Wednesday, June 13, 2018

Ramadan kali ini

Alhamdulillah pada Selasa lepas (5/6/2018) sehingga pagi Sabtu (9/6/2018), kami dapat berikitkaf di Masjid Biru Shah Alam. suatu kenangan manis yang takkan dapat aku lupakan. walaupun tandasnya yang cukup jauh dan memerlukan pendakian dan penurunan tangga atau transport lif, tapi itulah sebenarnya yang menjadi pemanis dalam ekspedisi i'tikaf kami. Di masjid ini, Allah tunjukkan banyak perkara untuk kami pelajari. Melihat dan merenungi nasib sesetengah Muslim yang susah. Secara teori, kita tahu di dunia ini ada orang yang susah dan senang. Syukur, di masjid inilah kami belajar secara berdepan situasi ini. Tersentuh dan sebak di hati sentiasa ada apabila melihat mereka. Kisah pakcik tua yang berbasikal tidak sempat untuk ambil makanan untuk berbuka kerana sudah habis, kisah makcik yang tidur di dalam tandas dan sentiasa menjaga kebersihan tandas untuk keselesaan pelawat, gelagat anak anak kecil yang turut sama hadir mengikut ibu ayahnya untuk i'tikaf dan terawih, kesungguhan ibu-ibu tua yang hadir ke masjid hanya semata untuk beribadah kepada Allah walaupun sudah tidak larat untuk solat berdiri. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? Allah..
Disini, programnya meriah juga. setiap hari, akan ada qiamullail berjemaah pada pukul 4 pagi dituruti sahur. kemudian solat subuh dan talaqqi al-Quran berserta bacaan terjemahan Al-Quran. kemudian, ada sesetangah hari kuliah DHUHA di ground floor. kemudian ada kuliah Zohor di dewan solat utama, solat tarawih 21 rakaat, kemudian ada kuliah dari pukul 11 - 12.30 malam. tak sangka ramai juga yang hadir kuliah ini. kami join sehari je sebab sebelum ni terlepas dan tidur awal 😅 kuliah kitab umdatul hikam oleh Ustaz Syed syahridzan. Sabtu pagi ini, ada kuliah DHUHA oleh Ustaz Don Daniyal yang bertajuk Kemuncak Ramadhan. Alhamdulillah, mendapat input yang baru.
untuk gambaran, Masjid ini ada 3 tingkat secara asasnya. ground floor inilah terletaknya tandas, tempat wuduk, bilik mandi, kedai kecil, pejabat2, perpustakaan, ruang solat bahagian bawah dan tempat kami berbuka Puasa. kebiasaannya, solat maghrib berjemaah akan diadakan selepas berbuka puasa di ground floor untuk memudahkan pergerakan jemaah.
pada tingkat 1 pula merupakan dewan solat utama yang mempunyai pelbagai Kemudahan seperti air-cond, kipas, kerusi lipat dan ruang solat yang amat besar. pada tingkat 2 pula khusus untuk Kaum muslimat. Di tingkat ini,  pencahayaan agak kurang sedikit kerana tiada lampu yang banyak dan design cermin yang berwarna-warni dan gelap sedikit. disinilah kami tidur sepanjang kami i'tikaf. syukur, first time merasai mendengar khutbah Jumaat secara live. selepas khutbah tu, imam mengumumkan ada orang yg mahu memeluk Islam dan beliau mengucapkan shahadah dibantu oleh imam tersebut. Alhamdulillah tabarkallah.
sungguh manis sekali musafir i'tikaf kali ini. mungkin kerana kami lebih menghargai setiap detik masa yang ada dan mensyukuri setiap apa yang Allah telah berikan kepada kami ❤
moga dipertemukan lagi Ramadan yang akan datang. masjid ini inshaAllah akan dijadikan lagi bagi kami destinasi wajib untuk Ramadan akan datang.




No comments: