Saturday, August 29, 2015

bila travel tu..

Bila travel, buka hati bukalah jiwa untuk melihat kebesaran Yang Maha Esa.
Rasailah betapa kerdilnya kita di sisi Allah.

Bila travel, banyakkanlah berdoa.
Kau boleh doa apa sahaja.
Doa moga Allah beri kebaikan kepada kau, keluarga, orang Islam dunia dan akhirat.
Doa moga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan kebenaran.
Sebab doa musafir itu mustajab.
Sebab doa itu wireless.
Sebab doa itu tak perlukan kau untuk bayar duit.

Sebab Allah itu Dekat SANGAT dengan kita.

Zikir fikir

Zikir dan Fikir!

Jadilah Ulul Albab. Surah ali Imran ayat 190-191

Zikir yang paling baik adalah solat. Terutamanya solat fardu. Tidak ada gunanya zikir tanpa solat.

Seriously, ramai remaja yang hadapi stres sebab kurangnya zikir di lidah. Ia berkait dengan otak sebenarnya. Apabila kita kurang bersikir, maka akan timbullah keresahan, kesugulan, gangguan emosi, lemah semangat dan yang sewaktu dengannya.

Macamana nak berzikir yang dapat menghasilkan impak yang positif? 
Dengan berzikir dengan khusyuk. Cara yangpaling terbaik adalah kita duduk di tempat yang elok dan tiada gangguan. Dan sebaik-baiknya mengahdap kiblat. Dan sebutlah dengan lidah dan diiringi dengan kekhusyukanndan kefahaman dalam hati akan apa yang kita zikirkan. Paling baik juga untuk kita faham apa yang kita tuturkan. 

In sha Allah, Allah akan kurniakan rahmat, ketenangan dan kebahagiaan dalam diri kita, maka tidaklah kita berasa stres! 

Memang amat menakutkan apabila kita dapat lihat pelbagai kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Jenayah rogol, mencuri, merompak, membunuh, na'udzubillah min dzalik. Asasnya adalah kita perlu kembali pada yang Maha Esa, kerana Dia lah yang mencipta hambaNya.

Sebenarnya mak dan kawan dah pesan banyak kali untuk berzikir, tapi aku ni main main lagi. Rupa rupanya benarlah perkara itu. Yuk banyak zikir dan fikir!

Tidak perlulah kita terlampau mahu mendengar muzik muzik lagha yang mampu menenangkan hati kita, sedangkan Allah sentiasa setia menunggu keluham dan rinitihan dari hambaNya.

Wallahu'alam.