Thursday, November 19, 2015

Jom ikut Michael!

Jom ikut michael!

Kita berhenti solat dulu. Kita jamak ta'khir

Kalau tak mampu beli, tidak mengapa. Ada rezeki boleh beli. Kalau takde, boleh tengok-tengok.

Wah, nama awak ummi? Jadi awak panggil mak awak, ummi juga?

Boleh beli untuk ummi, walid...

Kita kena cari makanan yang halal. Haram itu tidak elok..

Rindu nak dengar celoteh encik michael, tour guide kami yang beragama kristian katholik di beijing.
seorang yang merendah diri, lembut je percakapannya, rajin menadah telinga untuk mendengar ilmu yang baru bagi dia atau menjawab apa-apa persoalan kami. Sungguh sabar dengan karenah group kami yang bermacam ragam hehe.

Moga Allah membuka pintu hatimu untuk menerima hidayah Allah ta'ala, Michael! Aamiiin.

#eksplorasibeijing

Tuesday, November 17, 2015

Berharap

Perkara yang amat ku pinta pada Allah.
.
.
.
Moga aku dapat cinta Allah ta'ala.
.
.
.
Moga aku dapat keampunan Allah ta'ala.

Tuesday, October 20, 2015

Mesej

Kadang kadang, bila kita rasa tak happy, rasa down. Cuba kita buat something yang akan buatkan kita happy?

Misalannya, senang aje. Mesej atau whatsapp je sesiapa kawan awak yang dah long lost contact atau kawan sekelas sepejabat ke. Dan titipkan kata-kata apa yang boleh buatkan kawan kita yang baca itu tersenyum dan rasa bahagia. Contoh mudah, may Allah bless u always. Take care. Moga sentiasa dalam perlindungan Allah. Keep smiling and shining!

Hehe. dan tak perlu harapkan reply pun dari kawan awak ;) sebab awak yakin dia akan baca dan dia mungkin sedang sibuk di tempatnya :)

Sebab pernah buat benda tu dan memang rasa happy lepas tu dan akan menaikkan semangat untuk meneruskan kehidupan balik. Eh? Hehe.

Paling mudah.

Tulis.

Zikrullah selalu ;)

Okay, fii amanillah kalian. Jaga diri especially masa jerebu ni, in sha Allah: )

Wednesday, October 14, 2015

Blogging

Lecturer selalu tanya samada dalam kuliah atau kelas tutorial.

Siapa masih lagi guna blog?

Pasti tiada yang angkat tangan.

Kata mereka, kerana aplikasi Blogger sudah lama. Jadi ramai yang lebih suka menggunakan aplikasi Instagram. Mungkin lebih mudah menulis di instagram captions melalui handphone.

Tapi, aku masih lagi setia menggunakan blog, Alhamdulillah, hihi.

Sebab di sini aku bebas menulis apa yang aku inginkan, yang aku mahu kongsikan.

Mungkin tiada visitor yang visit blog ini, tapi aku tidak kisah.

Asalkan penulisan aku ini tersimpan rapi di sini.

Moga Allah redha.

Moga tulisan-tulisan di setiap blog entry ini bukan sekadar tulisan sahaja, tapi menggerakkan diri untuk beramal dengannya! Untuk meraih chenta dan redha Nya.

Aamiiin.


Salam Maal Hijrah. Salam Anasir Taghyir.

Sungguh aku rindukan momen-momen tarbiyah manis dahulu-2, yang menggugah jiwa untuk lebih tegak berdiri.


Nilai, 10.47am, 1Muharam 1437H

Hadiah

Allah uji setiap orang dengan ujian yg bermacam macam.

Kenapa?

Kerana Dia tahu setiap tahap kemampuan para hamba Nya secara terperinci sekali.

Maka bertabahlah duhai sahabat.

Kerana dalam setiap ujian itu,

Pasti adanya terselit hikmah,

Dan hadiah yang ingin Tuhan berikan.

Senyumlah dan bertabahlah :)

Kaut yang positif, campak jauh kauh yang negatif.


