Sunday, November 12, 2017

Fikir positif

Alhamdulillah
Bila kita selalu fikir dan kata benda yang positif, everything gonna be well, in sha Allah.
Tak kisah lah apa yang orang lain nak kata benda negatif tapi pasakkan dalam hati supaya sentiasa positif, doakan saja moga kita semua sama sama mendapat hidayah dan taufik dari Allah.

Setiap apa yang kita cakap dan fikir akan pengaruhi minda kita dan juga action kita tanpa kita sedar. fikir positif jauhi negatif. Jalan lurussssss saja! 🤗

Berfikirlah dengan hati yang besar, fikiran dan matlamat yang jelas dan besar. Tidak cukup sahaja dengan fikir, kita kena lah lebihkan doa kita mohon bantuan pertolongan dari Allah. Takkan baru minta sekali, kemudian bila doa tak makbul terus tinggalkan doa dan berburuk sangka dengan Tuhan?

Bersabarlah duhai hati. Tambahkan doamu tiap tiap hari dengan sebutan doa yang Ikhlas dari hatimu.. kerna setiap apa yang bakal yang kau lakukan adalah suatu perkara yang amat besar. Bergantunglah hanya kepada Allah. Yakinlah yang Allah sentiasa menjaga setiap hambaNya dengan sebaik-baik penjagaan.

Jangan mudah berburuk sangka dengan Tuhan! Kalau ada rasa macamtu, bersegeralah istighfar dan isti'adzah minta perlindungan dari Allah supaya dijauhkan dari fikiran yang bukan-bukan. Kerna kita Hamba Dia yang sungguh lemah.

Terus kuat wahai diri.
Stay positive.

Love.


#notahatinns

Saturday, November 11, 2017

Sedari Diri

Bilamana kau mulai sedar banyak masa kau tersia-sia begitu banyaknya dengan perkara yang sia-sia.
Hargailah detik itu sebab Tuhan yang jentik hati kau supaya lekas berubah sebelum segalanya terlambat.

kau hanyut dengan masa lapang kau yang mana masa tu sepatutnya kau penuhkan Ilmu di dada dan beramal. kau terlampau berada dalam zon selesa sampai setiap masa kau fikir nak tidur sahaja. tidak mahu berfikir keras untuk urusan yang sepatutnya kau lunaskan. Segalanya kau buat tanpa niat Ikhlas di dada, tanpa ketekunan dalam jiwa.

kau hanyut terbuai dengan nafsu su' kau sendiri. kau kalah untuk kawal nafsu. kau biarkan nafsu yang menunggangi diri kau. menyebabkan diri kau jadi tak tentu arah, hati selalu resah tanpa sebab, suka berangan tanpa beroleh apa apa faedah.

kau biarkan diri kau menipu diri sendiri. kata kau ingin melepaskan kelelahan menuntut Ilmu dengan melayari laman sosial untuk sepotong waktu. tanpa kau sedar sebenarnya waktu emas yang patutnya digunakan untuk menelaah Ilmu telah dipersiakan untuk medsos.

Hati kau jadi kering gersang punah bilamana setiap perkara yang kau lihat penuh dengan kedengkian, sangka buruk, iri hati. kau tilik setiap benda yang kau lihat di medsos dengan penuh sifat busuk hati. jauh di sudut hati, kau semakin jauh dari Ilahi. kau makin jauh dengan akhlak yang murni. kau semakin jauh dengan Insan yang baik hati. kerna kau sendiri telah memilih untuk berada dalam keadaan yang sebegitu. kau biarkan diri kau hanyut terus terleka, tak pernah mahu cuba bangkit melawan nafsu yang buruk itu. sehingga kau rasa apa yang kau buat itu adalah kebiasaan walau sebenarnya ia memberi kesan yang amat kotor dalam sanubari kau.

namun, Tuhan itu Maha Pemurah dan Penyayang. Dia ketuk hati jiwa kau dengan mendatangkan perasaan bersalah. Berubahlah sebelum segalanya terlambat.