Wednesday, March 30, 2011

puitis hati

Music : Cahaya Hati by Opick
Masa : 0106

Malam itu dia menangis di tikar sejadah
Di malam yang hening itu
Dia menangis keseorangan
Mengenang dosa-dosanya yang silam
Dia berasa menyesal
Amat menyesal dengan apa yang telah dia lakukan
Dia mahu kembali pada Allah
Dia sudah serik dengan jalan yang telah dia lalui
Lalu dia pohon doa pada Rabb
Ya Allah, Engkau ampunilah aku
Engkau ampunilah atas kelalaian diriku daripada mengingati-Mu ya Rahman
Engkau ampunilah atas dosa-dosa yang telah aku lakukan
Aku menyesal
Aku hanya hamba-Mu yang kerdil
Ya Allah, aku bertaubat pada-Mu
Ampunilah aku Ya Allah
Dalam doa itu
Dia pohon dengan penuh keikhlasan dan
Mengharapkan rahmat daripada-Nya
Dan diberikan kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan
Yang fana dan penuh dengan perkara yang melalaikan.

Monday, March 28, 2011

Baca-lah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini ada rasa nak berblog sikit. Sudah lama rasanya tak menjenguk ke blog ini.

Insya-Allah hanya nak kongsikan beberapa perkara malam ini.

Pesanan/amanat ini ana peroleh daripada seorang Muallim. Beliau kata :

Banyakkan membaca buku dan berjumpa dengan orang yang berpengalaman, baru kita akan berjaya. Kalau diikutkan , hanya 5% sahaja orang Melayu yang membaca buku.
Bila ada masa lapang, hafazlah al-Quran. Jangan biarkan masa berlalu dengan sia-sia sahaja.

Pastu, Muallim sarankan untuk beli buku Transformasi Pendakwah, tapi buku tu belum dijual lagi.

Akhirul kalam, semoga sentiasa istiqamah di-jalan-Nya, insyaAllah.

P/s: yang amanat Muallim itu, ana ada edit sedikit untuk penyesuaian kata.

~ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan~