleh potong daging ayam itu secara dadu . rasanya lagi sedap kalau potong dadu tu, sebab rasa ori la . potong style bulat atau segi tiga pun tak pe xD
5. bawang putih
6. bawang besar
7. cendawan ( dalam tin ) - ini pilihan, tak nak pun takpa
8. air
9. serbuk lada hitam

Methode nya :

* baca ayat 200 dari surah ali~'Imran :) dan bismillah dan selawat :)

1. tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau di setiap penjuru dapur . jangan lupa letak minyak . lagi baik, guna olive oil :)

2.  masukkan cendawan , daging kisar / "ayam dadu" dan tang inilah yang memerlukan 100% komitmen anda . maksudnya, lepas dah masuk daging kisar tu, kena sentiasa check, gaul-gaul sikit supaya ia tak melekat kat periuk dan juga HANGUS . masa ni, disarankan kepada anda untuk perlahankan api, jadi memang ambil masa yang lama juga. "Tumis" daging kisar tu sampai garing atau warnanya kekuning-kuningan (brown) . :D proses "penggaringan" ini memang teramatlah lama . hee.

3. masukkan segala sos prego tadi dan gaulkannya bersama bahan-bahan yang lain . Dan masukkan juga ayor . Bergantung kepada anda, sama ada nak taruk air banyak atau sikit. Sesetengah orang suka yang cair-cair, huhu .

4. kalau nak rasa manis sikit , taruk gula . jangan taruk satu cawan sudah la. -jauhi diabetes- -___-

5. emm, masa ini kena jaga juga kuah tu . gaul-gaul lah sikit supaya tak melekat kat periuk  . 

6. dan boleh tutup api, bila kuah tu dah menggelegak dan nak meletup-letup . -brrr-

7. kalau nak letak daun celery pun boleh jgak. rasa crunchy and balance sikit, hee .

8. siap untuk dihidangkan .

kalau untuk spaghetti tu pula :
rebus dalam air bersama secubit garam. better masukkan sesudu kecil minyak untuk elakkan spaghetti dari melekat-lekat kat poyok ( periuk ).

Selamat mencuba ! ;)
Macam yang ifa selalu kata , masaklah dari hati anda , hehe , :D
May ALLAH Bless us always.
Zikrullah selalu.

Adios~

No comments: