Thursday, August 3, 2017

Nikmat syurga

Assalamu'alaikum.

Harini banyak benar dengar tentang Syurga. Ya. Syurga.

Kadang-kadang bila kita terlampau sibuk dengan hal urusan duniawi, syukur Allah jentik hati untuk mendengar peringatan tentang Syurga.

Nikmat dalam syurga adalah apabila kita dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga, teman-teman yang dicintai kerana Allah dan juga mukmin yang lain.

Surah At-Tur ayat 2.

Bilamana penghuni syurga saling ziarah menziarahi dan bertanya khabar.

Ya Allah seronoknyaaaaa!

Ya Allah, moga kami semua memperolehi rahmatMu untuk memasuki syurgaMu yang indah dan sebenar-benar nikmat ya Allah!

Aamiiin.

Selalu terbayang-bayang.

Seronoknya dapat jumpa dengan atok yang tak sempat lagi jumpa kat dunia ni. Rindu sangat nak jumpa dan bersalam dengan guru-guru yang dah pergi dulu. Tak sabar nak bertemu semula dan berkenalan dengan nenek moyang yang tak pernah bertemu! Hanya sekadar doa yang mendekatkan jarak. Allah... rindunya

Dalam syurga nanti, masing masing akan bincang dan bersembang balik.

Apa ya yang kita pernah buat kat dunia dulu?

Dulu dulu kat dunia sentiasa rasa susah dan penat. Lepas dapat rezeki, kena bayar zakat. Dah masuk azan, kena bersolat. Kat dunia, tak boleh cakap benda lagha, nanti kena persoal di akhirat. Susah nanti!

Subhanallah.

Sebenarnya dari nikmat susah itulah dapat merasa manis dan tenangnya syurga tu. Ya rabbi!

YA.

Mati kita di dunia ini bukanlah pengakhiran hidup kita yang sebenar.

Di sebalik mati, ada lagi kehidupan yang lain. Lepas daripada kita mati, sekejap sahaja masa kita mati ni. Ruh akan turun dan kita akan melihat orang mandikan kita, usung jenazah kita. Malaikat Munkar Nakir dah tunggu untuk tanya kita. Orang tutup liang lahad kita. Dengan tanah tanah yang dikejapkan dum dum bunyinya. Bunyi tapak kaki beransur-ansur pergi meninggalkan kita. Itulah namanya alam barzakh.

Allahu Rabbi. Bersediakah kita untuk hadapi kematian? Pernahkah kita fikir bagaimana akhir kematian hidup kita? Macamanalah agaknya kita menghadap Dia nanti? Allah.

Benarlah.

Orang yang cerdik itu bukan dilihat pada adanya title profesor atau pangkat yang hebat. Tapi orang yang cerdik itu adalah yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadap Allah bila bila masa sahaja.

Teman.

Jangan terperangkap dengan dunia. kita kejar apa dalam hidup ni sebenarnya? Kejar duit ke? Kejar pangkat dan kehormatan ke? Allah suruh kejar semua tu ke?

Orang yang baik adalah orang yang mengejar syurga. Kalau kejar dunia, kita akan terperangkap dengan dunia. Terpedaya dengan banyak duit banyak pangkat. Padahal pangkat dan duit tu Allah beri secoet (sikit) sahaja buat ujian diri kita.

Akhirnya.

Ahli syurga akan berkata:

"Ya, akhirnya kita dapat kemuncak nikmat kita. Iaitu berada dalam syurga yang penuh ketenangan dan kebahagiaan. Selama-lamanya."


Tinta dari hati,
UKMAR.


Rujukan: Ustaz Dusuki di ikim fm.

No comments: