Wednesday, December 19, 2018

Doa dipermudahkan urusan

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا
وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Ya Allah Ya Tuhanku
Tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah
Engkau yang menjadikan kesukaran itu mudah
Apabila Engkau menghendakinya

Sunday, December 9, 2018

masa

Jadikan setiap masa itu kerja.

-----------------------------------

Pastikan setiap waktu yang kita ada itu dengan melakukan apa-apa pekerjaan yang bermanfaat.
Seperti menuntut ilmu, membantu ibu ayah atau orang lain, menyampaikan ilmu dan lain-lain.

Jangan biarkan masa kita berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.
Kerana sungguh ia amat merugikan diri kita sendiri!

Masa yang lepas tidak akan berputar kembali
Maka penuhilah masa "muda" dan "saat" yang ada sekarang ini
Dengan sebaiknya.

Monday, November 26, 2018

...

Be kind to other people because you don't know what the struggles they are having right now..

Love,

Friday, November 16, 2018

7 petua hidup tenang


Thursday, October 4, 2018

Apps in my handphone

Assalamualaikum.

Hari ini just nak share apps yang saya ada dalam handphone. Hehe.
Mana tahu mungkin ada yang bermanfaat untuk pembaca juga!

1. Quran for Android
 - ada banyak pilihan qari yang boleh dipilih
 - translation ada dalam banyak bahasa
 - tafsir pun ada
 - ada night mode
 - boleh repeat surah/ ayat yang kita nak ikut pilihan kita
sangat recommend sebab setakat ni henset tak pernah hang bila guna apps ni

2. Truecaller
 - tujuan dia untuk kita tahu siapa caller kita sebab apps ni dah save nombor yang spam atau erti mudahnya nombor "orang jahat" lah hehe. sebab kadang-kadang kita akan ragu-ragu kan bila nak angkat call dari nombor yang tak dikenali? so truecaller membantu kita sedikit sebanyaknya lah.

3. Sobriety Counter - bad habits
 - apps untuk kawal bad habits kita
 - simple dan amat membantu !
 - setiap hari, dia akan bagi motivational quotes

4. Word Link
 - kalau ada masa free, cubalah main!
 - mengasah minda dan ingatan kita pada words yang kita tahu dan tak tahu

5. Flow Free & Happy Glass
 - sejenis game juga untuk tajamkan minda
 - melatih untuk berfikir menyelesaikan masalah

6. Telegram
 - mungkin ramai dah tahu. telegram macam whatsapp juga. boleh pm orang. dan boleh buka di telegram web.
 - tapi kelebihan dia, kita boleh subscribe channel yang kita nak, tak kisahla ada beribu orang sekalipun. antara yang saya subscribe:
-- ismaweb- untuk tahu berita semasa
-- Baitussalam - kelas pengajian secara live
-- HO - catatan seorang HO Malaysian
-- Lensa Kuliah - info tentang kuliah pengajian
-- Indahnya Islam
-- Taman Orang-Orang Soleh

7. KTMB MobTicket
 - ini untuk orang yang selalu menggunakan perkhidmatan ETS
 - boleh beli tiket dengan mudah kat sini
 - cuma kadang-kadang apps ni boleh jadi hang/ tak berfungsi. tapi sejak kebelakangan ni, pihak diaorang dah banyak update dan memudahkan pengguna untuk beli tiket kat apps ni

Okay itu ajelah perkongsian kali ini. InshaAllah next entry kita jumpa lagi dan harapnya dapat share perkara bermanfaat yang lain!

Doakan saya moga dipermudahkan untuk urusan writing thesis saya!

Moga Allah berkati kita semua.

Bye.

Tuesday, August 14, 2018

"Because you worth it"

Some sweet & short reminders from AidaAzlin's Tuesday Letter 😍


#1 - Start celebrating the fact that you are special, and weird, and strange. 
And even while writing this, I can sense some of you going, "But I'm not special. I don't have any talent or skill" or "I don't think I'm unique." But let me tell you something - if Allah has planted you in this world, and if Allah still wants you alive and breathing, then there's definitely something that only you can offer to the world that the world needs. Because Allah doesn't make a mistake, and everything that Allah does is purposeful, and not random, nor aimless.

#2 - Take the time to start investing in yourself
building a positive mindset takes time. Its a habit that you have to keep cultivating and growing so I beg you, please take some time to invest in yourself. I mean if you have time to stalk other people on social media, to watch countless dramas and IG stories and vlogs, and have time to read other people's tweets and collect memes and gifs, then you do have time to invest in yourself and to get to know more about yourself.

If we don't start doing that, I fear the day when we would know more about other people, than we would know about ourselves. :/  

#3 - Most importantly, keep going back to the One that created you
It was through loving Allah, that I could begin to love myself. Because it was only when I worked on my relationship with Allah, that I only started to gain the confidence that I needed to accept myself for who I am. I learned that Allah always had my back, so with that comforting thought in my head, I began to feel more confident coming out into the world.

Truly, everything starts and ends with our relationship with Allah :)

And ladies. Please, please, please throw away the idea that you don't need to love yourself as long as you have someone else to love you. That you will only be happy and complete if you have someone else around. Na-ah, homegirl. It's not someone else's job to like you. It's your job to like yourself. "

Tuesday, July 31, 2018

Beautiful advice


Bismillah.

Just want to share a simple yet meaningful video to me from Sis Aida Azlin.

Have a look with your beautiful heart <3 nbsp="" p="">




Try to connect everything that happen with Allah ta'ala <3 p="">

Sunday, July 22, 2018





THE ONLY WAY 

TO DO GREAT

    WORK IS TO

LOVE 

WHAT YOU DO



Tuesday, July 17, 2018

Penyebab sulit untuk bertaubat dan berubah

Antara punca manusia sulit untuk bertaubat dan berubah adalah:

1. Sombong
  • mendustakan kebenaran
  • menganggap remeh akan dosa dan maksiat
2. 'Ujub
  • sudah merasakan dirinya berkorban, rasa dah berubah, rasa dah buat baik
  • tidak meremehkan orang lain tapi dia merasa pada dirinya yang dia sudah baik
3. Merasa dirinya sebagai korban
  • akan sentiasa memikirkan kesalahan orang lain sahaja
4. Pendengki
  • tak suka tengok orang lain
  • fokusnya pada orang lain, bukan pada dirinya
5. Tidak pernah mahu hidup ini menjadi lebih baik


Ustaz Abdullah Gymnastiar





Wednesday, June 13, 2018

Ramadan kali ini

Alhamdulillah pada Selasa lepas (5/6/2018) sehingga pagi Sabtu (9/6/2018), kami dapat berikitkaf di Masjid Biru Shah Alam. suatu kenangan manis yang takkan dapat aku lupakan. walaupun tandasnya yang cukup jauh dan memerlukan pendakian dan penurunan tangga atau transport lif, tapi itulah sebenarnya yang menjadi pemanis dalam ekspedisi i'tikaf kami. Di masjid ini, Allah tunjukkan banyak perkara untuk kami pelajari. Melihat dan merenungi nasib sesetengah Muslim yang susah. Secara teori, kita tahu di dunia ini ada orang yang susah dan senang. Syukur, di masjid inilah kami belajar secara berdepan situasi ini. Tersentuh dan sebak di hati sentiasa ada apabila melihat mereka. Kisah pakcik tua yang berbasikal tidak sempat untuk ambil makanan untuk berbuka kerana sudah habis, kisah makcik yang tidur di dalam tandas dan sentiasa menjaga kebersihan tandas untuk keselesaan pelawat, gelagat anak anak kecil yang turut sama hadir mengikut ibu ayahnya untuk i'tikaf dan terawih, kesungguhan ibu-ibu tua yang hadir ke masjid hanya semata untuk beribadah kepada Allah walaupun sudah tidak larat untuk solat berdiri. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? Allah..
Disini, programnya meriah juga. setiap hari, akan ada qiamullail berjemaah pada pukul 4 pagi dituruti sahur. kemudian solat subuh dan talaqqi al-Quran berserta bacaan terjemahan Al-Quran. kemudian, ada sesetangah hari kuliah DHUHA di ground floor. kemudian ada kuliah Zohor di dewan solat utama, solat tarawih 21 rakaat, kemudian ada kuliah dari pukul 11 - 12.30 malam. tak sangka ramai juga yang hadir kuliah ini. kami join sehari je sebab sebelum ni terlepas dan tidur awal 😅 kuliah kitab umdatul hikam oleh Ustaz Syed syahridzan. Sabtu pagi ini, ada kuliah DHUHA oleh Ustaz Don Daniyal yang bertajuk Kemuncak Ramadhan. Alhamdulillah, mendapat input yang baru.
untuk gambaran, Masjid ini ada 3 tingkat secara asasnya. ground floor inilah terletaknya tandas, tempat wuduk, bilik mandi, kedai kecil, pejabat2, perpustakaan, ruang solat bahagian bawah dan tempat kami berbuka Puasa. kebiasaannya, solat maghrib berjemaah akan diadakan selepas berbuka puasa di ground floor untuk memudahkan pergerakan jemaah.
pada tingkat 1 pula merupakan dewan solat utama yang mempunyai pelbagai Kemudahan seperti air-cond, kipas, kerusi lipat dan ruang solat yang amat besar. pada tingkat 2 pula khusus untuk Kaum muslimat. Di tingkat ini,  pencahayaan agak kurang sedikit kerana tiada lampu yang banyak dan design cermin yang berwarna-warni dan gelap sedikit. disinilah kami tidur sepanjang kami i'tikaf. syukur, first time merasai mendengar khutbah Jumaat secara live. selepas khutbah tu, imam mengumumkan ada orang yg mahu memeluk Islam dan beliau mengucapkan shahadah dibantu oleh imam tersebut. Alhamdulillah tabarkallah.
sungguh manis sekali musafir i'tikaf kali ini. mungkin kerana kami lebih menghargai setiap detik masa yang ada dan mensyukuri setiap apa yang Allah telah berikan kepada kami ❤
moga dipertemukan lagi Ramadan yang akan datang. masjid ini inshaAllah akan dijadikan lagi bagi kami destinasi wajib untuk Ramadan akan datang.




