Sunday, November 12, 2017

Fikir positif

Alhamdulillah
Bila kita selalu fikir dan kata benda yang positif, everything gonna be well, in sha Allah.
Tak kisah lah apa yang orang lain nak kata benda negatif tapi pasakkan dalam hati supaya sentiasa positif, doakan saja moga kita semua sama sama mendapat hidayah dan taufik dari Allah.

Setiap apa yang kita cakap dan fikir akan pengaruhi minda kita dan juga action kita tanpa kita sedar. fikir positif jauhi negatif. Jalan lurussssss saja! 🤗

Berfikirlah dengan hati yang besar, fikiran dan matlamat yang jelas dan besar. Tidak cukup sahaja dengan fikir, kita kena lah lebihkan doa kita mohon bantuan pertolongan dari Allah. Takkan baru minta sekali, kemudian bila doa tak makbul terus tinggalkan doa dan berburuk sangka dengan Tuhan?

Bersabarlah duhai hati. Tambahkan doamu tiap tiap hari dengan sebutan doa yang Ikhlas dari hatimu.. kerna setiap apa yang bakal yang kau lakukan adalah suatu perkara yang amat besar. Bergantunglah hanya kepada Allah. Yakinlah yang Allah sentiasa menjaga setiap hambaNya dengan sebaik-baik penjagaan.

Jangan mudah berburuk sangka dengan Tuhan! Kalau ada rasa macamtu, bersegeralah istighfar dan isti'adzah minta perlindungan dari Allah supaya dijauhkan dari fikiran yang bukan-bukan. Kerna kita Hamba Dia yang sungguh lemah.

Terus kuat wahai diri.
Stay positive.

Love.


#notahatinns

Saturday, November 11, 2017

Sedari Diri

Bilamana kau mulai sedar banyak masa kau tersia-sia begitu banyaknya dengan perkara yang sia-sia.
Hargailah detik itu sebab Tuhan yang jentik hati kau supaya lekas berubah sebelum segalanya terlambat.

kau hanyut dengan masa lapang kau yang mana masa tu sepatutnya kau penuhkan Ilmu di dada dan beramal. kau terlampau berada dalam zon selesa sampai setiap masa kau fikir nak tidur sahaja. tidak mahu berfikir keras untuk urusan yang sepatutnya kau lunaskan. Segalanya kau buat tanpa niat Ikhlas di dada, tanpa ketekunan dalam jiwa.

kau hanyut terbuai dengan nafsu su' kau sendiri. kau kalah untuk kawal nafsu. kau biarkan nafsu yang menunggangi diri kau. menyebabkan diri kau jadi tak tentu arah, hati selalu resah tanpa sebab, suka berangan tanpa beroleh apa apa faedah.

kau biarkan diri kau menipu diri sendiri. kata kau ingin melepaskan kelelahan menuntut Ilmu dengan melayari laman sosial untuk sepotong waktu. tanpa kau sedar sebenarnya waktu emas yang patutnya digunakan untuk menelaah Ilmu telah dipersiakan untuk medsos.

Hati kau jadi kering gersang punah bilamana setiap perkara yang kau lihat penuh dengan kedengkian, sangka buruk, iri hati. kau tilik setiap benda yang kau lihat di medsos dengan penuh sifat busuk hati. jauh di sudut hati, kau semakin jauh dari Ilahi. kau makin jauh dengan akhlak yang murni. kau semakin jauh dengan Insan yang baik hati. kerna kau sendiri telah memilih untuk berada dalam keadaan yang sebegitu. kau biarkan diri kau hanyut terus terleka, tak pernah mahu cuba bangkit melawan nafsu yang buruk itu. sehingga kau rasa apa yang kau buat itu adalah kebiasaan walau sebenarnya ia memberi kesan yang amat kotor dalam sanubari kau.

namun, Tuhan itu Maha Pemurah dan Penyayang. Dia ketuk hati jiwa kau dengan mendatangkan perasaan bersalah. Berubahlah sebelum segalanya terlambat.

Friday, October 27, 2017

Muhasabah jiwa

الحمدلله

Hari ini banyak kali kena ketuk dengan teguran Allah 
Melalui seorang sahabat yang sentiasa setia menegur 
Dan tidak pernah culas untuk turut sama memperbaiki diri bersama-sama

Bercerita tentang niat
Manusia selalu terlepas pandang tentang niat
Aku tak pandai untuk berbicara tentang niat
Sebab aku sendiri masih bertatih untuk memperelokkan niatku dalam setiap amalan

Ustazah berbicara  di slot Tarbiyah IKIM FM pagi tadi
Kadang-kadang sebab niat kita yang tersilap
Bisa menyebabkan segalanya sia-sia

Bayangkan kita dah rasa kita buat amal kebaikan dengan bersungguh-sungguh
Tapi bila di akhirat sana Allah cakap Allah tak terima amalan kita
Allah suruh kita cari balik orang-orang yang kita berniat nak menunjuk kat orang tu masa di dunia
Sebabnya niat kita buat amal kebaikan semata nak tunjuk kat manusia
Bukan kerana Allah semata
Betapa menyesalnya dan sia-sianya amalan kita 
Sebab tu kita selalu diperingatkan untuk perbaiki niat kita
Tajdid niat kita

Contoh

Aku berubah ni sebab ikut manusia ke
Supaya aku tak ketinggalan ke
Supaya aku ni dipandang solehah ke
Di mata manusia
?

Refleks balik
Bila kita sorang-sorang ada tak kita buat amal kebaikan yang selalu kita buat 
Semasa orang ada?
Atau bila kita sorang-sorang diri jadi lemau malas beribadat banyak tidur malas bangun tahajud
Tapi bila depan orang 
Dialah yang paling bersemangat rajin aktif qiamullail bla3
Itu kena tengok balik diri sendiri
Ada sesuatu yang parah dan membarah sedang berlaku dalam diri 
Jangan sesekali salahkan orang lain kalau diri kita jadi sebegitu
Semuanya antara kita dengan Tuhan

Kembali semula kepada Dia
Dia tak pernah tinggalkan kita
Dia tak pernah sakitkan hati kita
Dia sentiasa menunggu kita
Untuk pulang kepada Dia 
Dalam keadaan yang terbaik

Semuanya bergantung kepada diri
Kita ada pilihan
Maka pilihlah yang terbaik
Berdoalah kepada Tuhan
Kerana kita ni manusia amat lemah dan tak power langsung

Ya
Sujud kembali pada Dia
Minta Allah bersihkan hati kita semula
Agar dapat duduk di Jannah dengan gembira


# reflection



Monday, October 23, 2017

ilmu

kalau mahu belajar
hati kena bersih

hati kalau penuh maksiat
susah cahaya Allah nak masuk dalam hati

hati kena bersih

tundukkan pandangan
jangan sombong
banyakkan sedekah
banyakkan senyum
banyakkan buat benda baik
jauhkan dari mengumpat
jauhkan dari bercakap kotor
jauhkan dari bersangka buruk

beradablah dengan ibubapa guru
berdoalah untuk ibubapa gurumu

Saturday, October 7, 2017

cinta & dunia

"Allah tak pernah menzalimi hamba Dia. 
Tapi sebenarnya hamba Dia iaitu manusia itu sendiri yang selalu
Menzalimi dan mengkhinati dirinya sendiri."
6/10/2017



Dalam kehidupan, pelbagai jenis manusia yang berbeza personaliti dan sikap yang bakal kita jumpa. Tidak akan pernah semuanya sama. Jadi berhati-hatilah dalam tutur bicara. Jangan sampai pihak di sebelah sana terguris rasa. 

Dunia ini tak pernah kejam. Tapi dunia ini penuh dengan orang-orang yang kejam sampai terasa kebahangannya yang bersifat kejam. Manusia selalu menyalahkan dunia ini kejam. Kasihan dunia yang menjadi mangsa kekejaman manusia yang bersifat suka menghukum! 

Dunia ini sebenarnya penuh dengan bunga-bunga bahagia. Andai mata hati kita sudi membuka seluas-luasnya untuk menerima bahawa memang ada manusia-manusia yang membawa kabar dan perasaan bahagia dan cinta.

Aku berdoa moga Allah sentiasa pertemukan aku dan kamu semua dengan orang-orang yang bahagia dan juga sentiasa memberi hidayah buat diri kita yang mungkin ada terselit perasaan kejam seorang manusia. Amin.

Tuesday, September 12, 2017

Self-Motivation

Develop yourself
Weaponise yourself
TEACH YOURSELF TO BE SO GOOD AT SOMETHING THAT IS NECESSARY TO SERVE IN THE AREA OF YOUR DREAM
That now you've never ever been thinking about your comfort zones
Your comfort zone is irrelevant
What matters is, what you are trying to do with your life?
How are you trying to CONTRIBUTE?

 -------------------------------------------

What does it take to be happy?
Just one word, PROGRESS.

Progress equals happiness.
because achieving a goal feels good for how long?
A week? A month? Three months?
Then there needs to be something else.
And the reason for something else is because you gotta GROW.


----------------------------------------------



Friday, September 8, 2017

Sharing

Assalamu'alaikum guys. Here I just want to share..

If you have time, just try to scroll and read the Productive Muslim's website at this link:
http://productivemuslimacademy.com/

Alhamdulillah, I've got some benefits from there in shaping myself to be a Productive Muslim, inshaAllah!

You could sign up or subscribe from there as there will be soooo much advantages for us!

May Allah protect us always.

Salam.

Sunday, August 20, 2017

Scholar

I just wondering. how non Muslim scholar Muslim in Barat boleh bersemangat untuk kaji, study, explore, discover new things about our religion, Islam.

sometimes I confused. who is actually the real Muslim? because their attitudes show their "Muslim". their juhd shows their love to the vast knowledge.

meanwhile we as Muslim don't appreciate so much like the non Muslim. shame on me. Ya Allah.
initially when I start studying about hagiography, I was shocked and stunned that there were many West scholars who have studied on the mysticism or we may call it as Sufism in Islam. especially in Germany. there are so many translations from Arabic to their language.

what does the thing they getting attracted with?
maybe because the purity and the beautiful secrets in the knowledge has inspired them to study deeply.
shame on me.
I should follow their footsteps in exploring new knowledge with juhd and Himmah.
on how they rectify the maqam of knowledge, SubhanAllah.
hoping that I could be one of Muslim scholars who deeply in love with erudition and knowledge. and contribute some benefits to the society, inshaAllah.

sincerely,
A student.

Sunday, August 6, 2017

Ayah, Daddy, Abi, Walid

seorang ayah pasti takkan mahu melihat anaknya bersedih.

seorang ayah pasti takkan mahu menyusahkan anaknya.

seorang ayah pasti mahukan anaknya bahagia, berjaya dan gembira.

walaupun ayah mungkin tak tunjukkan sayangnya sepertimana seorang mak menunjukkan sayangnya pada anak,

namun di sudut hati, dia tetap sayangkan anaknya sepenuh hati.

ayah sentiasa mahu sediakan yang terbaik untuk anaknya.

terima kasih ayah kerana membesarkan anakmu ini dengan kasih sayangmu.

terima kasih ayah kerana menyayangi kami dengan caramu.

terima kasih ya Allah atas nikmat dan pinjaman yang kau berikan,

iaitu seorang ayah yang penuh bertanggungjawab dan sentiasa memberikan contoh yang terbaik buat anaknya.

alhamdulillah.

moga kita dapat gunakan masa dan peluang yang masih ada untuk berbakti kembali kepada ayah kita walau sekecil cuma.

moga Allah kurniakan syurga yang tertinggi buat ayah.



tulus daripada,
anakmu yang menyayangimu.

Thursday, August 3, 2017

Meet and blessed

Bismillah.

Alhamdulillah harini dapat jumpa dengan Dr walaupun sekejap! 30 minit je. Huhu.

Bincang tentang writing progress. Hopefully boleh tulis dengan lebih lancar dan tersusun serta mudah difahami lagi, i'A!

Moga dengan kajian ini, dapat aku sumbangkan walau sedikit manfaat buat ummah.

Moga lebih bersemangat untuk menuntut ilmu kerana Dia!

Biarlah ketagih dengan ilmu, jangan ketagih dengan hawa nafsu!

Ada kata kata:

Orang yang menuntut ilmu, orang yang berjihad dan orang yang mencari rezeki adalah orang yang baik (kalau tak silap).

Teruskan menuntut ilmu! Tak kisah dimana pun kau berada.


#setahunsudahberlalu

Nikmat syurga

Assalamu'alaikum.

Harini banyak benar dengar tentang Syurga. Ya. Syurga.

Kadang-kadang bila kita terlampau sibuk dengan hal urusan duniawi, syukur Allah jentik hati untuk mendengar peringatan tentang Syurga.

Nikmat dalam syurga adalah apabila kita dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga, teman-teman yang dicintai kerana Allah dan juga mukmin yang lain.

Surah At-Tur ayat 2.

Bilamana penghuni syurga saling ziarah menziarahi dan bertanya khabar.

Ya Allah seronoknyaaaaa!

Ya Allah, moga kami semua memperolehi rahmatMu untuk memasuki syurgaMu yang indah dan sebenar-benar nikmat ya Allah!

Aamiiin.

Selalu terbayang-bayang.

Seronoknya dapat jumpa dengan atok yang tak sempat lagi jumpa kat dunia ni. Rindu sangat nak jumpa dan bersalam dengan guru-guru yang dah pergi dulu. Tak sabar nak bertemu semula dan berkenalan dengan nenek moyang yang tak pernah bertemu! Hanya sekadar doa yang mendekatkan jarak. Allah... rindunya

Dalam syurga nanti, masing masing akan bincang dan bersembang balik.

Apa ya yang kita pernah buat kat dunia dulu?

Dulu dulu kat dunia sentiasa rasa susah dan penat. Lepas dapat rezeki, kena bayar zakat. Dah masuk azan, kena bersolat. Kat dunia, tak boleh cakap benda lagha, nanti kena persoal di akhirat. Susah nanti!

Subhanallah.

Sebenarnya dari nikmat susah itulah dapat merasa manis dan tenangnya syurga tu. Ya rabbi!

YA.

Mati kita di dunia ini bukanlah pengakhiran hidup kita yang sebenar.

Di sebalik mati, ada lagi kehidupan yang lain. Lepas daripada kita mati, sekejap sahaja masa kita mati ni. Ruh akan turun dan kita akan melihat orang mandikan kita, usung jenazah kita. Malaikat Munkar Nakir dah tunggu untuk tanya kita. Orang tutup liang lahad kita. Dengan tanah tanah yang dikejapkan dum dum bunyinya. Bunyi tapak kaki beransur-ansur pergi meninggalkan kita. Itulah namanya alam barzakh.

Allahu Rabbi. Bersediakah kita untuk hadapi kematian? Pernahkah kita fikir bagaimana akhir kematian hidup kita? Macamanalah agaknya kita menghadap Dia nanti? Allah.

Benarlah.

Orang yang cerdik itu bukan dilihat pada adanya title profesor atau pangkat yang hebat. Tapi orang yang cerdik itu adalah yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadap Allah bila bila masa sahaja.

Teman.

Jangan terperangkap dengan dunia. kita kejar apa dalam hidup ni sebenarnya? Kejar duit ke? Kejar pangkat dan kehormatan ke? Allah suruh kejar semua tu ke?

Orang yang baik adalah orang yang mengejar syurga. Kalau kejar dunia, kita akan terperangkap dengan dunia. Terpedaya dengan banyak duit banyak pangkat. Padahal pangkat dan duit tu Allah beri secoet (sikit) sahaja buat ujian diri kita.

Akhirnya.

Ahli syurga akan berkata:

"Ya, akhirnya kita dapat kemuncak nikmat kita. Iaitu berada dalam syurga yang penuh ketenangan dan kebahagiaan. Selama-lamanya."


Tinta dari hati,
UKMAR.


Rujukan: Ustaz Dusuki di ikim fm.

Sunday, July 30, 2017

be strong

sumber gambar: google

Saturday, July 29, 2017

Di sebalik harga potongan secret recipe

alhamdulillah seronok rasanya dapat beli 3biji kek SR dengan harga potongan RM20 sempena celebration diaorang.

ramaaaaai sangat orang datang beli.

lepas dah ambil kad debit terus pergi SR. sebab alang alang dah dekat dekat je tempat tu kan.

dah lama sangat rasanya tak makan kek SR dengan cik **. sejak kitaorang cuba untuk berjimat cermat simpan duit dan nak jaga pengambilan pemakanan yang sihat.

tadi cik **  sikit pun dia cakap maniiissss. alhamdulillah, itu satu tanda yang bagus sebenarnya. bila lidah dan tekak dah mula rasa tak best bila makan benda yang manis manis ni, itu menunjukkan badan awak dah boleh scan dan detect apa yang elok dan tak untuk badan awak.

terima kasih cik ** sudi teman seharian dan ajar banyak benda. alhamdulillah, syukur sangat Allah rezekikan banyak ilmu, pengalaman, perasaan dan rasa pada harini. rezeki tu boleh datang dari pelbagai bentuk. antaranya Allah rezekikan kita dengan sahabat solehah yang baik 😸
maka bersyukurlah dan hargailah.

9.14malam
20.7.2017
nilai

Friday, July 28, 2017

Takkan habis

Dua perkara yang mana manusia takkan habis mengejarnya.
Ilmu dan Rezeki.


Saturday, July 22, 2017

Teringin

aku rasa teringin nak rehat.
tidur. seenak enaknya tanpa diganggu sesiapa.

kerana kadang-kadang aku dah penat dengan dunia.
penat dengan ragam lakonan manusia dan diri aku sendiri.
penat dengan segala macam perspektif manusia.
penat dengan pelbagai benda.

Tuhan,
kuatkan aku ku mohon.
Tulus dariku Tuhan.
Tolong jangan tinggalkan aku sendirian, Tuhan.

Monday, July 17, 2017

Betul ke ni ?

Baru baru ini, aku mula terfikir.

Betul ke jalan yang aku pilih ini?

Impian dan cita-cita aku untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku sudah mula berkira-kira. Betul ke aku nak teruskan?

Kerna makin aku daki jalan ini, makin aku merasa goyah.

Tapi aku tak boleh berhenti separuh jalan.

Aku kena teruskan impian aku.

Sebab mak ayah sentiasa menyokong aku.

Sahabat baikku sentiasa memberikan kepercayaan yang aku mampu lakukan.

Doa-doa tersembunyi dari orang-orang yang aku kenali dan mungkin tidak kukenali pasti sentiasa ada.

Moga Allah luruskan dan tetapkan hatiku ini.

Untuk teruskan perjuangan ini.

Walau sepahit mana jalan yang bakal aku tempuhi.

Moga ada sinar di sepanjang perjalanan ini dari Ilahi.

Mohon doanya.


17 Julai 2017
<3 p=""> 2.30 petang.
Nilai.

Friday, July 14, 2017

Sihat itu Nikmat

Bismillah.

Sihat itu Nikmat. Sakit itu juga nikmat, sudah semestinya.

Kadang manusia ini sering lupa nikmat sihat yang Allah beri,

Sampai tiba masa Allah hadiahkan dia sakit,

Barulah dia sedar betapa manis dan nikmatnya sihat.

Allah bagi sakit untuk jentik hati manusia,

Untuk kembali kepada Dia,

Rabb Ilahi,

Mengadu pada Dia sesungguh-sungguhnya,

Memohon pertolongan pada Dia,

Mengharap ampun dan belas kasih-Nya.

Setiap perkara yang Allah beri,

Pasti ada sebabnya.


Selamat menjaga kesihatan dalaman dan luaran.

Moga Allah lindungi dan kasihi kita semua.

Amin.

Thursday, April 20, 2017

Doa

Kadang-kadang kita lupa.
Bahawa setiap kejayaan kebahagiaan ketenanangan yang kita ada.
Adalah dari doa-doa insan yang menyayangi kita kerana Allah ta'ala.

Jangan lupa, doakan untuk orang lain juga dalam titipan doa kita tiap hari. :)
Jangan lupa, doakan saya.



Saturday, April 15, 2017

Dengki

Ada seorang Ustaz pernah berkongsi.
Kalau tak silap, Ustaz Dusuki.
Pesannya, jika kita rasa diri kita ini dengki atau iri hati dengan orang lain.
Maka, senyap-senyap.. kita doakan kebaikan untuk mereka.
Kita doakan moga Allah berikan yang terbaik buat mereka.
Dan moga Allah hilangkan rasa dengki kita pada dia.

Contohnya..
Si A rasa sangat jealous dengan si B sebab ada kereta yang besar, rumah besar, banyak gajinya. Maka si A ni bolehlah baca doa dan minta pada Allah...supaya Allah bagi yang terbaik untuk si B dan doakan moga Allah sisihkan rasa jealous tu daripada si A.

Sungguh, Allah dah rezekikan dan tetapkan setiap insan itu, rezeki rezeki yang sesuai dan secukupnya untuk dia. Maka, mengapa manusia itu perlu dengki sesama manusia? Bukanlah kita yang bertugas untuk menentukan siapa dapat rezeki apa. Tapi Allah ta'ala lah yang Maha Berkuasa dan Maha Segalanya.

Wallahu'alam.

Sunday, April 2, 2017

Rijal

Ya Allah.
Baru aku paham apa gunanya Ilmu Rijal Hadith ni T_T dalam bidang hadith.
Malunya, selama ini belajar je, tapi tak faham T________T
Ampuni aku ya Allah.
Terima kasih ya Allah.
Ilmu Allah itu luassssssssssss.. Allahu Akbar.
اللهم انا نسألك علما نافعا

Thursday, February 9, 2017

bila rindu zaman dulu, mesti akan baca balik post blog yang lama-lama sambil tersengih dan tersenyum :)