Tuesday, October 20, 2015

Mesej

Kadang kadang, bila kita rasa tak happy, rasa down. Cuba kita buat something yang akan buatkan kita happy?

Misalannya, senang aje. Mesej atau whatsapp je sesiapa kawan awak yang dah long lost contact atau kawan sekelas sepejabat ke. Dan titipkan kata-kata apa yang boleh buatkan kawan kita yang baca itu tersenyum dan rasa bahagia. Contoh mudah, may Allah bless u always. Take care. Moga sentiasa dalam perlindungan Allah. Keep smiling and shining!

Hehe. dan tak perlu harapkan reply pun dari kawan awak ;) sebab awak yakin dia akan baca dan dia mungkin sedang sibuk di tempatnya :)

Sebab pernah buat benda tu dan memang rasa happy lepas tu dan akan menaikkan semangat untuk meneruskan kehidupan balik. Eh? Hehe.

Paling mudah.

Tulis.

Zikrullah selalu ;)

Okay, fii amanillah kalian. Jaga diri especially masa jerebu ni, in sha Allah: )

Wednesday, October 14, 2015

Blogging

Lecturer selalu tanya samada dalam kuliah atau kelas tutorial.

Siapa masih lagi guna blog?

Pasti tiada yang angkat tangan.

Kata mereka, kerana aplikasi Blogger sudah lama. Jadi ramai yang lebih suka menggunakan aplikasi Instagram. Mungkin lebih mudah menulis di instagram captions melalui handphone.

Tapi, aku masih lagi setia menggunakan blog, Alhamdulillah, hihi.

Sebab di sini aku bebas menulis apa yang aku inginkan, yang aku mahu kongsikan.

Mungkin tiada visitor yang visit blog ini, tapi aku tidak kisah.

Asalkan penulisan aku ini tersimpan rapi di sini.

Moga Allah redha.

Moga tulisan-tulisan di setiap blog entry ini bukan sekadar tulisan sahaja, tapi menggerakkan diri untuk beramal dengannya! Untuk meraih chenta dan redha Nya.

Aamiiin.


Salam Maal Hijrah. Salam Anasir Taghyir.

Sungguh aku rindukan momen-momen tarbiyah manis dahulu-2, yang menggugah jiwa untuk lebih tegak berdiri.


Nilai, 10.47am, 1Muharam 1437H

Hadiah

Allah uji setiap orang dengan ujian yg bermacam macam.

Kenapa?

Kerana Dia tahu setiap tahap kemampuan para hamba Nya secara terperinci sekali.

Maka bertabahlah duhai sahabat.

Kerana dalam setiap ujian itu,

Pasti adanya terselit hikmah,

Dan hadiah yang ingin Tuhan berikan.

Senyumlah dan bertabahlah :)

Kaut yang positif, campak jauh kauh yang negatif.


Nilai, 10.38am, 1 Muharram 1437H

Sunday, October 4, 2015

Bilamana engkau berduka

Sabar duhai hati
Setiap jalan yang kau lalui
sudah pasti ada mehnahnya yang tersendiri
kuatkanlah hatimu
Berpautlah pada Allah ta'ala
jangan cepat berputus asa
Jangan pula tergesa-gesa
Tapi bersederhanalah dalam gerak langkahmu
Kalau penat, berehatlah sebentar
kemudian sambunglah perjalananmu itu
kerana dunia ini tempat bersinggahnya kita
Buat sementara
sebelum tiba di destinasi abadi kita


senyum manis.
working on my thesis. May Allah ease our path. Aamiin.

Kalau kau tahu apa tujuan sebenar dan kenapa kau belajar bekerja berbisnes ber dan ber ber lagi.. pasti kau akan berasa bahagia tika melakukannya. Kalau kau tak faham, pasti kau akan berasa susahnya nak settle kan semua perkara.

Maka, letaklah keredhaan Allah yang kita cari dalam berbuat semua perkara yang kita kehendaki. Kerana apakah tujuan hidup kita di dunia ini, selain daripada menjadi hamba kepada Nya?

Teruskan berjalan dan perbaikilah dirimu. Moga kita ketemu di dunia yang abadi di sana nanti sambil menikmati keindahannya sorga Allah yang telah acapkali Dia janjikan! ALLAHUMMA AAMIIN.

Nilai, 4Oktober2015, 2139.