Friday, June 8, 2018

seorang pakcik tua

Semalam berbuka puasa di sebuah masjid.
Kelihatan seorang pakcik tua berbasikal seorang diri baru sampai di tempat berbuka tika waktu berbuka hampir tiba.
Terus pakcik itu ke tempat makanan, namun hampa tiada makanan lagi.
Terus pakcik itu bertanya ada lagi kah makanan pada AJK.
Kemudian pakcik itu berlalu ke suatu sudut sementara azan berkumandang.
Menunggu tiba jika masih ada makanan untuknya.

Tidak berapa lama kemudian mungkin ada yang melihat keadaan  pakcik itu
Terus pergi ke pakcik itu untuk memberikan makanan yang ada untuk berkongsi.
Pakcik tersenyum gembira.
Mengucapkan terima kasih kepada yang memberi.
Membawakan kegembiraan kepada seorang pakcik.

Bersyukurlah selagi masih bernafas.
Kerana tidak terhtitung banyaknya nikmat dan kurniaan yang Allah tunjukkan dan berikan.


7 Jun 2018

Friday, March 16, 2018

Bagai pepasir..

Terkadang kita merasakan suatu perkara yang kita selalu buat itu adalah perkara biasa dan tak memberi apa-apa erti dan kesan pada tubuh badan jiwa nurani kita. Sedangkan ianya boleh memberi kesan yang amat mendalam dalam kehidupan seharian kita. Rasa gundha gulana, gelisah, tak tentu arah, rasa kosong jiwa. Kerana kita serong merasakan DOSA-DOSA KECIL yang sering kita lakukan itu adalah perkara biasa dan akhirnya ia menjadi seperti sebuah bebola yang amat besar yang akhirnya mengganggu ketenangan hidup kita tanpa kita sedar. Maka berhati-hatilah duhai diri, janganlah sentiasa merasakan kita ini tidak pernha berbuat dosa lantaran kita hanya melihat seperti, "Ah, aku tidak minum arak pun, aku tidak berzina pun, aku tidak mencuri pun". Sedangkan terkadang ada terselit juga dosa-dosa kecil dan terbiasa yang kita lakukan tanpa sedar. Maka, syukurilah pada Ilahi apabila engkau merasa pelik dengan apa yang telah terjadi pada dirimu, apabila engkau merasakan yang engkau telah berbuat dosa yang banyak. Rendahkan dirimu di hadapan Tuhan, bentanglah Sejadah dan hatimu... Mohonlah ampunan dari -Nya dan luahkan segala kegusaran dan dosa-dosa yang telah menyelimuti dirimu selama bertahun-tahun tanpa kau sedar... Mohonlah ampunannya dan hidayah taufiqNya.. Biarlah kita terlambat meluahkan segala penderitaan kita daripada kita langsung tidak sempat berbicara denganNya. Yakinlah dan bersungguh-sungguhlah dalam merebut cinta, ampunan, kasih sayang Allah azza wajalla.. . Kerana Dia lah cinta teragung kita.....

Friday, March 2, 2018

Assalamualaikum and hi..
Lamanya tak update blog ni. Rindu..
Moga setiap apa yg kita lakukan Ikhlas lillahi Taala.
Moga masa muda kita diperhabiskan untuk perkara yg bermanfaat,  inshaAllah.

P/s- rindu mak ayah ❤