Wednesday, October 19, 2016

matlamat

Hidup ini ada matlamatnya.
Matlamatnya apa?
Tujuannya apa?
Dapat kereta ferrari? dapat kahwin dengan mr. universe? dapat duit banyak?
Tetapkanlah tujuan dan matlamat kita.
Hidup ini sungguh pendek untuk disia-siakan begitu sahaja.
Allah matlamat kita.
Pokoknya, dalam setiap perkara, bersemangatlah untuk melakukannya hanya kerana Allah.

Wednesday, October 5, 2016

pelahap ilmu

Bismillah.
Belakangan ini aku merasakan semangat untuk study semakin merosot. Allah, sedihnya rasa. Rasa down. Asyik nak ketiduran sahaja,mtidak tahu puncanya.

InshaAllah, untuk kali ini, aku ingin berkongsi. Buat masa sekarang, aku sedang menyambung pengajian master by Research di sebuah IPTA dalam Malaysia. Alhamdulillah, kerana Allah masih beri peluang untuk ku sambung pengajian, menuntut ilmu-Nya.

Untu semester pertama ini, aku hanya punyai 2 subjek yang wajib diambil. Research methodology dan Data Analysis. Kuliah yang aku hadiri ini pula terdiri daripada pelajar Master dan PhD dari fakulti yang pelbagai. Maka, banyak ilmu baru yang aku dapat dari pelbagai jenis bidang. Huhu.

Kadang-kadang dalam kuliah, tak faham juga apa yang pensyarah sampaikan bila kakak-kakak, pakcik-pakci PhD tanya, hihi. Tapi lama-lama Alhamdulillah kita boleh belajar dan faham sekali. Ilmu yang kita belajar ini, bukan untuk setakat tahap master sahaja kita gunakan, tapi sepanjang hayat hidup kita. Perkataan Underpinning Theory, Theoretical Framework, Gap dan lain-lain adalah antara contoh perkataan yang dipelajari dalam kuliah baru ini. Pening tapi amat bermakna dan rasa macam sedap giler bila dah faham benda tu. huhu.

Dua kelas ini hanya dijalankan pada dua hari yang berbeza, antara pukul 6-9 malam. Antara pertengahan itu, kami akan break untuk solat maghrib.

Hari lain memang tiada kelas. Kena kuat sebab kena pandai urus masa dan rancang betul-betul apa yang nak dilakukan pada hari yang bakal dilalui. Kalau tidak ada perancangan, maka kita merancang untuk gagal.



Awal-awal aku join master, aku rasa macam main-main pun ada. Astaghfirullah. Rasa nak berjalan aje. Sedangkan assignment sedang menunggu untuk dilahap dan ditelan olehku. Walaupun 2 subjek semata, tapi Astaghfirullah berderet kerja yang diberi. Benarlah! Memanglah kena ada banyak assignment wahai diri supaya awak faham apa yang awak pelajari!

Kadang-kadang jadi buntu tak tahu mana nak mula macamana. Emm. Itulah pentingnya bila kita tak faham, kenalah cepat cepat tanya pensyarah atau kawan-kawan! Jangan rasa inferior sangat wahai diri! Awak dalam proses nak bina diri sendiri, jangan rasa malu berlebihan sampaikan diri awak langsung tak bergerak dari setapak kaki awak yang di belakang!

Seorang Profesor kami sering mengingatkan. Jangan pernah rasa menyesal nak marah tak tentu pasal awak buat master atau phd by research! Sebab awak sendiri yang pilih jalan ini. You should be more passionate in your study. Rasa cinta sangat-sangat untuk study hanya kerana Allah. Ikhlas your niyyat! Bukan semata mata nak kejar pangkat atau jawatan yang tinggi! Tapi belajarlah hanya kerana Allah dan letakkan keredhaan Allah itu sebagai matlamat utama kamu!

sheikh muszaphar's spirit


Philosophy means... Philas: Wisdom, Sophia: Love for. So, when you are studying right now, doing your research, the basic thing that you must have is the feeling of Love the Wisdom...Love the Knowledge. Not by hating it!

Kalau awak rasa benci dan rasa terpaksa nak buat research, then you'll get nothing my dear. You're just wasting your time struggling to complete your research that you do without LOVE.

So, dear myself, please ikhlas your niyyat and do your very best. Never give up! Jangan asyik nak beri alasan! Teruskan hidup awak! Berpautlah pada Dia. This is your time to do your best, okay.

May Allah bless and count every hardwork that you do! Amin.

Tengah nak boost diri sendiri supaya rajin belajar balikkkk. Fighting!

#reminderformyselftho

5 oktober 2016
7.50pagi
Cahaya pagi mula menyinar

Lelaki itu Macam Aku Kenal

Ghaddul bashar

Manusia selalu mudah lupa dengan dosa yang telah dia lakukan. Misalnya, tidak menundukkan pandangan. Sedangkan dia sendiri tahu bahawa melihat perkara yang tidak sepatutnya itu boleh menggelapkan hati.

Walaupun dia menjaga solatnya di awal waktu atau berjemaah, tilawah berbelas belas muka surat setiap hari, dan sewaktu dengannya, tapi bilamana dia tidak menundukkan pandangannya, misalannya melihat seorang lelaki asing yakni ajnabi, maka telah jatuhlah berderai segala amalannya.

Mungkin kelihatan syadid. Tapi, kenapa dengan amalan yang banyak itu tidak mampu mengguggurkan perasaan atau sikap untuk melihat lelaki ajnabi? Sedangkan kita sndiri tahu bahawa pandangan pertama itu peluang. Pandangan kali kedua dan ketiga itu adalah berdasarkan nafsu semata jika tidak ada sebab yang kukuh. 

Adakah dia jadi begitu, tidak ghaddul bashar kerana amalannya? Mungkin kerana salah amalannya, amalannya sudah bagus, cuma niat di hati pelaku amalan itu yang tidak benar dan jelas. Mungkin pelaku amalan itu mendirikan segala amal ibadah untuk menunjuk-nunjuk atau riyak di hadapan orang lain.

Sebenarnya perkara sekecil inilah yang seringkali membantutkan kehidupan seorang mukmin. Riyak yang merupakan syirik kecil itu mampu merosakkan sekeping hati yang suci sedikit demi sedikit tanpa manusia itu sedar, sehingga mampu menghitamkan seluruh hati pelakunya jika tidak dibersihkan selalu.

Sungguh benar hadis nabi s.a.w yang memberikan kefahaman kepada kita bahawa dalam hati manusia itu, ada seketul daging yakni hati. Kalau baiklah hatinya, maka baiklah dan berbahagialah seluruh anggota badannya.

Umpamanya, apabila hati kita awal-awal sudah buat silap dengan berniatkan tidak ikhlas kerana Allah dalam melakukan suatu amal ibadah atau pekerjaan, maka segenap anggota badan kita juga akan terkesan sama. Contoh kesannya, ya, tidak menundukkan pandangan dengan sebaiknya.

Mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa melihat lelaki ajnabi itu adalah perkara biasa, tidak salah pun. Sekadar main mata, tengok seorang lelaki dengan perasaan takjub, gembira berlebihan tanpa ada batasan itu biasalah kan. Tapi sebenarnya tidak, wahai. Sebenarnya perkara itulah yang menyebabkan hati dan iman kita jadi semakin kering segersang-gersangnya dan susah untuk kita buat amal ibadah yang lain. 

Maka, berhati-hatilah dengan segenap perkara yang kita lakukan.
Ingatlah, setiap kali sebelum kita mulakan sesuatu, tetapkanlah hati untuk buat apa-apa perkara hanya kerana Allah ta'ala. bukan kerana manusia. 

"Ya muqallibal quluub, tsabbit quluubana 'ala diinika wa 'ala to'atik."

Nota kaki: 
- lelaki ajnabi ialah lelaki asing, yang bukan suami atau bukan mahram kita. 


5 oktober 2016
Keseorangan
6.40 pagi

Sunday, October 2, 2016

punch card lambat

Liat atau susah bangun subuh?

Ada sesetengah orang senang sangat untuk dia bangun seawal pagi sebelum subuh untuk bersiap sedia menunaikan fardu subuh. Ada orang yang liat sangat untuk bangun dan menunaikan fardu itu sehingga keluarlah satu kata Subuh Gajah.

Setiap orang punyai cabaran tersendiri yang harus dia hadapi.

Untuk punyai hati yang kuat untuk bangun subuh, kita seharusnya punyai hati yang kuat bergantung kepada Allah. Jangan hanya bergantung pada alarm clock sahaja!

Hati yang bergantung dan dekat dengan Allah itu pula, maka tidak bolehlah kita mencampurkan dengan niat yang lain. Ah! Kadang kadang manusia ini bermacam ragamnya. 

Bilamana waktu bekerja atau hari dia bekerja, boleh pula dia bangun awal pagi hatta pukul 5 pagi pun kerana terpaksa menghadapi perjalanan ke tempat kerja yang jauh! Tapi, subhanallah, bila hari bercuti atau tidak bekerja, liat sungguh nak bangun subuh. Kerana apa? Kerana merasakan hari ini aku tidak perlu bekerja. Bangun lambat sudahlah. Bukannya perlu punch card awal pun. Bukannya perlu tunjuk muka depan bos hari ini pun! 

Astaghfirullah. Manusia.... Berubahlah...

Wahai diri, ingatlah, tujuan kita beribadah, tujuan kita bekerja, dan semua perkara yang kita lakukan, hanyalah kerana Allah. Janganlah kita berkejar kepada pandangan mata manusia sahaja! Sedangkan pandangan Allah kita ketepikan! Allahu!

Allah itu Maha Penyayang, sebab itu Allah masih beri kita hidup, bagi kita bangun bekerja lagi pada hari hari lain walaupun pada hari bercuti kita bangun lambat solat subuh gajah lintang pukang cari kain telekung ataupun kadang kadang kita biarkan je masa waktu pagi berlalu dengan tidur sampailah kita rasa SEGAR baru nak bangun mandi dan ganti solat subuh kita pagi tadi.

Wahai diri, sedarlah. Betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah yang Dia bagi. Malulah dengan Allah. Berkorbanlah rasa nak tidur itu sedikit untuk tunaikan kewajipan kepada Allah ta'ala. sujudlah kepada  Dia, tunjukkanlah rasa syukur kepada Dia. Ingatlah... Siapakah yang bagi kita kerja, peluang belajar, hidup bahagi melainkan Allah ta'ala? Maka, janganlah kedekut untuk bangun awal.. Kerana hidup di dunia ini hanya sekali. Janganlah kita persia-siakannya.

Dunia ini tak ubah seperti tempat bermain... Hanya fana'/ sementara. Sedarlah dari ilusi kita. Sedarlah wahai diri!

Peringatan untuk diri sendiri. 

Wallahu'alam.

2 Oktober 2016

Kain Batik

Kain Batik.

Siapa sangka dengan kain batik pun kita boleh ambil pengajaran buat diri kita?
Allah kurniakan aqal buat diri kita berfikir akan kejadiannya.

Kain batik yang coraknya menarik dan menyebabkan orang lain tertarik melihatnya.
Di sebalik setiap calitan dakwat pada kain tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri.
Apabila si tukang pewarna kain batik tersebut mencalit setiap corakan tersebut, dia sudah punya aturan, idea dan perangkaannya yang tersendiri untuk mencantikkan kain batik tersebut.
Andai dia tidak teliti, Ah! Sudah pasti lukisannya yang patutnya indah menjadi buruk tidak menarik. Maka si tukang pencalit kain batik itu harus punya satu minda yang kosong supaya dapat fokus pada setiap pencorakannya.

Yah! Begitu juga manusia di dalam kehidupannya.
Patutnya dia punya misi dan visi yang jelas untuk menentukan kehidupannya. Adakah dia mahu hidupnya penuh dengan pencorakan yang indah atau hasil corak yang buruk? Pasti setiap insan punyai fitrah untuk miliki kehidupan yang baik kan?
Maka seharusnya minda manusia punyai tahap pemfokusan yang baik. Yakni dalam setiap perkaranya yang dia lakukan, haruslah dia punyai niat ikhlas untuk beribadat kepada Penciptanya, Allah ta'ala. Bukannya saja saja dia mahu mencampak dakwat kehidupannya ke kancah kehidupan yang sia-sia! Pasti ia merugikan dirinya sendiri.

Maka, jadilah seperti tukang pencorak kain batik yang indah dan berharga mahal, supaya kehidupan kita juga menjadi indah dan redha di sisi Allah!


2 Oktober 2016
8pagi