Friday, June 8, 2018

seorang pakcik tua

Semalam berbuka puasa di sebuah masjid.
Kelihatan seorang pakcik tua berbasikal seorang diri baru sampai di tempat berbuka tika waktu berbuka hampir tiba.
Terus pakcik itu ke tempat makanan, namun hampa tiada makanan lagi.
Terus pakcik itu bertanya ada lagi kah makanan pada AJK.
Kemudian pakcik itu berlalu ke suatu sudut sementara azan berkumandang.
Menunggu tiba jika masih ada makanan untuknya.

Tidak berapa lama kemudian mungkin ada yang melihat keadaan  pakcik itu
Terus pergi ke pakcik itu untuk memberikan makanan yang ada untuk berkongsi.
Pakcik tersenyum gembira.
Mengucapkan terima kasih kepada yang memberi.
Membawakan kegembiraan kepada seorang pakcik.

Bersyukurlah selagi masih bernafas.
Kerana tidak terhtitung banyaknya nikmat dan kurniaan yang Allah tunjukkan dan berikan.


7 Jun 2018

No comments: