Thursday, September 29, 2016

macamana nak jadi baik?

Assalamualaikum.

Sebenarnya bila kita nak buat suatu kebaikan, tak perlu pun nak bersusah payah keringat fikir nak buat macamana. Apa yang penting, kalau kita nampak peluang untuk buat benda baik (yang diredhai Allah), maka teruslah buat. Tak usah bertangguh. Sebab kalau biarkan perasaan atau niat nak buat baik tu lama-lama, ia akan menyebabkan kita rasa malas dan akhirnya langsung tak buat.

Untuk mulakan merubah diri ke arah yang lebih baik dalam erti kata membuat perkara yang baik, kita boleh mulakan dengan (cadangan sahaja huhu)

1. Intention/ niat yang baik. Iaitu untuk dapat redha Allah. Kena ikhlaskan hati, bukannya nak tunjuk pada orang lain, riyak namanya itu, na'udzubillah. Tambahan, riyak mampu membuatkan kita rasa hebat yang menyebabkan kita rasa kitalah yang paling terbaik, orang lain ltahap biasa saja. Serius, itu amat berbahaya buat hati kita yang sensitif. Kesan riyak akan dapat dilihat dalam kehidupan kita seperti rasa tak tenang 24 jam, rasa kosong, rasa macam tiada keberkatan dalam hidup. Kalau rasa macam itu, cepat-cepatlah istighfar, dan kalau ada masa (lebih baik lagi kalau kita luangkan masa sekejap) untuk solat taubat. Hati kita berbolak-balik, ditambah dengan hasutan syaiton, maka haruslah kita berwaspada dengan sentiasa membentengi diri melalui zikrullah dengan lisan dan juga hati, jauhkan dari perkara atau environment yang boleh membawa kita kepada perkara yang tidak elok. Berdoalah dengan doa:
"ya muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala diinik, ya muqallibal qulub, tsabbit quluubuna 'ala tho'atik"
Yang membawa erti:
"Wahai Tuhan yang Maha membolak balikkam hati, tetapkanlah hati kami ya Allah di dalam agama ini dan juga sentiasa berada dalam ketaatan kepada-Mu."

Berdoalah. Kerana sesungguhnya manusia ini sungguh makhluk yang amat lemah dan fragile. Dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Berkuasa. Letakkanlah pergantungan kepada-Nya.
Bak kata pepatah lebih kurang, kalau nak tengok seseorang itu kuat atau tidak, lihatlah kepada siapa dia bergantung.

2. Buat checklist mutabaah amal. Buat dalam bentuk jadual. Listkan amal fardi yang kita nak buat dan supaya dapat istiqamah. Lekatkan di dinding supaya senang nak tick apa amal yang kita dah buat, ataupun kalau malu sebab ada roomate ke, boleh la simpan dalam buku atau tempat yang selalu dan mudah kita capai. Kalau nak ajak roomate buat sama sama, itu lagi bagus! Dapat tumpang pahala juga. Kemudian, Kena selalu update mutabaah ini supaya dapat tengok progress diri sendiri di samping dapat naikkan momentum kita untuk buat yang lebih baik! Serius! Jangan bebankan diri sendiri bila buat mutabaah ni, letakkan KPI yang kita mampu. Jangan sebab nak buat baik sangat dan banyak banyak dalam satu masa, tapi akhirnya kecundang dan tidak istiqamah di tengah jalan. It's better to be consistent even in a small quantity but the most important thing is the quality. Contohnya: tilawah minimum 2 mukasurat sehari, solat sunat sekali sehari, solat fardu on time, solat dhuha. InshaAllah, bila kita sudah terbiasa buat, kita rasa macam nak tambah lagi dan lagi amal kita sebab kita dah rasa nikmatnya beribadah itu! Allah! Moga moga kita semua dapat rasa manisnya ibadah itu. Amin.

3. Saling ajak mengajak bersama sahabat atau keluarga untuk buat benda baik. Bila kita kenal rapat dengan seseorang, mudah bagi kita untuk minta dia selalu ingatkan kita untuk buat baik. Contoh mudah, sedekah di tabung mana-manapun, ataupun melalui online ke. Kejutkan bangun tahajud (thanks sahabat ;) solat berjemaah. Dan banyak lagi. Bila kita tahu sesuatu ilmu itu, maka cubalah amalkannya. Jangan biarkan ia berada di takuk lama. Sungguh merugikan. Nangis.

4. Banyakkan mengaji al-Qur'an. Bukan setakat mengaji, tapi tadabbur maknanya, hafal ayatnya, kaji tentangnya. Sudah banyak kajian mengatakan dengan membaca al-Qur'an mampu menambah baikkan sel sel otak kita, membuatkan kita lebih fokus. Apakah lagi alasan untuk kita tak nak baca alqur'an wahai diriku! Sibuk benarkah sehingga nak baca sehelai mukasurat pun tidak mampu? Sedangkan betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi.
Bila kita tilawah atau hafal alquran, bagiku ia mampu distract kan kepala otak kita daripada buat benda yang melaghakan. Contoh, bila kita fokus untuk hafal alquran, kita akan cuba untuk tak buat benda yang pelik bin ajaib (tak senonoh) sebab kita tahu kalau nak menghafal ni, memang kena jaga amal dan adabnya, barulah meresap dalam hati. Kita akan mula kurangkan dengar lagu lagu pelik atau tonton movie 24jam. Jadi, dari situ, sikit demi sikit, kita akan cuba tinggalkan amalan yang tidak senonoh dalam hidup kita sebelum ini, supaya dapat mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik. Lagi pula, fitrah manusia itu inginkan kebaikan.. Bila dah mula hafal sikit-sikit, kita akan mula rasa nak lagi nak lagi dan nak lagi hafal ayat baru. Marilah mencuba walaupun mungkin masa kita singkat sebab sibuk dengan kerja, study, tapi cubalah luangkan masa juga. Sehari satu ayat pun takpe. Jom kita sama-sama!


5. Banyakkan berdoa moga Allah kuatkan hati untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan perkara yang diredhaiNya. Siapalah kita melainkan hanya sekadar hamba-Nya. Maka, mohonlah padaNya, inshaAllah Dia akan menuntun jalan kita.

Perkongsian ini sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri juga, huhu.

Semoga Allah Redha dan menjadikanku redha dengan segenap ujian yang diberikanNya, amin.

29 September 2016
9.22pagi
Rumah sewa.

Ujian Allah

Setiap orang, Allah hantarkan ujian dan nikmat yang berbeza.
Tidak semuanya sama dan manis belaka sahaja.
Manusia, iaitu kita, seharusnya menerima dengan redha pada setiap susunan ujian yang Allah hadiahkan untuk kita.
Pada mulanya memang payah, tetapi kita, sebagai manusia, wajiblah menguatkan diri untuk kita menjadi hamba yang redha kepada Pencipta kita.
Apabila kita redha, sepantasnya Allah ta'ala menghadiahkan sesuatu yang amat menggembirakan hati kita tanpa disangka-sangka.
Wahai, dalam kehidupan ini, pastilah adanya waktu kita diuji,
Untuk melihat sejauh mana tahap keteguhan hati dan iman kita kepada Dia.
Bukan saja-saja Allah menghantarkan ujian demi ujian,
Tetapi untuk memberikan signal atau notifikasi kepada kita supaya sentiasalah kembali kepada Dia,
Rabbul idzzati.
Bila kita ditimpa musibah atau nikmat yang banyak juga dikira ujian,
Janganlah terus berduka.
Janganlah terus-terusan menangis sahaja tanpa bertindak apa-apa.
Sepatutnya kita,
Bangkit dari tempat kejatuhan kita!
Kembali bersujud kepada yang Maha Esa.
Sujud, muhasabah diri, mohonlah petunjuk daripada Ilahi.
Lakukanlah solat taubat nasuha supaya Allah bersihkan hati kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan kesilapan atau dosa yang kita lakukan sehingga menggelapkan sinar hati kita.
Maka bertaubatlah, beristighfarlah.
Taubat itu bukan bila kita sudah hampir menemui ajal baru tergesa-gesa mahu bertaubat,
Tetapi taubat itu haruslah tiap saat dan detik bila kita rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hati kita.
Rasa seperti ada "kemunafikan" dalam diri kita.
Maka bertaubatlah dengan segera.
Allah sentiasa menunggu kita.
Allah sentiasa menerima taubat hamba Dia yang ikhlas bertaubat.
Menjadi seorang hamba yang baik dan diredhai Allah sudah pasti menjadi matlamat hidup kita.
Maka, teruskanlah usaha kita itu.
Apabila tersungkur dari posisi asal, bangkitlah dengan segera.
Janganlah bertangguh-tangguh dalam bertaubat dan memperbaiki diri.
Kelak risau nanti jiwa dan ruh kita semakin tersasar jauh dan makin tawar hati untuk berada dalam jalan yang sebenar.
Moga Allah jaga hati hati kita semua,
Amin.

Selamat mengistiqomahkan diri.



Friday, September 23, 2016

Si

Si Kosong.
Si Termenung.
Si Pembuang Masa.
Si Sia-sia.
Si Pemalas.
Si Bertangguh.
Si Kedekut.
Si Banyak Tidur.

Nyahlah dikau dari diriku!

Wednesday, September 21, 2016

Panjang Pendek

Ada kawan pernah tegur.

"Awat blog awak macam dah tak selalu update?
Kalau update pun pendek pendek ja. Tak sedap nak baca."

Haha. Terima kasih awak atas teguran. Sejak belakangan ini, mood menulis di blog ini secara deskripsi sudah kurang melekat di hati. Sebab saya lebih suka untuk tulis menggunakan instrumen yang boleh saya pegang, iaitu pen dan buku. Saya suka bau buku, sebab tu saya tulis kat buku. Ahah.

In sha Allah, selepas ini saya akan baiki penulisan saya dan cuba untuk istiqamah dalam penulisan, in sha Allah.

Sebab menulis ini bukan saja saja, tapi untuk beri manfaat dan reminder buat diri sendiri dan orang lain juga.

Buat teman-teman yang mungkin masih membaca blog ini, terima kasih kerana sudi singgah ;)

Moga melalui penulisan yang ringkas atau panjang lebar selepas selepas ini atau sebelumnya, dapat menjadi salah satu wadah untuk saya berkongsi ilmu, in sha Allah.

Senyum.

Matahari terbit menyinarkan diri untuk memberi cahaya kepada makhluk di bumi. Moga moga kita juga dapat menjadi seperti matahari yang setiap hari memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada orang di sekeliling kita, in sha Allah.

Assalamualaikum.

Nilai, 21 september 2016


Friday, September 16, 2016

thinking

Thinking.
Berfikir.
Berfikir itu perlukan masa bersendirian.
Berfikir itu antara engkau dengan Tuhan.
Berfikir untuk refleksi diri.
Berfikir untuk menambah ilmu di dada.
Berfikir untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Thinking.
Berfikir jangan sampai stres.
Berfikirlah dengan tenang.
Berfikirlah dengan sewajarnya.

Apakah yang sedang aku fikirkan sekarang ini sebenarnya?

Semangat Di Mana?

Kamu!
Silakan teruskan bersemangat!
Teruskan nyalakan semangatmu!
Dalam menuntut ilmu!
Jangan pernah menyerah kalah!
Mohonlah kekuatan pada Allah ta'ala!