Nilai, 10.38am, 1 Muharram 1437H

Sunday, October 4, 2015

Bilamana engkau berduka

Sabar duhai hati
Setiap jalan yang kau lalui
sudah pasti ada mehnahnya yang tersendiri
kuatkanlah hatimu
Berpautlah pada Allah ta'ala
jangan cepat berputus asa
Jangan pula tergesa-gesa
Tapi bersederhanalah dalam gerak langkahmu
Kalau penat, berehatlah sebentar
kemudian sambunglah perjalananmu itu
kerana dunia ini tempat bersinggahnya kita
Buat sementara
sebelum tiba di destinasi abadi kita


senyum manis.
working on my thesis. May Allah ease our path. Aamiin.

Kalau kau tahu apa tujuan sebenar dan kenapa kau belajar bekerja berbisnes ber dan ber ber lagi.. pasti kau akan berasa bahagia tika melakukannya. Kalau kau tak faham, pasti kau akan berasa susahnya nak settle kan semua perkara.

Maka, letaklah keredhaan Allah yang kita cari dalam berbuat semua perkara yang kita kehendaki. Kerana apakah tujuan hidup kita di dunia ini, selain daripada menjadi hamba kepada Nya?

Teruskan berjalan dan perbaikilah dirimu. Moga kita ketemu di dunia yang abadi di sana nanti sambil menikmati keindahannya sorga Allah yang telah acapkali Dia janjikan! ALLAHUMMA AAMIIN.

Nilai, 4Oktober2015, 2139.

Tuesday, September 29, 2015

Dosa kecik beso

Dosa kita tu ada kesan pada orang lain. Walaupun dosa kita tu kecil, tapi kalau dah buat banyak, maka banyaklah dan besarlah dosa itu..


Tapi Allah Maha Pengampun dan Maha Pemalu. Allah malu kalau Dia tak makbulkan doa hamba Dia. Maka mintalah ampun pada Dia :)

Thursday, September 10, 2015

Remembering them..

Alfatihah untuk tok, tok chu zain dan tok mat..

Moga arwah atok opah moyang dan sedara mara kita yang terdahulu tenang di sisi Nya, in sha Allah, aamiin..

Wednesday, September 2, 2015

Usaha

Nak makan nasi, kena masak nasi. Kena suap. Kena nganga mulut. Kena kunyah. Kena telan.

Begitulah kehidupan. Kita kena usaha, kalau tiada usaha, maka akan lerai leburlah kehidupan begitu sahaja.

Kalau kita nak redha Dia. Nak syurga Dia. Kita kenalah kawal hawa nafsu kita. Kenalah ikut apa yang Allah suruh. Kenalah tinggalkan apa yang Allah larang.

Itu saja prinsipnya. Secara umum.

Saturday, August 29, 2015

bila travel tu..

Bila travel, buka hati bukalah jiwa untuk melihat kebesaran Yang Maha Esa.
Rasailah betapa kerdilnya kita di sisi Allah.

Bila travel, banyakkanlah berdoa.
Kau boleh doa apa sahaja.
Doa moga Allah beri kebaikan kepada kau, keluarga, orang Islam dunia dan akhirat.
Doa moga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan kebenaran.
Sebab doa musafir itu mustajab.
Sebab doa itu wireless.
Sebab doa itu tak perlukan kau untuk bayar duit.

Sebab Allah itu Dekat SANGAT dengan kita.

Zikir fikir

Zikir dan Fikir!

Jadilah Ulul Albab. Surah ali Imran ayat 190-191

Zikir yang paling baik adalah solat. Terutamanya solat fardu. Tidak ada gunanya zikir tanpa solat.

Seriously, ramai remaja yang hadapi stres sebab kurangnya zikir di lidah. Ia berkait dengan otak sebenarnya. Apabila kita kurang bersikir, maka akan timbullah keresahan, kesugulan, gangguan emosi, lemah semangat dan yang sewaktu dengannya.

Macamana nak berzikir yang dapat menghasilkan impak yang positif? 
Dengan berzikir dengan khusyuk. Cara yangpaling terbaik adalah kita duduk di tempat yang elok dan tiada gangguan. Dan sebaik-baiknya mengahdap kiblat. Dan sebutlah dengan lidah dan diiringi dengan kekhusyukanndan kefahaman dalam hati akan apa yang kita zikirkan. Paling baik juga untuk kita faham apa yang kita tuturkan. 

In sha Allah, Allah akan kurniakan rahmat, ketenangan dan kebahagiaan dalam diri kita, maka tidaklah kita berasa stres! 

Memang amat menakutkan apabila kita dapat lihat pelbagai kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Jenayah rogol, mencuri, merompak, membunuh, na'udzubillah min dzalik. Asasnya adalah kita perlu kembali pada yang Maha Esa, kerana Dia lah yang mencipta hambaNya.

Sebenarnya mak dan kawan dah pesan banyak kali untuk berzikir, tapi aku ni main main lagi. Rupa rupanya benarlah perkara itu. Yuk banyak zikir dan fikir!

Tidak perlulah kita terlampau mahu mendengar muzik muzik lagha yang mampu menenangkan hati kita, sedangkan Allah sentiasa setia menunggu keluham dan rinitihan dari hambaNya.

Wallahu'alam.

Saturday, April 25, 2015

biar lelah menjadi lillah.

Sunday, April 19, 2015

Pasak Dalam Hati

"Aku kena pasakkan dalam hati yang aku buat kerja dakwah ini bukan untuk puaskan hati manusia, tapi kerana Allah 'azza wa jalla, kerana nak meneruskan perjuangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam." 
(Nilai, 2015)

Wednesday, April 8, 2015

first meeting with the new ones :)

Bsimillah.
Tonight Alhamdulillah had a great chat with the new ones ;)
Tadabbur surah al-'ankabut ayat 1-13 jadi permulaan chatting :D
ada 4 perkara yang akan berlaku pada orang orang yang beriman :

1. Mukmin akan diuji oleh Allah.
Surely mukmin itu akan diuji. Umpama kisah Bilal, Sumayyah dan ramai lagi sahabat yang diuji. Dia uji sebab Dia sayang kita, Dia inginkan supaya kita lebih dekat kepada-Nya.

2. Mukmin itu mesti berjihad dan berkorban untuk Islam.
Bukan sekadar berjihad di medan peperangan. Tapi mungkin dalam study, buisness, dan banyaak lagi aspek yang boleh kita lihat. Sebenarnya kita yang perlukan Allah, dan Allah tak perlukan kita pun. So, selalulah berdoa kepada-Nya supaya beroleh rahmat Allah ta'ala.

3. Mukmin itu mesti mengerjakan kebajikan.
Percayalah bahawa Allah akan balas ganjaran yang lebih baik kepada kita walau dengan sedikitnya pengorbanan kita untuk Islam. Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu, aamiin.

4. Allah masukkan mukmin itu ke dalam golongan yang soleh. Dan Mukmin itu memang tidak bisa dipisah dengan amalan soleh! maka menjadilah kita mukmin yang beramal soleh ya! in sha Allah.


Selamat beramal soleh wahai mukminin sekalian, in sha ALLAH :)

Tawakkal.

Sampai bila kau ingin bergantung harap pada manusia? Serahkanlah segalanya kepada Allah 'azza wa jalla. Bismillah tawakkaltu 'ala Allah.

posted from Bloggeroid

Alkisah Ulser Mulut

Bismillah.

Seminggu yang lepas Allah timpakan ujian dengan ulser dalam mulut, Alhamdulillah. Hoho.

Seorang sahabat baik pesan kat diri, supaya selalu gosok gigi tu supaya terhapus bakteria dalam mulut tu di samping gigi menjadi putih shining macam lantai yang dicuci berjuta kali. Eh.

Bila berus gigi dah terkena tang ulser tu, memang ter ouch ouch ouch lah kan, tapi takpe in sha Allah lepas tu akan rasa lega sedikit. Sikit-sikit lama jadi bukit, kan? Hoho.

Begitulah resam kehidupan yang aku kau hadapi. Kekadang kita kena basuh diri kita oleh kawan-kawan yang baik di sekeliling kita. Kekadang kita kena basuh jiwa kita dengan sentapan dan basuhan rohani yang power. Kekadang kita kena muhasabah diri supaya kita tak terlampau terlajak bergelumang dalam keseronokan duniawi yang sementara ini, Astaghfirullah.

Kekadang bila dalam kerja dakwah, kita rasa kitalah yang paling laju melaju terkehadapan membuat itu ini, tapi adakah hati kita rasa tenang? Adakah hati kita ikhlas dalam membuat kerja-kerja dakwi? Atau kita sekadar hendak meraih pujian pujaan kata-kata manis dari manusia sekeliling? Astaghfirullah. Knock knock. Ketuk diri, tanya iman.

Duhai, ruginya jika semua benda yang kita lakukan tidak berlandaskan niat untuk mendapat keredhaan Allah ta'ala. Na'udzubillahi min dzalik. Kalau sekadar semata-mata membuat sesuatu perkara kerna mahu mendapat senyuman dari sang murobbi, sudahlah. hentikanlah. Kerana kau takkan dapat apa-apa kecuali satu sahaja. Senyuman dia. Tapi yang lain gimana? Keredhaan Allah hilang ke mana?

Selalu-selalulah merenungi diri, minta sahabat menegur diri tika berbuat kesalahan, kerana fitrahnya manusia itu pelupa. Mohonlah pada Allah supaya Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang sentiasa diredhai-Nya, kerana hanya Allah yang memegang hati-hati kita semua.

Wallahu'alam.

Saturday, March 21, 2015

While seating in the crowd of people.. I'm watching the movement of the people.

Ok. Tak tau motif blogging sebenarnya.

Hrmni '15

posted from Bloggeroid

Sunday, March 15, 2015

Reminder.

Isnin.
Mggu depan dari tarikh 15mac.
Lepas habis kelas pkul 1.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 8, 2015

Iman adalah Mutiara


hari ini jalan jalan cari ilmu tentang media, Alhamdulillah.

Pergi dan balik naik KTM, kami berdiri je.

Takpe, menuntut ilmu biarlah susah sedikit.

Asalkan moga ia berkah.

Imam Bukhari pun merantau 6 bulan  dalam perjalanan nak menuntut ilmu.

Segan saya.

Friday, March 6, 2015

kekuatan

Bersabarlah duhai hati
Syurga itu manis
Cuma laluannya ke sana sahaja yang pahit
Maka teruslah berjalan
Teruslah bekerja, berusaha
Untuk sampai ke sana dengan jayanya
Dan dengan izin dan rahmat Nya
Maralah ke hadapan
Syurga sedang menanti penghuni-penghuniya
Cuma dengan syarat
Ikhlas dan bergantunglah kepada Allah sentiasa.



campak ke belakang
28112014

Friday, February 13, 2015

Future Pahlawan Islam

Sepanjang cuti sem ni, kadang kadang pergi ke kampung untuk tolong adik-adik tahfiz mana yang mampu. Sometimes it's good to be with them sebab hati diaorang masih bersih dan tak banyak dosa. And they come there to hafaz ayatul Quran di samping belajar juga akademik.

Kadang kadang kita boleh belajar banyak sangat dari anak anak kecil. Umur paling kecil kat situ adalah sembilan tahun sampai 12 tahun. Kecil kecil lagi dah dihantar mak ayah untuk menghafaz.

Masing masing ada latar belakang family mereka. Ada yang anak yatim, anak doktor, anak tok imam kampung, anak orang Kedah. Ada yang dari jauh dan dari dekat.

There are many things that I learnt from them. Belajar erti sabar melayan karenah adik adik kecil yang kadang-kadang manja sikit, suka gelak gelak supaya tak stres sangat study. Haha. Mereka semua ada kebolehan dan kelebihan yang Allah dah berikan.

Belajar erti tepati masa. Ada seorang adik ni, darjah 3, minta izin nak tidur awal malam ni, katanya penat dan ngantuk. Dengan muka putih bersihnya lagi, dia menambah, "Nanti nak bangun pukul 3 pagi, nak solat tahajud, taubat." Allahhh. Malu aih dengan diri sendiri. Kita ni yang dah umur 20 an pun kekadang liat nak bangun qiamullail astaghfirullah. Huhu. So it motivates me to wake up early before fajr. Setiap pagi diaorang dah start hafazan around 5.00-5.15 am. Kalau kita mungkin baru nak tidur sebab baru siap assignment kan? Haha. Kena pada diri sendiri. =_="

Anak anak kalau dididik sejak kecil dengan biah dan akhlak yang baik, in sha Allah mereka akan terbiasa sampailah dewasa.

Tadi di tv3, ustaz haryanto cerita pasal seorang serikandi muslimah, Kabshah Binti Rafi'. Mungkin namanya jarang didengari, as for me, ini pertama kali juga saya dengar namanya huhu. Kabshah adalah seorang ibu yang telah melahirkan anak anak yang memperjuangkan Islam. Dia melahirkan pahlawan pahlawan Islam. Anaknya famous juga tapi tak ingat namanya. Huhu.

Ustaz pesan lagi, kalau kita tak mampu nak bagi sumbangan harta atau yang besar besar, at least kita sebagai ibu cubalah melahirkan insan insan yang ready memperjuangkan agama Allah. Wow masha Allah. Itu tanggungjawab yang besar, kan? So, mari kita prepare ourselves untuk jadi seorang ibu yang baik even mungkin kita plan nak kahwin lagi 5,10,15 tahun lagi ke, wallahu'alam..apapun perbaiki diri kita mulai saat ini supaya our future family akan sentiasa bahagia dan paling penting diberkati Allah ta'ala. Fuhhhh. In sha Allah. Aamiin.

Hidup hanya sekali, so why not we spend our life with good deeds and make other people happy to be with us? :) everything in this dunya is fana'.. Just put in our mind that jalan kebaikan..jalan dakwah itu sentiasa ada kesusahan dan kepayahannya. Tahu kenapa? :) kerna syurga itu manissssssss sekali. Maka bersabarlah teman teman. Kuatkan hati dan berpautlah hanya kepada Yang Maha Esa. Ketenangan hati itu datang bila kita sentiasa ingat pada Allah dan beramal soleh, in sha Allah.

Biasakan lidah kita dengan berzikir..

Laa hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzhim. Tiada daya dan upaya selain Allah..

Wsalam.

12 februari 2015- selamat berehat TGNA. beliau telah pergi. Dan kita tugas kita untuk menyambung perjuangannya iA.

posted from Bloggeroid

Friday, January 30, 2015

Kebergantungan kepada Dia

Bismillah.


Setiap apa yang kita inginkan, tak kira perkara kecil mahupun besar, mohonlah pada Allah 'Azza Wa Jalla.


Kerana mengharap pada-Nya, takkan pernah menimbulkan kekecewaan kepada kita.


Sungguh, Allah lagi cinta kepada hamba Dia yang sering meminta-minta, kerana takut takut nanti jika kita tidak meminta doa kepada-Nya, akan jatuhlah kita ke lembah kesombongan dan kenistaan. Na'udzubillahi min dzalik.


Kisah Musa dan Maryam banyak mengajar kita supaya bergantung kepada-Nya.


Kekadang aku terfikir, mungkin Allah hadirkan di sisiku orang-orang yang punya tawakkal 'ala Allah yang amat tinggi! Masha Allah Tabarakallah. Kerana mungkin Allah mahu aku lebih bergantung pada-Nya, percaya pada-Nya dengan amat mendalam melebihi segala-galaNya. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.


Salam jumu'ah. Selamat mencari makna keberkatan dalam kehidupan!

posted from Bloggeroid

Sunday, January 18, 2015

Jom solat dulu :)

posted from Bloggeroid

Pagi pagi

Hidup untuk memberi bukan setakat menerima.

Memberilah dengan hati yang terbuka.

Buka mata buka hati.

Lihatlah alam di sekelilingmu.

Ciptaan Tuhan yang sungguh indah dan molek.

Bersama menjaga kesempurnaan ciptaan Tuhan ini bersama.

posted from Bloggeroid

Friday, January 16, 2015

lemak manis

penat dan puas, alhamdulillah.
terima kasih semua.

#i-bantu
#kelantan

Sunday, January 11, 2015

sebenarnya, aku pusing dengan dunia ini.

Friday, January 2, 2015

Jumaat

Pagi Jumaat, dikhabarkan berita seorang junior, anak kepada seorang guru saya telah meninggal dunia sebab accident waktu subuh semalam. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Muda lagi. Dalam 17-18 tahun Allah ambil nyawanya :) Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, in sha Allah.

Hidup mesti diteruskan, no matter how big the future obstacles might come to us. Just be prepared and tawakkal on Him. Put your best effort to do everything just for the sake of Allah and to help this ummah plus the most important thing is to improve ourselves to be a better Muslim, in sha Allah.

W'salam. :)

Don't forget to read Al-Kahfi. ;)